Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim
Sehari dua ni, seminggu dua ni hidupku agak tak keruan. Agak tak tentu hala dan tak berperancangan...Aku sekarang diuji dengan ni'mat masa yang banyak. Bagaimana aku mempergunakan masa yang ada sebelum tibanya masa sibukku...Aku seakan-akan kalah dalam ujian ini.
Aku tahu ada beberapa perkara yang perlu aku bereskan. Tapi semua itu, kebanyakkannya bukan 'perkara segera' tetapi penting. Ada lah beberapa, dan inilah masanya untuk aku lakukan. Namun, aku masih mampu bermain-main dengan masa. Membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak penting. Menulis blog, menyemak email, facebook dan friendster beratus-ratus kali. Aduh, apa nak jadi dengan diri aku ni!
Baru aku sedar dan perasan, aku jenis orang yang tak leh duduk diam. Diriku perlu disibukkan dengan pelbagai perkara, barulah aku merasakan aku seorang manusia yang berguna. Kalau aku mempunyai masa yang agak banyak tanpa sebarang aktiviti, aku akan rasa kekosongan. Rasa bersalah menguasai diri kerana mempunyai masa yang banyak tetapi tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Untuk berkhidmat untuk Islam. Untuk berbakti kepada orang lain.
Tapi, dalam situasi seperti ni, aku jadi serba-salah. Untuk bergerak aktif, ini bukan masanya yang sesuai kerana aku bergelar seorang pelajar sekarang. 'Confidential' aktiviti perlu dijaga. (harap ini bukan alasan yang sengaja direka-reka...) Tapi, jika berdiam diri macam ni, boleh mati kutu dibuatnya. Aduh, inilah keadaan seorang yang mahu bergerak aktif dalam persatuan, Insha-Allah...Aku perlu sibuk supaya masaku terisi. Tapi, tidaklah terlalu sibuk sampai tak ada masa untuk diri sendiri.
Ya, Allah. Tabahkanlah hati dan pendirian hambaMu ini dalam berdepan dengan ujian dan cabaran ni. Tabahkanlah hati hambaMu ini agar dapat hambaMu ini mengisi dan menggunakan masa yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya, agar tidak menyesal di kemudian hari. Masa itu amat berharga, mahal lebih dan amat berharga berbanding wang ringgit dan emas.
Ya, Allah. Tetapkanlah pendirian hambaMu ini, istiqomahkanlah hambaMu ini di atas jalan kebenaran...Amin, ya rabbal a'lamin...
~rindukan harta, harta akan lupus; rindukan manusia, manusia akan binasa; rindukan ALLAH, rindu akan kekal abadi~
Tuesday, December 23, 2008
Sunday, December 21, 2008
Pengalamanku memandu kereta untuk perjalanan jarak jauh...
Bila melihat kembali pengalaman aku dan adik-adik UG ber'kelana' dari Birmingham ke Manchester sampai sesat-sesat, mengingatkan aku akan dua pengalamanku dalam perjalanan yang lebih kurang serupa sebelum ni. Tapi, bila dikenangkan balik, tiada apa yang nak diherankan. Cuma, pada masa tu, bagiku satu tindakan yang agak berani juga aku ambil dan pengalaman yang mencabar aku tempuhi.
Aku bercerita tentang pengalaman pertama dahulu. Situasi ni berlaku semasa aku di tahun akhir pengajian di UM. Rasanya masa tu aku sudah tamat belajar, cuma tinggal untuk mengikuti majlis konvokesyen dalam bulan Julai 2004. Aku datang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu kerana hendak mengikuti satu program yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal bergraduasi (khas untuk mereka yang aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam). Programnya biasa aje, sama atau lebih kurang program yang aku pernah ikuti sebelum ni.
Cuma, pengalaman yang ingin aku ceritakan ialah selepas program tersebut tamat. Kami pulang ke Kuala Lumpur seperti biasa. (Program diadakan di kawasan luar sikit dari Kuala Lumpur). Dan, kami semua (yakni muslimat) sepakat akan bertolak petang tu (setelah tamat program, kalau tak silap saya) ke Melaka kerana nak menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan kami. Saya lupa di mana tempat tersebut, di Ayer Keroh, kot?
Kami bertolak dalam pukul 3 atau 4 petang rasanya. Dan tiba di sana, dah hampir Maghrib (atau lepas Maghrib? Lupa dah). Kami berkonvoi naik kereta. Rasanya semua muslimat. Andak (Noraizan) 'drive' kereta Kancil yang kami naik (rasanya aku naik dengan Aizan, Noraizan aka Ndak dan Mama Didie (Siti Khadijah Abdul Latiff). Sebenarnya aku tak sangka yang kami akan berkonvoi naik kereta ke sana. Terbayang dalam kepala akan naik bas ke? Jadinya, ni kali pertama bagi diriku 'travel' jauh-jauh bersama kawan-kawan dengan memandu sendiri. Tapi untuk rakan-rakanku yang dah pernah jadi pimpinan persatuan, perkara ni agak biasa bagi mereka. So, aku minta K.Ndak or Noraizan 'drive' kereta 'on d way' pergi dan aku akan 'drive on d way' balik.
Alhamdulillah, kami sampai di rumah pengantin (Ijah Sulaiman, aduh, lupa dah nama kawan-kawan UM ni...huhuhu...) Solat, makan kenduri dan bertolak ke KL dalam pukul 8.30 atau 9 malam rasanya. Kami terpaksa pulang ke KL malam tu juga sebab ada di antara kami yang ada kerja dan kelas esok. Disebabkan kami datang secara berkonvoi, salah sebuah kereta yang kami sewa agak mahal sikit dan lebih jimat kalau dibawa pulang malam tu. So, kami bertukar kereta. Kereta Wira yang perlu kami bawa pulang. Kali ni, aku yang kena drive. Aduh, pertama kali ni aku bawa kereta yang agak besar (bagi aku. Tapi pajero lagi besar. Yang ni aku lagi biasa bawa...) Kereta Wira ni 'power stereng' so, bila aku bawa, terasa macam melayang-layang. Terasa macam aku dalam mimpi aje bawa kereta ni. Sebab kereta yang aku biasa bawa kat UM dulu, bukan 'power stereng'. So, terpaksa kerah tenaga sikit untuk 'corner' kiri dan kanan.
Alhamdulillah, aku boleh juga biasakan diri, walaupun masih terasa melayang-layang bila 'drive' kereta ni. Sampai ada lampu isyarat yang aku langgar...Aduh, nasib baik tak accident. On d way balik, sempat isi minyak sikit, dalam RM10 rasanya. Tapi, bila dah di highway dan hampir nak masuk KL (mujur kawan-kawanku ni kenal dan tahu jalan nak balik ke PJ), jalan dah jem. Kereta mula bergerak perlahan. Rasanya kami sempat berhenti sekejap di R & R untuk solat dan rehat sekejap. K.Ndak beberapa kali tanya aku, minyak cukup tak? Sebab aku tak berapa biasa dengan kereta ni, aku bagitau, cukup kot. Insha-Allah, sempat sampai di rumah.
Tapi, nak jadi cerita, kami diuji. Mujurlah kami berempat, aku tak keseorangan. Kami nak balik ke PJ, rumah Masyitah (RM), selepas aje, keluar dari lebuhraya persekutuan, sikit lagi nak masuk lorong ke RM, dan betul-betul di pintu belakang masuk ke UM, kereta tiba-tiba bergerak perlahan dan mula berhenti. Mujurlah aku sempat bawa kereta ke tepi dan berhenti di tepi jalan, walaupun jalan tu agak sibuk sebenarnya. Apa yang dah berlaku ni? Ya, Allah, minyak kereta kering! Baru aku perasan. Patutlah kereta mula bergerak perlahan dan tiba-tiba mati...Aduh! Tapi mujurlah insiden ni berlaku di tempat yang kami agak 'familiar', so tak delah takut atau cuak sangat. Ada yang nak bantu, siap tunjukkan IC lagi takut dia tipu kami. Tapi kami tolak. K.Ndak dah call adik-adik RM, minta mereka belikan minyak dan datang ke kereta kami. Rasanya K.Chah (kakak senior) ada datang juga dan tolong kami. Alhamdulillah, kereta dapat dihidupkan kembali dan selamat sampai di masa. Baru aku perasan, masa kereta tu terhenti, dah dekat pukul 12 atau 1 pagi. Aduh! Kalau chek dan ayah tahu ni, mati aku !
Tapi, aku tak cakap apa-apa pun kat mereka. Lagipun perkara ni dah selesai, cuma satu pengalaman dan pengajaran kot buatku. Apa pengajarannya? Pastikan minyak penuh kalau nak berjalan jauh. Cuma, yang sedikit merisaukan diriku, aku ni kadang-kadang mampu dan berani bertindak hingga ke tahap luar kawalan (bagiku). Untuk diriku sendiri, aku tak kisah. Berani bertindak, so perlu berani menanggung risiko. Cuma, kadang-kadang tindakan aku ni boleh merisaukan dan menyusahkan orang lain, terutamanya kedua orang tuaku. Kalau aku ada anak macam ni, aduh, tak tahulah macam mana. Tapi, ada ketikanya kena letakkan kepercayaan pada mereka. Tapi, aku boleh perasan yang aku ni kadang-kadang terlebih berani. Sangggup gi mana-mana seorang diri, kalau dah terpaksa. Ini satu kelebihan atau kekurangan, ya? Apapun, aku sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindungiku dan ahli keluargaku dari segala bala bencana dan mala petaka dan semoga urusan kami sentiasa dipermudahkanNya, Insha-Allah...
P/s: Asyiqin, you are no longer a small kid! So, you have to think like an adult. Insha-Allah, hopefully what you've done were all right and correct!

Tindakan luar kawalan???:)
Jumaat, 19 Dis 2008.
Saya dan adik-adik 'undergraduate' telah melakukan satu tindakan yang bagi saya, boleh dianggap 'tindakan luar kawalan'...Betul ke istilah ni? Entahlah...Tak tepat rasanya.
Sebenarnya tiada yang begitu merisaukan. Cuma mungkin sifat saya yang sedikit cuak bila mahu melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Apa yang terjadi. Hari Jumaat lepas, di saat-saat akhir, kami membuat keputusan untuk pergi menziarah seorang senior yang bakal pulang ke Malaysia 1 Januari nanti. Dia tinggal di Manchester. Nama, Raja Ahmad Iskandar.
Sebenarnya, kami dah rancang lebih awal untuk pergi ziarah Abang Raja dan family. Saya yang hubungi Abang Raja sebelum ni dan menyatakan hasrat kami. Cuma, dia bagitau yang hari Jumaat tu dia agak sibuk, mengangkut barang rumah masuk kontena. Kalau 'free' pun, mungkin di sebelah petang. Hari Sabtu pula, dia ada jemputan makan tengah hari dalam pukul 12 tghari. Jadinya, saya bagitau yang saya akan confirmkan balik sama ada saya dan adik-adik UG ni jadi datang atau tak hari Jumaat tu.
Kebetulan, hari Khamis saya puasa ganti. Dan hari tu juga saya keluar ke bandar dengan Liena. Liena nak 'survey' perfume yang sesuai nak dibeli semasa 'boxing day' nanti. Jadinya, petang dan malam Jumaat tu saya agak kepenatan. (Stamina tak cukup kuat, kot?). Buka puasa pun, dengan makanan yang biasa-biasa aje (tak masak dan makan nasi). Dan sehari dua sebelum ni, saya makan tak berapa 'proper'. Dah beberapa hari (dan minggu, mungkin), saya jarang makan nasi dan makan lauk yang berat-berat (ayam, ikan dll). Jadinya, malam tu saya agak kepenatan, tidur awal dan rasa tak larat.
Begitu juga esoknya, hari yang kami rancang nak menziarahi Abang Raja tu. Awalnya (pada malam tu), saya dah bagitau pada Adabiah, Insha-Allah saya tak ada masalah rasanya kalau nak ikut. Malam tu siap tidur lambat lagi, 'surf' direction nak ke rumah Abang Raja dari Birmingham ke Manchester (untuk back-up walaupun dah ada tom tom). Tapi, esok paginya saya terasa macam tak bermaya. Sedikit pening, rasa nak tidur dan rasa tak larat (tak taulah kalau ini godaan dari syaitan supaya kita tak pergi menziarahi saudara kita, menjalinkan silatur rahim). Hampir-hampir saya nak batalkan niat saya untuk ikut serta bersama adik-adik ni ke Manchester. Tapi, sebab merasakan saya tak ada alasan yang kukuh untuk tidak ikut serta, hasrat asal saya, saya teruskan. Cuma, saya minta salah seorang dari mereka memandu kereta ke Manchester, dan jika keadaan saya mengizinkan, saya akan 'drive' kereta dalam perjalanan pulang.
Alhamdulillah, kami berjaya tiba di rumah Abang Raja di Cheetham Hill, Manchester dalam pukul 6.30 petang. Perjalanan mengambil masa 4 jam (sepatutnya 2 jam sahaja), setelah kami tersalah masuk motorway (silap saya yang salah bagi 'direction), dan hampir sejam lebih mencari jalan untuk masuk ke motorway M6. Itupun, kami nyaris-nyaris ingin patah balik ke Birmingham selepas rasanya brek kereta macam tak 'sedap', ada bunyi sikit.
Saya selaku orang dewasa (er, iye ke?), memang risau lebih sikit. Dan tak ada masalah kalau nak berpatah balik ke Birmingham. Tapi, adik-adik semua bersemangat dan 'excited' untuk teruskan perjalanan, maka perjalanan diteruskan. ALhamdulillah, kami sampai ke destinasi.
Di rumah Abang Raja pula, sedikit 'lawak' keadaannya. Tuan rumah (Abang Raja dan K.Ila) 'pengsan' kepenatan, langsung tak sedar kami dah masuk rumah diorang. Anak Abang Raja, Arif, 6 tahun yang bukakan pintu rumah. Hehehe, kelakar sungguh. Mujurlah Abang Raja orangnya selamba, walaupun dari kerabat diraja. Dia pula yang naik segan dengan kami. Kami memang tak kisah, sebab faham dia kepenatan, dan kami datang semasa ('time') mereka penat. Apapun, misi kami tercapai untuk berjumpa dengannya sebelum dia pulang ke Malaysia.
Dan disebabkan Abang Raja ada dijemput ke satu majlis perpisahan anjuran beberapa orang pelajar undergraduate dan postgraduate di sana, kami pun diajak sama. Segan juga sebenarnya, tapi yang menganjurkan pun rakan seperjuangan kami juga. Adik-adik UG lebih kenal dengan mereka. Jadinya, kami singgah mengikuti majlis perpisahan tersebut, mendengar ucapan dari tuan rumah dan Abang Raja dan makan-makan. Saya dah tak berapa lalu nak makan, walaupun agak lapar dan penat juga kerana memikirkan perjalanan jauh yang perlu ditempuh. Dan juga tak boleh makan terlalu kenyang sebab dah berjanji dengan adik-adik yang saya akan 'drive on the way' balik ke Birmingham nanti. Lagipun, masa dah agak (atau sedikit) lewat. Jam 10.15 malam kami bertolak dari Cheetham Hill, Manchester untuk pulang ke Birmingham.
Alhamdulillah, perjalanan dan urusan kami dipermudahkanNya. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan pulang tersebut. Lancar ajer perjalanan. Kenderaan pun dah tak banyak di 'motorway'. Cuma, tak boleh bawa kereta terlalu laju sebab rintang angin yang agak kuat sepanjang motorway (kena kawal kereta supaya tak terlalu ditolak angin). Adik-adik yang ada dalam kereta pun, sporting aje, semua tak tidur. Menemankan saya memandu kereta, kot? :)
Tapi kami memang tak begitu bergurau atau terlalu gembira sepanjang perjalanan pulang. Mungkin dah penat. Ada lah, ketawa sikit-sikit. Tapi, bagi saya dalam apa jua perjalanan, apatah lagi jika kita memandu kenderaan tak boleh lalai dan leka. Tak boleh terlalu gembira atau bersukaria, sebab macam-macam perkara boleh berlaku di sepanjang perjalanan. Kena kawal perasaan dan sentiasa mengingatiNya.
Alhamdulillah, jam 12.25 kami tiba di Selly Oak, Birmingham. Macam tak percaya yang saya boleh 'drive' kereta sepanjang perjalanan selama 2 jam tanpa henti, dari Manchester ke Birmingham, di bumi UK di malam hari. Aduh, kalau ayah dan chek tahu ni, tak taulah apa kata mereka. Anak bongsu mereka yang sorang ni kadang-kadang terlalu berani, berani buat perkara yang mereka sendiri tak akan dapat jangka dan mungkin boleh dikatakan di luar kawalan...:)
ALhamdulillah, saya bersyukur kepadaNya kerana perjalanan pergi-balik kami dari Birmingham-Manchester-Birmingham semuanya selamat. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah. Moga ni jadi perangsang kepada kami untuk terus berani (tidaklah sampai terlalu berani) dan sentiasa bergantung kepadaNya dalam semua keadaan.
Esok dan lusanya, saya ambil mas untuk pulihkan diri dan keadaan. Penat, campur nak stabilkan balik diri. Selamat bekerja kembali esok, Insha-Allah...

Monday, December 15, 2008
Bersyukur di atas segala ni'mat yang dikurniakanNya...
Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim...
Dah lama mahu menulis artikel atau 'entry' yang sedikit berunsur ilmiah dan spiritual, tidak sekadar menceritakan kehidupan yang kujalani setiap hari di bumi permaisuri ni, tapi baru kali ni berkesempatan. Itu pun, baki masa yang ada pada hari sepatutnya digunakan untuk menelaah pelajaran. Sekejap jer, ya? Perlu segera menulis kerana idea atau ilham untuk menulis mungkin akan hilang selepas ini...
Menyebut tentang bersyukur, baru aku ketahui dan sedari betapa pentingnya Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bersyukur kepadaNya. Kenapa? Kerana manusia sering lupa untuk bersyukur kepada PenciptaNya atas ni'mat yang Dia kurniakan kepada kita. Meskipun pada pada pandangan manusia lain kita telah dilimpahi dengan pelbagai ni'mat yang tidak diperolehi oleh orang lain, tetapi jika kita tidak diingatkan supaya bersyukur kepadaNya atas ni'mat tersebut, kita akan terus menganggap bahawa semua kesenangan dan kemewahan yang kita miliki ini tidak mencukupi.
Seseorang yang bergaji 10k sebulan contohnya, jika dia tidak bersyukur atas gaji yang sebanyak ini, pasti dia akan merasakan wang sejumlah itu tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya sehari-hari. Tetapi, jika seorang kerani yang bergaji RM500 sebulan, jika dia bersyukur atas kesenangan ini, tidak mustahil jumlah sebegini mampu menampung kehidupannya setiap hari dan tidak mustahil rezekinya akan bertambah di kemudian hari.
Tapi, jangan silap dan salah faham. Bersyukur tidak mengajar kita supaya menyerah kepada takdir tanpa berusaha. Bersyukur tidak membawa maksud yang sama dalam pepatah Melayu yang berbunyi, "Beras segenggam tak akan jadi segantang". Bersyukur bermaksud kita mengingati Allah atas ni'mat yang Dia kurniakan kepada kita. Tetapi,dengan bersyukur tidak menghalang kita untuk terus meningkatkan kualiti hidup, mengubah kehidupan supaya lebih baik dan lebih senang. Bersyukur tidak menghalang kita untuk terus mencapai kesenangan dalam kehidupan. Jadilah jutawan di dunia. Jadilah seorang ilmuwan yang terbijak di dunia. Tapi bersyukurlah kepadaNya. Kerana semua ni'mat itu kurniaanNya kepada hamba-hambaNya. Kita terlalu kecil, dan teramat kecil pada 'pandangan' Allah jika ingin mendabik dada dengan kemewahan dan kelebihan yang kita ada...Astaghfirullahal a'zim (Ya, Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini yang sedemikian besar dan banyak, ya Allah!)
Bersyukur kepadaNya tidak sekadar melafazkan Alhamdulillah (Segala puji-pujian bagiNya) atau mengucapkan "Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, di atas ni'mat yang Engkau kurniakan ini". Tetapi rasa syukur juga perlu dijelmakan melalui perbuatan. Meningkatkan kualiti ibadah kita kepadaNya juga dianggap tanda kita bersyukur kepdaNya. Tanda kita tidak lupa kepadaNya dalam apa jua keadaan, baik dalam keadaan senang mahupun susah. Rasa bersyukur boleh dihayati dalam doa sebelum makan yang mana sejak kecil lagi kita sudah diajar dan setelah besar insha-Allah akan terus mengamalkannya, yang bermaksud, "Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan ke atas kami dan jauhilah kami dari azab api neraka".
Bersyukur juga boleh dijelmakan melalui sifat kasihan belas kita terhadap saudara kita yang lain, sama ada dengan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan mahupun tenaga. Mengeluarkan zakat dan berderma juga menandakan tanda kita mengingatiNya sebagai Pencipta Kita dan mengeluarkan sebahagian rezeki yang Allah kurniakan kepada kita kepada hamba-hambaNya yang lain. Bersyukur juga boleh diperlihatkan melalui cara kita mengurus dan membelanjakan harta kita. Tidak boros, berpada-pada, berbelanja mengikut keperluan dan berpadanan dengan kemampuan kita.
Jadi, janganlah kita merungut atas kesusahan yang kita tempuhi, kerana di sana terlalu banyak, malah tidak terhitung ni'mat yang Allah kurniakan kepada kita. Janganlah kita merungut atas perkara yang kita tidak perolehi, kerana saudara kita yang lain mungkin mencemburi ni'mat dan kesenangan yang kita sedang ni'mati tetapi kita tidak mensyukurinya, malah merungut di atas ni'mat tersebut, Astghfirullahal a'zim (Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini yang sedemikian besar dan banyak, ya Allah). Dan, antara yang paling penting, senantiasalah mengingatiNya di setiap tempat dan keadaan, terutamanya di waktu kita dilimpahi dengan segala bentuk kemewahan dan kesenangan, sebagai tanda bersyukurnya kita kepadaNya dan di atas ni'mat yang dia kurniakan. Kita selaku hamba-hambaNya yang lemah, malah begitu tipis imannya senipisnya kulit bawang begitu mudah lupa mengingatiNya bila dikurniakan sebegitu banyak ni'mat dan kesenangan. Tetapi kita begitu pantas kembali kepadaNya jika didatangkan kesusahan dan rintangan dalam kehidupan. Benarlah kata-kata Allah di dalam kitab suciNya, yang bermaksud,
"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka." (8: Az-Zummar)
Jadilah kita seperti Nabi Sulaiman alahi salam, apabila didatangkan ni'mat di hadapannya, yakni apabila istana Puteri Balqis dihadapkan di hadapannya oleh Ifrit dengan sekelip mata, baginda dengan tunduk dan khusyuk berkata, "Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah". (40: An-Naml)
" Ya, Allah, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mensyukuri ni'mat yang Engkau kurniakan ke atas kami, dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mengingatiMu baik dalam keadaan senang mahupun susah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini ya Allah dan jauhilah kami ya Allah dari azab api neraka yang amat pedih. Amin, ya Rabbal A'lamin (Amin, wahai Tuhan, Pencipta sekian alam semesta)..."
Friday, December 5, 2008
Amongst the confusion - Our World - Zain Bhikha
Amid the confusion, the chaos and the pain
A man emerged and Muhammad was his name
And walking with nothing but Allah as his aid
And the mark of a prophet between his shoulder blades
In a cave in mount hira, the revelation came
Read o Muhammad, read in Allah's name
May the blessings of Allah be on al-mustafaa (the selected one)
None besides him could have been al-mujtabaa (the chosen one)Muhammad, peace be upon his soul
The greatest of prophets, Islam was his only goal
Muhammad, salla Allahu 'alayhi wa sallam
From among all the prophets, Muhammad was the last
As his was a mission of the greatest task
There was only moral degeneration
People clung to idol adoration
For all nations, he was al-mukhtaar (the preferred one)
So was he praised by Allah, al-ghaffaar
The bearer of glad tidings, al-basheer
Leading into light, as-seeraj-al-muneer (lamp of Radiance)
In handling the wicked, he had the best of skill
He pacified with tolerance and goodwill
The best of morals he aimed to attain
All he accomplished through suffering and pain
Reviving imaan as al-muthakkir (the reminder)
He is known in the qur'aan as al-mud-dath-thir (covered up)
Only he was given the honour of miraaj
Unique was this glory to Muhammad as-seeraj (the lamp)
He was ad - da'ee ill Allah hil azheem
All hadi elaa seerauteem mustakeem
His mission complete, his held in great esteem
Allah praised him as bil-khuluqil azeem
May the blessings of Allah be on mustafaa
None besides him could have been al-mujtabaa
So perfect were his morals, so justly did he rule
Darkness had vanished and the word was full of noor
Balagha l-ula bikamalihi
Kashafa d-duja bijamalihi
Hasunat jami u khisalihi
Sallu alayhi wa 'alihi
Muhammad, peace be upon his soul,
The greatest of Prophets, Islam was his only goal.
P/s: A very, very lovely song...(Boleh buatkan kita menangis kalau kita menghayati setiap bait-bait liriknya...)
Flowers are red (Zain Bhikha)
A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"
Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"
This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
P/s: A very 'cute' yet meaningful nasyid...Enjoy it!
My current favourite nasyid...
Sekadar ingin berkongsi nasyid-nasyid yang buat masa sekarang jadi kegemaranku. Hari tu dah ada satu playlist 'My current favourite nasyid'. Ni ada yang lain pulak. Kebetulan terjumpa nasyid-nasyid ni bila suatu hari tu dengar satu-satu nasyid Raihan. (Er, dua tiga hari sebelum tu kemaruk dok dengar lagu 'Bagaikan Puteri' nyanyian Farra - aduh, teruknya. Tapi suaranya lembut, tu yang jadi terpaut..) Dan nasyid Zain Bikha, 'Flowers are red' terjumpa dalam fs Liana. Memang 'cute' nasyid ni...Selamat mendengar...
Thursday, November 20, 2008
Teringat kisah semasa di UTP...
Salam...
Curi masa sikit untuk menulis, walaupun kerja dah menanti minta dijenguk, huhuhu... Bila teringat apa yang pada saya hari Isnin lepas (17 Nov) yang saya sesat, tak jumpa jalan nak ke Manir Autos untuk buat M.O.T. kereta dan tauke kedai datang direct saya ke kedainya dari simpan, teringat saya akan peristiwa yang seakan-akan sama semasa saya kerja di UTP dulu.
Saya telah diminta oleh Ustaz Rahmat Abu Seman (RAS), pegawai Masjid An-Nur UTP supaya hadiri satu ceramah oleh Ustaz Nuruddin al-Banjari (Ustaz dari Indonesia) yang datang sampaikan cerama di Dewan INTIM, Ipoh. Kuliah ni berkaitan wanita, kalau tak silap. Sebab ustaz terima jemputan ni dari pihak INTIM, dia minta saya hadir. Apatah lagi saya sorang aje yang bergelar 'ustazah' di UTP masa tu. Saya ada juga cari beberapa orang 'lecturer' perempuan lain yang berminat nak hadir sama. Rasanya sorang sahaja yang boleh hadir, Dr. Ratna (kalau tak silap saya namanya). Dia pun berasal dari Indonesia, tapi dapat rezeki mengajar di UTP.
Disebabkan saya memang tak biasa jalan di Perak, apatah lagi kat Ipoh, memang pening dan cuak jugalah. Udah ler bawa kereta sorang-sorang (hai, dari dulu sampai sekarang asyik drive sorang jer ni...). Saya dah minta direction nak ke sana dari K.Suhaila (lecturer Electical Engineering). So, boleh agak-agak jugalah camner nak ke sana. Tapi, sampai satu tempat tu, saya dah 'lost'. Ke mana nak di tuju. Call K.Su, minta direction. Tapi saya pun pening sebab tak tahu nak describe kat K.Su saya kat mana. So, saya masuk lorong, berhentikan kereta dan ke satu kedai makan untuk tanyakan jalan. Alhamdulillah, Allah membantu mempermudahkan urusan saya kali ni. Ada sekumpulan pekerja TNB (kalau tak silap saya), cuba nak bagi direction. Tapi mungkin diorang nampak saya dah macam cuak (kot?), diorang kata ikut ajer dia, diorang akan tunjukkan saya kat mana bangunan INTIM tu. Dan ada jugalah mereka bagi panduan sikit-sikit kat mana tempat tu.
So, saya pun ikutlah dari belakang jip mereka, dan sampai ke satu tempat yang memang nampak bangunan INTIM ni dari luar. ALhamdulillah, syukur kerana selamat sampai. Dan kumpulan pekerja TNB tadi bawa jip agak perlahan, bunyikan hon tanda mereka nak teruskan perjalanan dan saya bunyikan hon balik, tanda ucap terima kasih. Berbanyak-banyak terima kasih pada mereka yang sudi membantu, walaupun tak pernah kenal saya. Dan jutaan syukur kepadaNya kerana membuka jalan kepada saya selaku hambaNya di kala ditimpa kesusahan. Mungkin betul ayat Allah di dalam surah al-Thalaq, ayat 1 dan 2 yang bermaksud, " ...Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya..." Bukanlah untuk mengatakan, betapa bertaqwanya saya sehingga dipermudahkanNya segala urusan. Cuma, selagi mana kita percaya dan yakin padaNya, insha-Allah ada ketikanya Allah kurniakan kepada kita nikmat atau rezeki yang kita sendiri tidak pernah jangka.
Apapun, one thing to take as a moral, belajar-belajarlah biasakan diri dengan jalan kat Ipoh. Idok ler kome sesat, hehehe....:D
Wallahu a'lam...
P/: Gambar-gambar di atas adalah gambar semasa hari terakhir saya di UTP. Sebab entry ni berkaitan UTP, so masukkanlah gambar-gambar yang ada kaitan dengan UTP...
Alhamdulillah, urusanku dipermudahkanNya...!
Salam...
Minggu ni minggu yang kritikal. Hari Selasa lepas (18 Nov), jumpa dengan 'my supervisor', Dr. Jabal lepas habis seminar mingguan dan dia tanya tentang kerja saya. Kesimpulannya, by 'hook or by crook' (ni kata-kata yang selalu diguna masa belajar kat UM dulu), kerja saya ni nak kena hantar dalam minggu pertama bulan Disember. Aduh, tensen, tensen. Tapi memang dah plan, dalam masa tersebut kerja ni dah dihantar, Insha-Allah. Jadinya, berusahalah wahai diriku!
Yang nak cerita sikitnya, tentang hari sebelum ni. Saya kena hantar kereta untuk ujian M.O.T. Not that sure what M.O.T. stand for, tapi apa yang saya faham, kereta yang kita bawa di jalan raya kena lulus ujiannya. Ujian tulah M.O.T. Tempat yang nak dihantar tu di Aston (around 15 min from my place, Selly Oak). Hari Khamis lepas, K.Salmi dan Ustaz Azmi dah bawa saya ke sana. Sebab 'tauke' kedai tu tak boleh buat hari tu, jadinya dia suruh hantar hari ni. So, hari ni saya pergi sendiri. Nak ajak adik-adik temankan, diorang ada kelas pagi tu. Ceritanya, saya tak dapatkan alamat penuh tempat ni. Just ambil poskod dia aje. Nama jalan pun lupa. Bila check kat google maps UK, saya main letak Lynton Road kat dalam 'tom tom'. So, apa yang berlaku, sampai aje kat Aston (jalan tu), saya dah tak ingat kat mana kedai tu. Sekali pergi memang tak ingat. Tambahan pula hari tu pergi dengan K.Salmi. Berpusing-pusing jugalah nak cari kedai tu. Call K.Salmi, dia bagi direction tapi saya dah pening. Last-last, saya cari poskod kedai Wing Yip (Alhamdulillah, ada), then drive kereta ke kedai Wing Yip. Memang tak jauh kedai Wing Yip dari tempat yang saya sesat tu. Then, call 'tauke' kedai tu, Manir (kedai tu Manir Auto's). Dia bagi direction macammana nak ke kedai dia. Tapi, Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkanNya. Manir (tauke tu sendiri) datang dengan kedai Wing Yip dan 'direct' saya ke kedainya. Alhamdulillah. Syukur.
Rupa-rupanya, kedai dia tak jauh dari tempat yang saya sesat tadi. Dan dipendekkan cerita, tak lama kat san, terjumpa dengan 'husband' K.Asnita (K.Ita, dia tinggal tak jauh dari rumah saya, kat Dawlish Road). Kebetulan dia pun datang nak servis kereta, tapi tak boleh buat sebab Manir sibuk hari tu, tak sempat nak buat. Then, sebab dia pun nak balik ke Selly Oak, dia kata boleh tumpang dia ke sana. Subhanallah, terasa senangnya urusan saya, Alhamdulillah...Lalu tumpanglah saya (duduk kat belakang). Ya, Allah, terasa bahawa urusan ini dipermudahkanNya.
Sikit lagi nak cerita. Esoknya baru dapat ambil kereta. Saya pergi lepas habis seminar mingguan du Selly Oak Campus dan lepas solat Zohor dan Asar. Pergi dengan train dari Selly Oak ke Aston train station. Kali ni saya diuji lagi. Turun dari 'train station' Aston, mula berjalan slow-slow, cuba agak kat mana kedai Manir's Auto ni. Ya, Allah 'mutar itik' saya dibuatnya (istilah orang Kelantan). Masuk lorong ni tak kena, yang ni tak kena. Tapi, Alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya. Bila masuk lorong tu, dari jauh dah nampak kereta tu. Rupa-rupanya lorong yang ke depan sikit dari Aston train station. Nasib baik saya tak sempat 'call' K.Salmi mengadu masalah saya. Kalau tak, mungkin pening pulak K.Salmi, hehehe (dah banyak menyusahkan K.Salmi dan ustaz). Alhamdulillah, selesai urusan. Kereta ni lulus M.O.T., cuma ada sikit lagi kena baiki. Bila lama sikit baru bawa balik untuk dibaiki.
Hmmm....Ni memang pengalaman buat saya. Pengalaman yang mengajar macam mana nak 'hidup' dan 'survive' di bumi orang. Alhamdulillah, pengalaman sedikit-sebanyak semasa belajar di UM dulu (sebab dah bawa kereta masa tu) membantu saya untuk berdikari dan menghadapi situasi seperti ni. Ini pun masih sedikit sebenarnya. Ramai lagi yang berdepan dengan cabaran yang lebih besar. Apapun, pengalaman mengajar kita supaya bersikap lebih matang. Dan kesilapan mengajar kita supaya belajar dari kesilapan yang kita lakukan...Wallahu a'lam...
Saturday, November 8, 2008
Nasyid-nasyid lama...
Salam...
Mencuri masa sekejap untuk menulis blog. Seminggu dua ni, saya kena 'bertapa' di bilik untuk siapkan tugasan belajar yang perlu dihantar dalam masa terdekat. Dan saya ada masa 2 hingga 2 minggu setengah lagi untuk 'submit the whole work'. Dalam dok 'bertapa' di bilik, selalu saya 'berehat sekejap' untuk kembalikan fokus saya kepada study dengan mencari dan mendengar lagu-lagu (baik nasyid atau lagu-lagu) yang sesuai untuk didengari. Dalam pencarian tu, bertemulah saya dengan tiga buah nasyid di bawah, yang sememangnya mengimbau balik kenangan kumpulan nasyid dahulu sebelum lahirnya kumpulan nasyid secara komersial. Seronok dapat mendengar balik nasyid-nasyid seperti ni. Hanya diiringi dengan paluan kompang dan suara si penasyid. Dan lirik-lirik yang mendekatkan diri kita kepadaNya.

Friday, October 31, 2008
Hari-hari yang 'busy' dalam minggu ni
Hari-hari yang 'busy' dalam minggu ni (25 - 29 Oktober 2008)
Sabtu (25 Okt)
Pagi, pengisian rohani sat lepas Subuh. Pas tu, fikir pasal camne nak siapkan kerja by next week. Then, rasanya call Aini dan Akmal. Sepetang, concentrate untuk study. Siapkan kerja sekolah. Sebelum tu, prepare untuk 'buat kerja sikit' malam tu. Malam, wat kerja sikit, study sikit. Then tido. Sebelum tido, dok fikir camner plan esok, ada benda nak discuss dengan Aini, majlis raya anjuran komuniti Birmingham, nak gi beli barang untuk chek n ayah lagi. Then, zzzzzzz.....
Ahad (26 Okt)
Solat Subuh, baca Al-Qur'an, makan pagi dan terus mandi. Pukul 9.30 pg, keluar rumah, nak kena kejar train ke city centre pukul 9.55 pg. Alhamdulillah, nasib baik sempat. Gi beli barang chek kat Latif n Son, gi kedai Poundland (beli coklat) dan 99p.Ambil train pukul 11.23, Alhamdulillah, sempat. Ada discussion dengan Aini via paltalk pukul 12 tghri.Discussion tunda ke pukul 1.30 ptg. So, boleh study n siapkan kerja sekolah sikit. Tak pergi majlis raya, coz dia start pukul 11 pg. Habis bincang dengan Aini pun, dah dekat pukul 2.30 ptg. The rest of the day, rehat, siapkan kerja sekolah, dan masak jugak rasanya. Malam, study sikit n tidur...
Isnin (27 Okt)
Hari yang amat bz. Bangun, lepas solat Subuh n baca Qur'an, kemas bag sebab nak kena tido kat rumah K.Hendun malam ni. Uzar (Ustaz Zaharuddin n family) datang Birmingham ptg ni dan saya tumpangkan mereka tidur kat rumah K.Hendun. Call K.Hendun, kot ada nak beli barang apa2 nak masak untuk makan malam ni. Dah banyak dah dia kirim.
Then, makan pagi, mandi, pergi ambil kereta kat Hanisah, gi ambik kerja yang dah diproofread kat pejabat EISU, berputar-putar cari parking kat train station untuk gi beli barang kat bandar. Last2, buat keputusan, balik rumah,ambil bag dan barang2 untuk nasi kerabu, solat Zohor then baru gi bandar dan gi rumah K.Hendun. Aduh, penat giler. Dah bawak semua barang, drive kereta ke bandar. Ya, Allah, kat bandar jam lah pulak! Cari parking kat tempat open parking pun tak de. So, kena pusing n parking kat Sing Fatt. Lepas beli barang kat situ, berkejar (jalan jer) ke pasar sebab nak cari kepala ikan salmon n sayur-sayuran (bendi, timun, salad, cili). Open market tutup. St. Martin Market jer yang buka. So, beli kepala ikan n bendi aje.
Drive ke rumah K.Hendun. Ingatkan dah sesat atau tersalah jalan. Alhamdulillah, selamat sampai. Sampai kat rumah dia, terus masuk dapur, potong dua kepala ikan tu sebab kat market diorang tak buat. Berpeluh juga. Dah lah tak pernah buat. ALhamdulillah, berjaya. K.Hendun dah goreng dan masak ayam masak merah. Then nak buat sotong celup tepung aje. Then, gi beli ayam n sayur kat area Aston, untuk masak ayam percik, makan dengan nasi kerabu esok.
Ustaz sefamily sampai. Rupa-rupanya wife ustaz, K.Ina pernah dok serumah dengan K.N(RS / Rumah Sumayyah). Ni orang kuat PMI ni. Dia cakap masa mula-mula nampak saya macam muka K.Na dah. Hehehe, jejak kasih lah pulak. Dah makan malam. Then, gi ambik Azri (adik UG yang nak jumpa Ustaz) kat train station Aston. Dah rehat sat, start siapkan menu penting untuk nasi kerabu (nak makan esok). Pukul 2 baru siap masak. Solat Isyak dan tidur.
Selasa (28 Oktober)
Solat Subuh, baca Al-Qur'an. Pukul 7 dah masuk dapur. Siapkan apa-apa yang patut. Pukul 8.45, K.Ita dan husband dia datang (K.Hendun jemput). Makan pagi. Dah mula rasa penat, sebab rasa macam tak cukup rehat. K.Ina dan Ustaz sefamily balik dalam pukul 10.45 pg. Tak sempat nak bawa Ustaz gi jalan-jalan sebab diorang nak cepat ke London. Saya pulak ada seminar pukul 11.30. Pukul 11.15 baru turun dari rumah K.Hendun. ALhamdulillah, settle satu perkara. Drive ke Selly Oak. Rasanya cam tersalah jalan, terus masuk motorway sikit, tapi direct ke Selly Oak. 11.45 or dekat pukul 12 tghri sampai kat sana. ALhamdulillah, sempat join seminar walaupun lambat setengah jam.
Misi tak habis lagi. Gi solat kat library. Then drive ke train station Selly Oak, gi ke One Stop Perry Bar sebab nak beli kasut Clarks yang ayah kirim. Sempat lagi singgah Asda. Beli biskut sikit untuk chek, n barang2 makanan. Then, something suprising happened. It was snowing! Snow turun masa masih kat Perry Bar. Wah, bestnya. Tapi nasib baik betullah tak drive ke Perry Bar. Kalau tak, tak tau lah camner nak drive dalam snow. Balik rumah. Tak sempat dah solat Asar. Drive kereta ke rumah. Kemas barang. Solat. Makan sikit. Ya, Allah, penatnya. Terasa penat seluruh badan. Tidur nyenyak malam tu.
Rabu (29 Oktober)
Bangun pagi. Solat Subuh, baca Al-Qur'an, terus mandi dan siap-siap nak gi jemput Abang Long (my brother in-law) kat Birmingham International Airport. Plan nak drive ke sana. Gi kat kereta, ya ALlah, kereta beku. Pintu langsung tak leh buka. Camner ni? Nanti lambat pulak kalau dok struggle nak buka pintu kereta ni. Tu enjin tak tau lagi tu camner. Terus tukar plan, gi airport dengan train. Alhamdulillah, sampai sana on time. Dalam dekat pukul 10 rasanya baru Abang Long keluar. Ajak Abang Long gi rumah naik cab, sebab takut naik train penat pulak Abang Long. Hmmm, it's cost me nearly £24. Buka beg, tengok barang yang Abang Long bawak dari M'sia. Jamu Abang Long makan nasi kerabu (nasi kerabu yang buat dengan K.Hendun semalam. ALhamdulillah, tak yahlah masak lain hari ni. Just masak nasi aje sebelum gi airport tadi). Lama bersembang dengan Abang Long masa makan. Then solat Zohor. Bawa Abg Long gi uni sat. Pas tu gi bandar dengan train sebab nak beli barang chek. Terpaksa patah balik dari train station uni ke train station Selly Oak sebab panjang sangat queue nak beli tiket kat uni train station.Gi Argos, beli barang chek. Gi Poundland, beli biskut Cardbury dan coklat. Then, Abang beli bunga plastik untuk kakak. Lawa jugak.
Balik rumah dengan train. Dah lewat dah. Packing barang yang Abang Long nak bawa balik ke M'sia, solat Asar, gi check kereta, ALhamdulillah, boleh hidup. Then, drive ke hotel Abang Long booking (dekat dengan aiport). Nasib baik jumpa. Pukul 5.45 ptg, bertolak dari hotel. Nak kena kejar solat Maghrib. Nasib tak baik. Tersalah masuk jalan. Termasuk motorway. Nasib baik ada jalan keluar diverted ke Birmingham. Jalan jam. Aduh! Mujur minyak masih ada. Dalam 7.30 sampai rumah. Dahlah saya sorang. Alhamdulillah, selamat sampai. Siap sempat gi isi minyak lagi kat Tesco dekat dengan rumah. Balik, kemas barang yang tak sempat nak kemas sebelum keluar tadi. Tunggang-langgang rumah, hehehe. Then, makan tidur. Dan tidur rasanya. Cuma hari ni tak sepenat semalam. Mungkin sebab tak banyak drive. ALhamdulillah, selesai sudah 2 misi pentingku dalam minggu ni...Kembali baca buku, huhuhu...

Friday, July 11, 2008
Subject: Memori Kisah Silam.... bagi yg lahir tahun 1973-1984 ....
KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1985.. MESTI KORANG INGAT NI
Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Lagi satu Gaban.
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan, mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...
Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah, ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak-budak time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...
Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa....
Internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.
Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dalam class.
Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak-budak yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.
Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar-kejar duduk...
Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah-tengah die!
Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling-baling kapur laa.
Hmm...Budak-budak skarang, bagi diorang, diorang mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yang Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...
Bagi diorang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorang lahir.
CD pun wujud time diorang lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorang percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem-filem baru.
Diorang tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorang tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorang tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorang skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorang tak paham macam mane kite boleh survive dekat universiti tanpa handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum
2. Kebanyakan member-member sekolah menengah kite dah kawin
3. Korang sure pelik bile nengok bdak-budak kecik main komputer, selamba je
4. Kita geleng kepala bile nengok budak-budak sekolah menengah guna handphone
5. Kita dah tak banyak sembang-sembang dengan member melalui telefon lagi setiap hari
6. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite-cerite lame, cerite-cerite kelakar yang kite alami mase dulu time kecik-kecik, nakal-nakal dulu...
7. Last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir untuk forwardkan dekat member-member lame korang. Sure diorang suke punye laa...heheh
Tapi apa yang pentinglahkan. Bila kenangkan saat ni semua dengan mendalam, mungkin ada di antara kita mengalirkan air mata...Yelah mana taknya bebudak zaman sekarang walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi...Sayangnya masa begitu pantas berlalu...
Dimanakah kita???

Thursday, July 10, 2008
Tuesday, May 27, 2008
Ku Berlari...
Ku Berlari
(feat. Cat Farish & Akbar)
Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali
Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu
Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa
Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..
"Sedikit 'stress' dengan kerja, banyak benda yang nak kena disiapkan dalam satu masa. So, bila dengar lagu ni, rasa bersemangat sikit nak disiapkan semua kerja ni. Ya, Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini untuk meneruskan kehidupan yang sementara ni!"
Thursday, May 15, 2008
Selamat Hari Lahir untuk diriku yang ke...?
Selamat Hari Lahir buat diriku...
Diriku mencecah ke angka 28 hari ni. Masih dalam situasi yang selamat, kot? Ada dua angka lagi, nak melangkah ke angka 30. Angka 30 bunyi macam dah tua...Tapi, iyalah, apa ada pada angka. Ajal tak kira bila, akan datang menjemput bila-bila masa. Kalau dapat hidup lagi di dunia ni hingga ke angka 60, bermakna masih ada 30 tahun lagi. Wallahu a'lam, Allah sahaja yang tahun akan perihal jodoh ajal hamba-hambaNya yang Dia cipta untuk kembali menemuiNya.
Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama, saya berada di Malaysia. Di Tronoh, Perak. Tahun ini, pada tarikh yang sama, saya berada di Birmingham, UK. Subhanallah, begitu cepat masa berlalu dan begitu ajaib putaran keadaan yang Allah jadikan. Tahun lepas, saya masih ingat, hari lahir saya disambut dalam tangisan...Kenapa? Hmm...malas dah nak kenangkan balik. Ini kerana gara-gara tak pandai nak 'bercinta' kot...Adoi, malunya. Adalah insiden yang menyebabkan saya jadi bingung mengapa keadaan ni boleh terjadi. Saya ke yang salah? Tapi, takpelah. 'Buku' ni dah lama ditutup. Sekadar selak sikit-sikit aje. Tak perlu kenang kenangan yang telah lepas, lebih-lebih lagi perkara yang agak tak 'best'. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan dilihat kehadapan. Mungkin tak ada gunanya kenangkan apa yang telah lepas kalau ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kita...
Angka 28, sudah hampir mencecah ke 30. Bermakna, dah hampir 30 tahun saya dihidupkan dan bergerak di atas muka bumi Allah ini. Subhanallah, begitu cepat dan pantas masa berlalu. Begitu besar dan banyak ni'mat Allah pada hamba-hambaNya. Cuma sejauh mana kita kembali dan bersyukur padaNya atas ni'mat yang tak terhitung ini...Iya, ni'mat Allah terlalu besar. Saya masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi ni, atas ni'mat Iman dan Islam. Masih bergelar seorang Muslim (Alhamdulilla), Insha-Allah terus teguh mendokong dan memperjuangkan kebenaran Islam.
Moga bertambahnya usia saya pada hari ni, saya terus dianugerahkan dengan ni'mat sebagai seorang Muslim dan dengan keimanan kepadaNya dan segala ajaran-ajaranNya. Moga umur saya dipanjangkan, diberikan ni'mat kesihatan agar saya dapat terus beribadah dan berkhidmat untuk Islam. Juga, dalam tempoh terdekat ni, agar dipermudahkan urusan saya dalam mencari dan mendapatkan jodoh. Semoga saya dapat bertemu dengan lelaki yang soleh dan dapat mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat (sebelum usia mencecah 30) (berdasarkan kehendakNya), dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Juga moga urusan saya dalam pengajian kedoktoran ini dipermudahkanNya, dikurniakan kejayaan di akhirnya. Kejayaan yang menjadi saya tidak sombong dan bongkak, malah lebih dekat kepadaNya dan terus menyumbang dan berkhidmat untuk Islam.
KepadaMu hambaMu ini berserah, Ya Allah. Dan kepadaMu hambaMu akan kembali kelak untuk menemuiMu, Ya Allah. Ampunkanlah,Ya Allah, segala dosa-dosa hambaMu ini. Matikanlah hambaMu ini dengan sebaik-baik kematian, dengan kalimah Tiada Tuhan yang Disembah melainkanMu, Ya Allah dan di atas kalimah Nabi Muhammad itu PesuruhMu, Ya Allah...
Amin, Ya Rabbal A'lamin. Amin, Ya Allah, Tuhan Pencipta Alam ini...
Sunday, May 11, 2008
Liku-liku kehidupanku 1980-2008 (part 1)
Sekadar untuk tatapan dan peringatan diri, perjalanan dan liku-liku kehidupanku selama hampir 28 tahun...
15 Mei 1980 - diriku dilahirkan jam 3.15 pagi (kalau tak silap). Diberi nama Asyiqin anak perempuan kepada Haji Abdul Halim dan Aminah.
1981 - diriku melangkah setahun. Masih belum tahu dan kenal apa-apa
1982 - diriku melangkah ke usia 2 tahun. Mungkin masa ni dah pandai bercakap dan berjalan
1983 - diriku berusia 3 tahun. Apa yang kanak-kanak berumur 3 tahun pandai buat ya, pada usia sebegini?
1984 - sudah berumur 4 tahun. Sudah menjadi 'kanak-kanak' dewasa.
1985 - berumur 5 tahun. Mula melangkah ke alam Tadika. Dihantar ke Tadika Raja Dewa, Jalan Telipot. Tapi, seingatku, tak lama berada di sana. Meragam tak nak gi sekolah.
1986 - berumur 6 tahun. Ayah dan chek menghantarku ke PASTI. Masih ingat, pakai tudung bulat hitam dan baju kurung biru. Tak pasti masuk PASTI sampai habis ke atau sekerat jalan
1987 - berusia 7 tahun, dihantar ke SRK Zainab (1), Jalan Telipot. Sekolah rendah yang kakak-kakak ku belajar dulu. Masih ingat, belajar di kelas akhir sekali, 1 Biru. Mula-mula, tak pandai nak berkawan. Lama-lama, ada juga kawan. Cikgu kelas, ingat lagi, namanya Pn Khadijah. Kurus kecil cikgu ni. Pernah chek datang berjumpa Cikgu Khadijah bila saya beritahu yang saya tak de kawan di sekolah. Tapi, ada jugalah kawan. Alhamdulillah, walaupun tak pandai, tapi dapat naik kelas pertama untuk darjah 2. Dapat masuk 2 Kuning.
1988 - Darjah 2. Umur 8 tahun. Sekolah di sebelah petang. Pergi sekolah dengan van Pakcik Kassim (dah meninggal dunia). Tak berapa pandai dan rajin buat kerja sekolah. Selalu main-main aje. Tapi, Alhamdulillah, tak diturunkan kelas. Entah kenapa tu, tahun tu semua dikekalkan di kelas yang sama untuk tahun seterusnya, sama ada dapat keputusan baik atau buruk dalam peperiksaan akhir tahun (kalau 2 Kuning, kekal masuk ke 3 Kuning). Mungkin rezeki saya dapat kekal di kelas pertama.
1989 - Berumur 9 tahun. Dah mula pakai baju kurung, walaupun tak pakai tudung lagi. Masa ni dah mula rabun mata (rabun jauh sikit-sikit). Di akhir tahun, mula pakai cermin mata. Dan mula belajar mengaji Al-Qur'an secara serius di rumah Pakcik Mea. Bersekolah masih di sebelah / sesi petang. Saya tak pandai mengeja Al-Qur'an. Baca hanya ikut apa yang To'Guru baca. Dapatlah habis Muqaddam dan masuk 'surat besar' (Al-Qur'an) tahun tu (kalau tak silap saya).
1990 - Umur 10 tahun. Dah rasa besar di sekolah. Mula pakai baju kurung, pakai tudung dan pakai cermin mata. Ada kawan yang tak cam bila saya pakai macam tu pada hari pertama sekolah. Cikgu kelas, saya masih ingat lagi namanya. Cikgu Hanafiah. Dan dia masih mengajar di SRK Zainab (1) (tahun 2006 saya pernah jumpa dia di sekolah tu). Di awal tahun, saya agak tak pandai nak 'cope' dengan 'study'. Bermain-main dalam kelas. Sempat lagi bertukar-tukar lukisan kartun dengan kawan saya (yang kami letakkan dialog dalam kartun tu) semasa cikgu tengah mengajar di depan. Ingat lagi saya nama kawan tu, Norhashimah Ahmad Shahibuddin. Ayah dia orang kuat UMNO di Lundang. Tapi, Alhamdulillah, di akhir tahun (sebelum peperiksaan akhir tahun), saya mula sedar diri. Mula tumpu pada pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Tak ada siapa yang suruh. Motivasi untuk belajar datang sendiri. Alhamdulillah, dapat no 9 di peperiksaan akhir tahun dan dapat naik ke 5 Kuning (kelas no 1).
Dan tahun itu jugalah (sama ada di pertengahan atau akhir tahun), PAS menang besar di Kelantan. Kerajaan UMNO pimpinan Dato' Mohammad Yaacob tumbang (Dato' Mat Yaakub). Ayah yang turut bertanding juga menang di kawasan / Dun Banggol. Dan selepas PAS diisytiharkan menang, ayah diangkat menjadi Timbalan kepada TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam lain perkataan, Timbalan Menteri Besar. Satu jawatan yang saya tak pernah tahu sebelum ni, tapi mula bermain di kepala bila ayah jadi TMB. Tapi, rasa biasa aje. Tak rasa apa-apa perubahan. Cuma terasa ayah makin sibuk dan kehidupan kami menjadi sedikit lebih selesa. Berkat perjuangan Islam, mungkin setelah ayah dan chek telah lama berjerih perih mengharungi kehidupan politik sebagai pembangkang.
1990 - Saya berumur 11 tahun. Rasanya tahap belajar pada awalnya agak tunggang-langgang. Selalu datang lambat ke sekolah (sebab van Pakcik Kassim agak lambat sampai ke sekolah), ada juga kena denda. Lalu, bertukar naik bas Pakcik Min pula. Bas Pakcik Min sampai awal. Pukul 6.45 atau sebelum pukul 7 dah sampai di sekolah. Di awal tahun, masih banyak saya tak tahu pasal pentadbiran sekolah. Siapa Penolong Kanan 1, Penolong Kanan 2. Ada insiden berlaku, saya tertukar antara PK 1 dan PK 2. Malu dibuatnya. Tapi entah macam mana, di pertengahan tahun, cikgu kelas 5 K, Cikgu Zanariah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Ketua Darjah. Wah, hebatnya saya :-). Dah lupa siapa penolong saya. Tapi, Alhamdulillah, saya cuba buat yang terbaik. Dan rasanya jawatan tu kekal hingga ke akhir tahun. Dan masa ni juga, Bahasa Inggeris saya mula 'improve'. Belajar dengan Miss Tan Chong Beng (Miss Tan), cikgu Cina yang memang rajin dan pandai mengajar Bahasa Inggeris. Walaupun grammar saya masa tu pun masih banyak tak betul, tapi banyak benda yang saya tahu dan menjadi lebih baik selepas belajar dengan Miss Tan. Dan, Alhamdulillah juga, walaupun agak tak bersungguh-sungguh dalam peperiksaan akhir tahun, keputusan peperiksaan saya mungkin agak baik juga dan dapat masuk kelas 6 Kuning untuk tahun seterusnya.
1992 - Berumur 12 tahun. Tahun terakhir di SRK Zainab (1) dan tahun ni saya menduduki ujian UPSR. Dan saya terus dilantik sebagai Ketua Darjah, dan penolongnya Nur Wahida Ismail (inagt lagi nama dia, tapi dah tak pernah jumpa selepas habis belajar di ZS 1). Belajar pun mula sibuk. Kelas tambahan dua hari seminggu. Di awal dan pertengahan tahun, saya agak aktif juga dengan persatuan. Kelab Seni Lukis dan bermain untuk pasukan Hijau. Dan, disebabkan saya mula tahu sikit-sikit bermain ping-pong (sebab di rumah dah ada meja ping-pong), saya dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan ping-pong. Wah, bangga dan cuak juga. Cuma, tak menang pun. Kalah ditangan pelajar Cina yang memang 'terror' main ping-pong.
Di pertengahan cuti sekolah (cuti sekolah penggal pertama), saya menghadiri kursus Summer Camp anjuran Sabha Group. Organisasi yang dikendalikan oleh Dr. Hassan Ali (sekarang AJK PAS Pusat dan Exco Kerajaan S'gor). Program ni dibuat di SM Faris Petra, Pengkalan Chepa. Kakak-kakak fasilitator kebanyakkannya kawan-kawan K.Na, seperti K.Wan Suhairan, K.Wan Jamilah, K.Nik Norihan (fasi saya). Program yang sangat bermakna dan berkesan. Banyak perkara yang saya belajar, terutamanya asas-asas dan bacaan dalam sembahyang. Selama ni, doa dalam sembahayang - duduk antara dua sujud pun saya tak lancar, dah mula lancar dalam program ni. Doa qunutnya, berapa rukun dalam sembahyang, dalam program ni baru saya belajar semua benda ni. Dan diajar supaya sentiasa berzikir (Subhannallah walhamdulillah wala ilaha illAllah wal Allahu akbar). Seronok hadir ke program ni. Rasa tak nak balik. Dan tak disangka-sangka, saya jadi peserta terbaik untuk pelajar sekolah rendah. Diberi hadiah buku dan dijemput ibu saya sendiri untuk sampaikan hadiah tu. Di akhir tahun itu, saya hadir lagi ke program ni yang dibuat di Kem Kijang bersama abang saya, dan dua orang sepupu lelaki. Dan sekali lagi, saya menjadi peserta terbaik untuk pelajar sekolah rendah.
ALhamdulillah, UPSR tahun tu, saya dapat 4A (full A). Agak takut sebenarnya masa nak ambil result tu. Alhamdulillah, Allah makbulkan cita-cita saya. Dan sebelum tu, saya ada memasuki pertandingan melukis anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu. Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya saya menang, tempat saguhati. Dapat hadiah wang RM75 dan cenderamata. Bangga tu...Dan (lupa nak bagitau sebelum ni), sempena program tertentu (saya lupa program atau minggu apa), saya dipilih menjadi Pelajar Contoh (Pelajar Mithali). Tak taulah apa contoh yang saya berikan. Macam contoh budak baiklah kot (walaupun baca Qur'an tak lancar pun masa tu). Dapat hadiah beberapa buah buku. Mungkin satu motivasi buat saya untuk lebih cemerlang...
(bila menulis kisah lama ni, terasa macam pelajar sekolah rendah tulis diari...)
Saturday, May 10, 2008
Apa yang ada jarang disyukuri...
Antara bait-bait nasyid Antara 2 cinta...
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering sering dirisaukan
Ni'mat yang dikecap barukan dirasakan
Bila hilang...
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman...
Betul dan amat tepat sekali lirik nasyid ni. Hakikatnya kita sentiasa risau dan keluh kesah atas perkara yang kita tidak miliki. Tetapi, apa yang ada di hadapan mata, yang Allah anugerahkan jarang kita syukuri meskipun ni'mat itu amat besar dan dicari-cari oleh orang lain.
Saya tidak tak tahu apakah saya juga bersikap demikian, tetapi apakah saya tidak wajar untuk risau akan perkara ini kerana ini adalah antara perkara pokok dalam kehidupan. Tetapi sekali lagi, semakin saya fikirkan, semakin saya berkata kepada diri sendiri kenapa hal ini terjadi pada saya, ia akan lebih 'menyesakkan dada saya', lebih menambahkan kerisauan dan mula timbul perasaan untuk menyalahkan keadaan (taqdir)- Ya, Allah, na'uzubillahi min zalik.
Mungkin inilah psikologi orang seperti saya yang telah 'berumur' (tetapi masih muda lagi sebenarnya), risau kerana masih belum 'berpunya' atau dalam lain perkataan, 'belum berkahwin'. Jika saya nak senaraikan keluhan saya di sini memang banyak. Perkara ni mula saya risau dan fikirkan setelah saya mula bekerja di UTP, dalam pertengahan tahun 2006, meskipun keinginan untuk mendirikan rumahtangga telah lama terpendam dalam hati semenjak saya tamat ijazah sarjana pertama di UM dan sebelum meneruskan pengajian MA. Tapi, perasaan ni saya pendam dan tidak luahkan memandangkan ingin memenuhi hajat dan cita-cita kedua ibu bapa dan saya sendiri untuk memperolehi MA sebelum bekerja. Sepanjang belajar MA, perkara ini tidak difikirkan secara serius kerana konsentrasi perlu diberikan kepada pengajian yang agak intensif. Tamat MA, saya sering berdoa sama ada saya dipertemukan jodoh atau dimurahkan rezeki untuk mendapatkan pekerjaan yang agak stabil. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memurahkan rezeki saya dengan memakbulkan doa saya yang kedua, mendapat pekerjaan yang agak baik meskipun masih muda dan tidak berpengalaman dan setelah diuji dengan pelbagai ujian. Saya diterima menjadi pensyarah di UTP, Tronoh, Perak.
Di ketika ini, abang saya mendirikan rumahtangga. Saya masih teringat, selepas selesai majlis aqad nikah, saya terasa saya keseorangan, tinggal saya seorang sahaja yang belum 'berpunya' (memang saya ada 'feeling' dan emosional sikit kadang-kadang :-)). Dan pada waktu atau tahun itu, tumpuan diberikan untuk urusan majlis perkahwinan abang saya. Saya pada waktu tu pun, tak dapat banyak membantu kerana telah mula melapor diri dan bekerja di UTP. Jarak tempat bekerja yang berjauhan dari kampung, ditambah pula dengan keadaan masih baru cuma menyesuaikan diri, banyak perkara yang perlu difikirkan dan tumpuan pada mencari jodoh tidak begitu difikirkan.
Namun, setelah keadaan agak sedikit stabil, ditambah dengan berjauhan dari keluarga di tempat orang dan berseorangan pula, perkara ni mula difikirkan kembali. Masih saya ingat, disebabkan di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan di UTP, saya adalah staff baru yang diserap masuk setelah lama tidak ada staff baru, saya yang baru, paling muda dan masih 'bujang'...hehehe...Tapi, memang ramai lagi sebenarnya yang masih bujang di UTp (terutamanya pensyarah perempuan).
Dan sekali lagi saya disibukkan dengan perkara lain. Akhir tahun 2006, saya ditimpa kemalangan kecil, mendapat cuti sakit selama hampir sebulan. Dan hikmahnya dari insiden tersebut (setelah saya cari dan muhasabah kembali), saya dapat menghadiri temuduga untuk mendapat skim latihan akademik untuk menyambung pengajian di peringkat PhD. Alhamdulillah (dan sepatutnya saya lebih banyak bersyukur!), peluang saya dibuka dan rezeki saya dimurahkanNya. Saya berjaya mendapat skim tersebut dan melanjutkan pengajian di peringkat PhD ke luar negara dalam masa terdekat, setelah diuji dengan pelbagai ujian. Subhanallah! Satu keadaan yang saya sendiri pun tidak sangka akan berlaku. Begitu cepat perubahan berlaku.
Dan, nah! Sekarang saya telah berada di bumi UK. Setelah keadaan agak stabil dan sedikit dapat menyesuaikan diri, perkara berkaitan jodoh mula bermain di kepala. Lebih-lebih lagi dalam empat lima hari lagi, saya sudah menjangkau ke usia 28. Masih muda sebenarnya, tapi agak tua dan sedikit lewat jika masih belum mendirikan rumahtangga. Tapi, iyalah. Kita tak tahu apa hikmah di sebalik semua ini. Kenapa di usia ini saya masih belum bertemu jodoh? Walaupun bibit-bibit ke arah tersebut akhir-akhir ini mula muncul, tetapi tidak pasti di mana pengakhirannya. Mungkin saya perlu lebih banyak bersabar, terus berdoa dan berusaha lebih proaktif kalau perlu (boleh ke?). Jangan sekali-kali berputus asa dan hilang bergantungan dariNya. Dia Yang Maha Mengetahui segala-segalanya, segala yang tersirat dan tersembunyi.
Betullah bait-bait senikata nasyid di atas. "Apa yang kita ada, jarang kita syukuri. Apa yang kita tiada, kita sering risaui". Maka, perlulah kita kembali kepadaNya, bersyukur dengan sebanyak-banyaknya atas ni'mat yang Allah anugerahkan yang tidak terhitung, kerana "sekiranya kita bersyukur (kepadaNya), Allah akan tambahkan lagi ni'matNya, tetapi sekiranya kita kufur, azab Allah amatlah pedih"
Friday, May 9, 2008
Another beutiful song...
I really love this song! It's so cute yet meaningful. Really love Daud Wharnsbury's voice and his song. I've only managed to find his song recently after been tracing for so long. (The first time I listened to his song was 2 or 3 years ago from radio IKIM.fm Malaysia), but I couldn't trace who's the singer of the song. May Allah bless him and those who create this beautiful song.
Beutiful Nasyid to share with all...
Beutiful Nasyid to share with all...
It's struck my heart when I listen to this nasyid. It's so meaningful and direct to us as Muslim who are following the footsteps of the Prophet. Read the lyric, listen to the song and you'll understand and feel into your heart what's the message that the singer wants to convey to his listener. Subhanallah, what a beutiful song and nice lyric! May Allah bless the singer and those who create this lovely nasyid...

Bagaimana nak uruskan hidupku setiap hari?
Bismillahi al-Rahman Al-Rahim
Ya, Allah. Tak taulah bagaimana saya nak uruskan dan kehidupan saya sehari-sehari sekarang ni. Agak tunggang-langgang dan tak terurus. Dengan 'study'nya yang tak 'bergerak-gerak', dengan 'kerja-kerja sampingan' yang makin bertambah, dengan urusan program sosial di Birmingham sendiri, dan hal-hal lain (benda yang kecil tapi melecehkan) menyebabkan saya sedikit sebanyak tak tahu bagaimana nak menguruskan, merancang dan mengawal aktiviti saya sehari-hari. Tapi, satu perkara yang saya sedari, Alhamdulillah, saya diberi tenaga dan kesihatan yang berpanjangan untuk menghadapi semua ni. Memang agak 'stress' juga kadang-kadang, sebab tak boleh nak berkongsi semua benda dengan kawan-kawan. Dan, ada ketika saya terpaksa tidur waktu siang sebab kepala dah agak berat dan tak boleh 'proceed' untuk terus bekerja (atau buat kerja). Cuma, dari sudut fizikal (walaupun saya perasaan yang berat badan tak bertambah, masih kurus juga), saya agak jarang diserang penyakit (batuk, selsema, demam) seperti sebelum ni. Alhamdulillah. Mungkin sebab terlalu sibuk sampai tak ada masa untuk 'diserang penyakit'. Mungkin :-)
Cuma, itulah. Saya berdoa dan akan berusaha agar segala urusan saya dipermudahkanNya. Agak banyak juga dugaan yang saya terima akhir-akhir ni, dan boleh jadi 'stress' dibuatnya. Tapi, Insha-Allah, saya cuba lakukan yang terbaik untuk atasi dan berhadapan dengan semua cabaran tersebut. Masalah yang kita terima tak boleh dirungut sahaja, tetapi perlu berdepan dan berusaha menyelesaikannya. Perjalanan hidup kita masih jauh, meskipun hidup kita di atas muka bumi ini amat singkat. Jadi, gunalah kesempatan yang ada untuk melakukan semua perkara dengan sebaik mungkin, dan untuk memberikan sumbangan kepada orang lain supaya boleh menjadi 'saham kebaikan' kita di akhirat nanti...
Sunday, February 10, 2008
Ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapaku!
Salam...
Saya baru sahaja 'surf' blog Mohd Fauzi Haji Abu Hussein, rakan satu 'bash' saya di APIUM NP dan KL. Satu Akademi, tapi berlainan jabatan. Fauzi di Jabatan Syariah dan Ekonomi, sementara saya di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam. Sekarang, Fauzi bersama keluarganya di Durham, melanjutkan pengajian peringkat PhD di Durham University. Fauzi ke UK lebih awal dari saya. Dia datang dalam awal tahun 2007, kalau tak silap saya mungkin dalam bulan Mac. Sementara saya datang pada akhir tahun 2007, dalam bulan Oktober.
Sekarang Fauzi dan zaujahnya (isterinya) dah bergelar 'abati' dan ummi. Mereka menerima kelahiran cahaya mata sulung pada 21 Januari 2008. Seorang puteri, bernama Nashwa binti Mohd Fauzi. Perkembangan tentang mereka saya ketahui melalui blog mereka, yang diusahakan oleh isteri Fauzi, Dr. Adlina.
Turut rasa gembira dengan kelahiran cahaya mereka. Tapi, saya jadi rasa terharu, amat-amat terharu bila melihat (melalui blog mereka) kedatangan kedua orang tua Fauzi ke UK, semata-mata nak menyambut kelahiran cucu mereka. Pastinya Fauzi dan Adlina belum biasa dan sedikit kekok dalam menerima kelahiran cahaya mata pertama mereka. Apatah lagi mereka menghadapi saat getir ini ketika berada di perantauan, dan tentunya memerlukan sokongan dan bantuan dari ahli keluarga yang lebih berpengalaman. Melihatkan kesanggupan kedua orang tua Fauzi ke UK, membuatkan saya hampir menitiskan air mata, mengenangkan akan kesanggupan kedua ibubapa kita untuk bersama-sama anak-anak mereka, baik dalam keadaan susah atau senang.
Jika saya yang berada di situasi Fauzi atau Adlina, saya berani jamin 'ayah' dan chek akan datang ke UK untuk melihat 'cucu'nya. Ini dah terbukti bila kakak saya, K.Na (Adlina) melahirkan Amal dahulu. Ayah dan chek sanggup datang dari jauh, semata-mata nak bersama-sama menyambut kelahiran cucunya dari anaknya yang ketiga ini. Rasanya ayah dan chek datang lebih awal, dan sempat bersama K.Na semasa dia melahirkan Amal Hayati. Ayah dan chek bukannya muda lagi. Rasanya pada waktu itu, Ayah telah mencecah umur pertengahan 60an dan chek di akhir 50an. Dan Ayah bukannya sentiasa senang dan lapang masa setiap masa. Kerja-kerja pejabat, kerja-kerja parti dan jemaah sentiasa memenuhi masa dia. Begitu juga dengan chek. Meskipun tidak seaktif ayah, tapi aktiviti di rumah tak pernah ada hentinya. Ada sahaja perkara yang perlu dilakukan dan dibereskan. Namun, bagi ayah dan chek, bila ada urusan keluarga yang perlu didahulukan, ayah dan chek tanpa teragak-agak meninggalkan urusan lain dan mendahulukan urusan keluarga. Subhanallah.
Semenjak saya menjejakkan kaki di sini, Ayah tak pernah 'fail' dari menghubungi saya setiap hujung minggu. Perkara yang beliau lakukan semasa saya mengikuti pengajian MA di sini dulu. Malahan, semasa saya bekerja di UTP, paling kurang ayah akan menghubungi saya sekali sehari. Selain bertanyakan khabar, juga bertanyakan urusan saya untuk ke UK nanti.
Inilah ibu dan bapa yang saya miliki. Dan saya percaya, secara umumnya, inilah sikap yang ditunjukkan oleh para ibu bapa kepada anak-anaknya. Merekalah yang bersama dengan kita, semasa kita dilanda kesusahan. Mereka tidak pernah merungut walau sedikit pun, atas apa yang mereka lakukan. Malahan, mereka tidak sedikit pun mengharapkan sebarang balasan mahupun ganjaran. Cukuplah bagi mereka agar kita menghormati mereka sebagai ibu bapa dan mengingati mereka di waktu kita senang.
Ya. Ibu bapa berada bersama-sama kita sewaktu kita susah. Tetapi, di waktu kita senang, adakah kita mengingati dan bersama mereka sebagaimana kita mahukan mereka berada bersama kita di waktu kita susah? Kita mudah lupa dan lupa diri bahawa di sebalik kejayaan kita, ada orang lain yang memberikan sokongan kepada kita. Kita menganggap kejayaan yang kita miliki adalah kejayaan kita yang mutlak. Sedangkan, tak mungkin kita mencapai semua ini tanpa sokongan dan dorongan dari orang lain, lebih-lebih lagi dari kedua ibu bapa kita. Dengan sikap demikian, rasa hormat kita kepada mereka mula mengurang. Kita sudah tidak lagi segan meninggikan suara mahupun mengambil endah atas apa jua permintaan mereka. Di waktu ini, kita menganggap bahawa kita lebih baik dan tinggi dari mereka. Dengan pangkat, kekayaan dan kebahagiaan yang kita miliki itu menyebabkan kita tidak lagi memerlukan mereka.
Tapi, ibu bapa tidak akan merungut jika anak-anak mereka bersikap demikian. Paling kurang, mereka hanya akan mengeluh di belakang. Tapi, untuk menyisihkan anak-anak dari hidup mereka, tidak sekali-kali. Mereka akan kembali kepada anak-anak jika anak-anak kembali memerlukan bantuan mereka.
Oleh itu, bersama-samalah kita bermuhasabah dan menilai diri kita sendiri. Sejauh mana kita memberikan penghormatan kepada kedua ibu bapa kita, meskipun di waktu kita sendiri telah bergelar ibu atau bapa. Sejauh mana kita boleh merendahkan diri di hadapan mereka, meskipun kita sendiri bergelar Prof, Prof Madya, Dr mahupun Dato' atau Tan Sri. Sejauh mana kita dapat memenuhi kehendak dan permintaan mereka, di waktu kita disibukkan dengan pelbagai urusan dunia.
Nilailah diri kita balik, dan kembalikanlah diri kita supaya menjadi anak yang soleh atau solehah. Hormatilah mereka walau di puncak mana sekalipun kita berada, luangkanlah sedikit masa untuk mereka walapun sesibuk mana kita pun dengan urusan-urusan kita. Sesungguhnya sedikit usaha yang kita lakukan ini tak mungkin dapat mengatasi pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kita yang tidak terhitung banyaknya. Tapi, dengan usaha yang sedikit inilah kita akan memperoleh keberkatan dalam kehidupan dan setiap urusan kita. Kerana kita tidak akan keredhaan dariNya, jika kita tidak mendapat keredhaan dari kedua ibu bapa kita. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan ALlah terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa".
Hormatilah mereka dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kita. Sama-samalah kita berdoa, agar ALlah mengampunkan dosa-dosa kita, dan dosa-dosa kedua ibu bapa kita. Serta agar Allah merahmati mereka, sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik kita semasa kecil. Dan agar kita dan mereka dihindari dari azab api neraka di akhirat kelak...Amin...
Wednesday, January 30, 2008
Bagaimana kita menerima ujian dari Allah?
Salam,
Lama dah rasanya menyepi dari blog ni. Mungkin sebab sibuk dengan 'friendster' dan 'fotopages', nak menulis blog dah terabai. Juga didatangkan dengan perkara-perkara yang tak diduga. Namun, saya kembali untuk meluahkan rasa hati.
Bagaimana kita menerima ujian yang Allah datangkan kepada kita? Sekarang, saya diuji dengan kata-kata yang pernah saya ungkapkan sendiri. Dalam usrah dan majlis ilmu, saya pernah memberitahu, yang kita perlu mengingati Allah dalam keadaan susah dan senang. Ujian semasa kesenanganlah antara ujian yang amat besar, kerana Dia mahu melihat sejauh mana kita bersyukur dan kembali kepadaNya sewaktu hidup kita dilimpahi dengan kesenangan.
Juga, kita perlu faham, jika kita ingin berjuang untuk Islam. Perlu pandai membahagikan masa dan tanggungjawab kita, sebagai seorang pelajar dan sebagai orang yang terlibat dalam persatuan. Begitu juga jika kita telah bekerja dan berumahtangga. Perlu bijak membahagikan masa dan menyeimbangkan di antara tanggungjawab sebagai pekerja, sebagai suami atau isteri di rumah, sebagai ibu, ayah atau anak dengan tanggungjawab sebagai seorang 'pekerja' dalam gerak kerja Islam.
Nah, sekarang kata-kata yang pernah saya luahkan ini, telah kena kepada diri saya sendiri. Saya didatangkan satu tanggungjawab baru sebagai seorang yang ingin menyumbangkan untuk Islam. Satu perkara yang saya tidak pernah terfikir atau termimpi sebelum ini. Tetapi, kini tanggungjawab itu telah tergalas di atas bahu saya. Saya tidak mampu menolak, walaupun saya berhak kerana memikirkan mungkin ini peluang untuk saya membuktikan kata-kata dan doa yang saya lafazkan dalam setiap solat hajat, supaya terus berkhidmat untuk Islam.
Bukan mudah sebenarnya, untuk memikul tanggungjawab ini dalam keadaan saya bergelar seorang pelajar yang menuntut banyak masa untuk mentelaah pelajaran. Cuma, mungkin kelapangan yang saya ada ialah saya belum berkeluarga. Hanya menguruskan diri sendiri, tanpa ada suami atau anak buat masa sekarang untuk saya tumpukan perhatian kepada mereka. Jadi, ini adalah satu kelapangan yang membenarkan saya untuk memikul tanggungjawab ini. Namun, bukan semudah itu untuk melaksanakannya.
Kadang-kadang, hati jahat saya berfikir, perkara ini adalah satu bebanan buat saya. Kenapalah kita perlu bersusah-susah untuk berorganisasi, demi untuk memberikan sumbangan dalam gerak kerja Islam? Belajar dan menguruskan keluarga (tapi bukan untuk saya) sudah cukup memenatkan dan dikira 'part of ibadah', jika ikhlas niat kita. Tak mustahil pengajian boleh tunggang-langgang, rumahtangga boleh jadi lintang-pukang jika tidak pandai mengimbanginya denga baik.
Tapi, bila saya fikir balik, bila melihat dari sudut yang positif, inilah ujian yang Allah datangkan kepada kita. Satu ujian, satu 'test' untuk melihat sejauh mana kita boleh tetap teguh dengan pendirian kita untuk berkhidmat untuk Islam, seperti yang kita lafazkan. Seperti yang Allah sebut di dalam surah al-Ankaabut, ayat 2 dan 3, "Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan untuk mengatakan bahawa mereka beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu. Maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mereka yang benar dan mereka yang dusta."
Ujian itu ibarat sebagai satu garis ukuran untuk melihat adakah kita mampu menghadapi dan mengatasinya. Jika kita dapat berdepan dan menghadapi ujian ini dengan baik, ibaratnya kita telah naik selangkah ke tahap yang lebih tinggi kerana telah melepasi ujian sebelumnya.
Jadinya, saya benar-benar berharap agar saya dapat melepasi ujian ini dengan baik. Tidak tergelincir di mana-mana jalan dalam melepasi ujian ini. Juga, agar saya ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Saya tahu, ia bukan mudah, tetapi saya harus terus tabahkan hati agar dapat menghadapi dan melepasi ujian ini dengan sebaik-baiknya. Saya perlu banyak bersabar, berusaha dan berdoa kepadaNya agar sentiasa dipermudahkanNya segala urusan yang bakal saya lalui.
Semoga Allah tabahkan dan lapangkan hati dan dada saya dalam menempuh ujian dan cabaran ini, dan moga saya beroleh kejayaan di akhirnya, Insha-Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)