~rindukan harta, harta akan lupus; rindukan manusia, manusia akan binasa; rindukan ALLAH, rindu akan kekal abadi~
Thursday, May 15, 2008
Selamat Hari Lahir untuk diriku yang ke...?
Selamat Hari Lahir buat diriku...
Diriku mencecah ke angka 28 hari ni. Masih dalam situasi yang selamat, kot? Ada dua angka lagi, nak melangkah ke angka 30. Angka 30 bunyi macam dah tua...Tapi, iyalah, apa ada pada angka. Ajal tak kira bila, akan datang menjemput bila-bila masa. Kalau dapat hidup lagi di dunia ni hingga ke angka 60, bermakna masih ada 30 tahun lagi. Wallahu a'lam, Allah sahaja yang tahun akan perihal jodoh ajal hamba-hambaNya yang Dia cipta untuk kembali menemuiNya.
Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama, saya berada di Malaysia. Di Tronoh, Perak. Tahun ini, pada tarikh yang sama, saya berada di Birmingham, UK. Subhanallah, begitu cepat masa berlalu dan begitu ajaib putaran keadaan yang Allah jadikan. Tahun lepas, saya masih ingat, hari lahir saya disambut dalam tangisan...Kenapa? Hmm...malas dah nak kenangkan balik. Ini kerana gara-gara tak pandai nak 'bercinta' kot...Adoi, malunya. Adalah insiden yang menyebabkan saya jadi bingung mengapa keadaan ni boleh terjadi. Saya ke yang salah? Tapi, takpelah. 'Buku' ni dah lama ditutup. Sekadar selak sikit-sikit aje. Tak perlu kenang kenangan yang telah lepas, lebih-lebih lagi perkara yang agak tak 'best'. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan dilihat kehadapan. Mungkin tak ada gunanya kenangkan apa yang telah lepas kalau ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kita...
Angka 28, sudah hampir mencecah ke 30. Bermakna, dah hampir 30 tahun saya dihidupkan dan bergerak di atas muka bumi Allah ini. Subhanallah, begitu cepat dan pantas masa berlalu. Begitu besar dan banyak ni'mat Allah pada hamba-hambaNya. Cuma sejauh mana kita kembali dan bersyukur padaNya atas ni'mat yang tak terhitung ini...Iya, ni'mat Allah terlalu besar. Saya masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi ni, atas ni'mat Iman dan Islam. Masih bergelar seorang Muslim (Alhamdulilla), Insha-Allah terus teguh mendokong dan memperjuangkan kebenaran Islam.
Moga bertambahnya usia saya pada hari ni, saya terus dianugerahkan dengan ni'mat sebagai seorang Muslim dan dengan keimanan kepadaNya dan segala ajaran-ajaranNya. Moga umur saya dipanjangkan, diberikan ni'mat kesihatan agar saya dapat terus beribadah dan berkhidmat untuk Islam. Juga, dalam tempoh terdekat ni, agar dipermudahkan urusan saya dalam mencari dan mendapatkan jodoh. Semoga saya dapat bertemu dengan lelaki yang soleh dan dapat mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat (sebelum usia mencecah 30) (berdasarkan kehendakNya), dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Juga moga urusan saya dalam pengajian kedoktoran ini dipermudahkanNya, dikurniakan kejayaan di akhirnya. Kejayaan yang menjadi saya tidak sombong dan bongkak, malah lebih dekat kepadaNya dan terus menyumbang dan berkhidmat untuk Islam.
KepadaMu hambaMu ini berserah, Ya Allah. Dan kepadaMu hambaMu akan kembali kelak untuk menemuiMu, Ya Allah. Ampunkanlah,Ya Allah, segala dosa-dosa hambaMu ini. Matikanlah hambaMu ini dengan sebaik-baik kematian, dengan kalimah Tiada Tuhan yang Disembah melainkanMu, Ya Allah dan di atas kalimah Nabi Muhammad itu PesuruhMu, Ya Allah...
Amin, Ya Rabbal A'lamin. Amin, Ya Allah, Tuhan Pencipta Alam ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment