~rindukan harta, harta akan lupus; rindukan manusia, manusia akan binasa; rindukan ALLAH, rindu akan kekal abadi~
Friday, May 9, 2008
Bagaimana nak uruskan hidupku setiap hari?
Bismillahi al-Rahman Al-Rahim
Ya, Allah. Tak taulah bagaimana saya nak uruskan dan kehidupan saya sehari-sehari sekarang ni. Agak tunggang-langgang dan tak terurus. Dengan 'study'nya yang tak 'bergerak-gerak', dengan 'kerja-kerja sampingan' yang makin bertambah, dengan urusan program sosial di Birmingham sendiri, dan hal-hal lain (benda yang kecil tapi melecehkan) menyebabkan saya sedikit sebanyak tak tahu bagaimana nak menguruskan, merancang dan mengawal aktiviti saya sehari-hari. Tapi, satu perkara yang saya sedari, Alhamdulillah, saya diberi tenaga dan kesihatan yang berpanjangan untuk menghadapi semua ni. Memang agak 'stress' juga kadang-kadang, sebab tak boleh nak berkongsi semua benda dengan kawan-kawan. Dan, ada ketika saya terpaksa tidur waktu siang sebab kepala dah agak berat dan tak boleh 'proceed' untuk terus bekerja (atau buat kerja). Cuma, dari sudut fizikal (walaupun saya perasaan yang berat badan tak bertambah, masih kurus juga), saya agak jarang diserang penyakit (batuk, selsema, demam) seperti sebelum ni. Alhamdulillah. Mungkin sebab terlalu sibuk sampai tak ada masa untuk 'diserang penyakit'. Mungkin :-)
Cuma, itulah. Saya berdoa dan akan berusaha agar segala urusan saya dipermudahkanNya. Agak banyak juga dugaan yang saya terima akhir-akhir ni, dan boleh jadi 'stress' dibuatnya. Tapi, Insha-Allah, saya cuba lakukan yang terbaik untuk atasi dan berhadapan dengan semua cabaran tersebut. Masalah yang kita terima tak boleh dirungut sahaja, tetapi perlu berdepan dan berusaha menyelesaikannya. Perjalanan hidup kita masih jauh, meskipun hidup kita di atas muka bumi ini amat singkat. Jadi, gunalah kesempatan yang ada untuk melakukan semua perkara dengan sebaik mungkin, dan untuk memberikan sumbangan kepada orang lain supaya boleh menjadi 'saham kebaikan' kita di akhirat nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment