Sunday, December 21, 2008

Tindakan luar kawalan???:)

Jumaat, 19 Dis 2008.
Saya dan adik-adik 'undergraduate' telah melakukan satu tindakan yang bagi saya, boleh dianggap 'tindakan luar kawalan'...Betul ke istilah ni? Entahlah...Tak tepat rasanya.

Sebenarnya tiada yang begitu merisaukan. Cuma mungkin sifat saya yang sedikit cuak bila mahu melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Apa yang terjadi. Hari Jumaat lepas, di saat-saat akhir, kami membuat keputusan untuk pergi menziarah seorang senior yang bakal pulang ke Malaysia 1 Januari nanti. Dia tinggal di Manchester. Nama, Raja Ahmad Iskandar.

Sebenarnya, kami dah rancang lebih awal untuk pergi ziarah Abang Raja dan family. Saya yang hubungi Abang Raja sebelum ni dan menyatakan hasrat kami. Cuma, dia bagitau yang hari Jumaat tu dia agak sibuk, mengangkut barang rumah masuk kontena. Kalau 'free' pun, mungkin di sebelah petang. Hari Sabtu pula, dia ada jemputan makan tengah hari dalam pukul 12 tghari. Jadinya, saya bagitau yang saya akan confirmkan balik sama ada saya dan adik-adik UG ni jadi datang atau tak hari Jumaat tu.

Kebetulan, hari Khamis saya puasa ganti. Dan hari tu juga saya keluar ke bandar dengan Liena. Liena nak 'survey' perfume yang sesuai nak dibeli semasa 'boxing day' nanti. Jadinya, petang dan malam Jumaat tu saya agak kepenatan. (Stamina tak cukup kuat, kot?). Buka puasa pun, dengan makanan yang biasa-biasa aje (tak masak dan makan nasi). Dan sehari dua sebelum ni, saya makan tak berapa 'proper'. Dah beberapa hari (dan minggu, mungkin), saya jarang makan nasi dan makan lauk yang berat-berat (ayam, ikan dll). Jadinya, malam tu saya agak kepenatan, tidur awal dan rasa tak larat.

Begitu juga esoknya, hari yang kami rancang nak menziarahi Abang Raja tu. Awalnya (pada malam tu), saya dah bagitau pada Adabiah, Insha-Allah saya tak ada masalah rasanya kalau nak ikut. Malam tu siap tidur lambat lagi, 'surf' direction nak ke rumah Abang Raja dari Birmingham ke Manchester (untuk back-up walaupun dah ada tom tom). Tapi, esok paginya saya terasa macam tak bermaya. Sedikit pening, rasa nak tidur dan rasa tak larat (tak taulah kalau ini godaan dari syaitan supaya kita tak pergi menziarahi saudara kita, menjalinkan silatur rahim). Hampir-hampir saya nak batalkan niat saya untuk ikut serta bersama adik-adik ni ke Manchester. Tapi, sebab merasakan saya tak ada alasan yang kukuh untuk tidak ikut serta, hasrat asal saya, saya teruskan. Cuma, saya minta salah seorang dari mereka memandu kereta ke Manchester, dan jika keadaan saya mengizinkan, saya akan 'drive' kereta dalam perjalanan pulang.

Alhamdulillah, kami berjaya tiba di rumah Abang Raja di Cheetham Hill, Manchester dalam pukul 6.30 petang. Perjalanan mengambil masa 4 jam (sepatutnya 2 jam sahaja), setelah kami tersalah masuk motorway (silap saya yang salah bagi 'direction), dan hampir sejam lebih mencari jalan untuk masuk ke motorway M6. Itupun, kami nyaris-nyaris ingin patah balik ke Birmingham selepas rasanya brek kereta macam tak 'sedap', ada bunyi sikit.

Saya selaku orang dewasa (er, iye ke?), memang risau lebih sikit. Dan tak ada masalah kalau nak berpatah balik ke Birmingham. Tapi, adik-adik semua bersemangat dan 'excited' untuk teruskan perjalanan, maka perjalanan diteruskan. ALhamdulillah, kami sampai ke destinasi.

Di rumah Abang Raja pula, sedikit 'lawak' keadaannya. Tuan rumah (Abang Raja dan K.Ila) 'pengsan' kepenatan, langsung tak sedar kami dah masuk rumah diorang. Anak Abang Raja, Arif, 6 tahun yang bukakan pintu rumah. Hehehe, kelakar sungguh. Mujurlah Abang Raja orangnya selamba, walaupun dari kerabat diraja. Dia pula yang naik segan dengan kami. Kami memang tak kisah, sebab faham dia kepenatan, dan kami datang semasa ('time') mereka penat. Apapun, misi kami tercapai untuk berjumpa dengannya sebelum dia pulang ke Malaysia.

Dan disebabkan Abang Raja ada dijemput ke satu majlis perpisahan anjuran beberapa orang pelajar undergraduate dan postgraduate di sana, kami pun diajak sama. Segan juga sebenarnya, tapi yang menganjurkan pun rakan seperjuangan kami juga. Adik-adik UG lebih kenal dengan mereka. Jadinya, kami singgah mengikuti majlis perpisahan tersebut, mendengar ucapan dari tuan rumah dan Abang Raja dan makan-makan. Saya dah tak berapa lalu nak makan, walaupun agak lapar dan penat juga kerana memikirkan perjalanan jauh yang perlu ditempuh. Dan juga tak boleh makan terlalu kenyang sebab dah berjanji dengan adik-adik yang saya akan 'drive on the way' balik ke Birmingham nanti. Lagipun, masa dah agak (atau sedikit) lewat. Jam 10.15 malam kami bertolak dari Cheetham Hill, Manchester untuk pulang ke Birmingham.

Alhamdulillah, perjalanan dan urusan kami dipermudahkanNya. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan pulang tersebut. Lancar ajer perjalanan. Kenderaan pun dah tak banyak di 'motorway'. Cuma, tak boleh bawa kereta terlalu laju sebab rintang angin yang agak kuat sepanjang motorway (kena kawal kereta supaya tak terlalu ditolak angin). Adik-adik yang ada dalam kereta pun, sporting aje, semua tak tidur. Menemankan saya memandu kereta, kot? :)

Tapi kami memang tak begitu bergurau atau terlalu gembira sepanjang perjalanan pulang. Mungkin dah penat. Ada lah, ketawa sikit-sikit. Tapi, bagi saya dalam apa jua perjalanan, apatah lagi jika kita memandu kenderaan tak boleh lalai dan leka. Tak boleh terlalu gembira atau bersukaria, sebab macam-macam perkara boleh berlaku di sepanjang perjalanan. Kena kawal perasaan dan sentiasa mengingatiNya.

Alhamdulillah, jam 12.25 kami tiba di Selly Oak, Birmingham. Macam tak percaya yang saya boleh 'drive' kereta sepanjang perjalanan selama 2 jam tanpa henti, dari Manchester ke Birmingham, di bumi UK di malam hari. Aduh, kalau ayah dan chek tahu ni, tak taulah apa kata mereka. Anak bongsu mereka yang sorang ni kadang-kadang terlalu berani, berani buat perkara yang mereka sendiri tak akan dapat jangka dan mungkin boleh dikatakan di luar kawalan...:)

ALhamdulillah, saya bersyukur kepadaNya kerana perjalanan pergi-balik kami dari Birmingham-Manchester-Birmingham semuanya selamat. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah. Moga ni jadi perangsang kepada kami untuk terus berani (tidaklah sampai terlalu berani) dan sentiasa bergantung kepadaNya dalam semua keadaan.

Esok dan lusanya, saya ambil mas untuk pulihkan diri dan keadaan. Penat, campur nak stabilkan balik diri. Selamat bekerja kembali esok, Insha-Allah...

No comments: