Sunday, December 21, 2008

Pengalamanku memandu kereta untuk perjalanan jarak jauh...

Bila melihat kembali pengalaman aku dan adik-adik UG ber'kelana' dari Birmingham ke Manchester sampai sesat-sesat, mengingatkan aku akan dua pengalamanku dalam perjalanan yang lebih kurang serupa sebelum ni. Tapi, bila dikenangkan balik, tiada apa yang nak diherankan. Cuma, pada masa tu, bagiku satu tindakan yang agak berani juga aku ambil dan pengalaman yang mencabar aku tempuhi.

Aku bercerita tentang pengalaman pertama dahulu. Situasi ni berlaku semasa aku di tahun akhir pengajian di UM. Rasanya masa tu aku sudah tamat belajar, cuma tinggal untuk mengikuti majlis konvokesyen dalam bulan Julai 2004. Aku datang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu kerana hendak mengikuti satu program yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar tahun akhir yang bakal bergraduasi (khas untuk mereka yang aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam). Programnya biasa aje, sama atau lebih kurang program yang aku pernah ikuti sebelum ni.

Cuma, pengalaman yang ingin aku ceritakan ialah selepas program tersebut tamat. Kami pulang ke Kuala Lumpur seperti biasa. (Program diadakan di kawasan luar sikit dari Kuala Lumpur). Dan, kami semua (yakni muslimat) sepakat akan bertolak petang tu (setelah tamat program, kalau tak silap saya) ke Melaka kerana nak menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan kami. Saya lupa di mana tempat tersebut, di Ayer Keroh, kot?

Kami bertolak dalam pukul 3 atau 4 petang rasanya. Dan tiba di sana, dah hampir Maghrib (atau lepas Maghrib? Lupa dah). Kami berkonvoi naik kereta. Rasanya semua muslimat. Andak (Noraizan) 'drive' kereta Kancil yang kami naik (rasanya aku naik dengan Aizan, Noraizan aka Ndak dan Mama Didie (Siti Khadijah Abdul Latiff). Sebenarnya aku tak sangka yang kami akan berkonvoi naik kereta ke sana. Terbayang dalam kepala akan naik bas ke? Jadinya, ni kali pertama bagi diriku 'travel' jauh-jauh bersama kawan-kawan dengan memandu sendiri. Tapi untuk rakan-rakanku yang dah pernah jadi pimpinan persatuan, perkara ni agak biasa bagi mereka. So, aku minta K.Ndak or Noraizan 'drive' kereta 'on d way' pergi dan aku akan 'drive on d way' balik.

Alhamdulillah, kami sampai di rumah pengantin (Ijah Sulaiman, aduh, lupa dah nama kawan-kawan UM ni...huhuhu...) Solat, makan kenduri dan bertolak ke KL dalam pukul 8.30 atau 9 malam rasanya. Kami terpaksa pulang ke KL malam tu juga sebab ada di antara kami yang ada kerja dan kelas esok. Disebabkan kami datang secara berkonvoi, salah sebuah kereta yang kami sewa agak mahal sikit dan lebih jimat kalau dibawa pulang malam tu. So, kami bertukar kereta. Kereta Wira yang perlu kami bawa pulang. Kali ni, aku yang kena drive. Aduh, pertama kali ni aku bawa kereta yang agak besar (bagi aku. Tapi pajero lagi besar. Yang ni aku lagi biasa bawa...) Kereta Wira ni 'power stereng' so, bila aku bawa, terasa macam melayang-layang. Terasa macam aku dalam mimpi aje bawa kereta ni. Sebab kereta yang aku biasa bawa kat UM dulu, bukan 'power stereng'. So, terpaksa kerah tenaga sikit untuk 'corner' kiri dan kanan.

Alhamdulillah, aku boleh juga biasakan diri, walaupun masih terasa melayang-layang bila 'drive' kereta ni. Sampai ada lampu isyarat yang aku langgar...Aduh, nasib baik tak accident. On d way balik, sempat isi minyak sikit, dalam RM10 rasanya. Tapi, bila dah di highway dan hampir nak masuk KL (mujur kawan-kawanku ni kenal dan tahu jalan nak balik ke PJ), jalan dah jem. Kereta mula bergerak perlahan. Rasanya kami sempat berhenti sekejap di R & R untuk solat dan rehat sekejap. K.Ndak beberapa kali tanya aku, minyak cukup tak? Sebab aku tak berapa biasa dengan kereta ni, aku bagitau, cukup kot. Insha-Allah, sempat sampai di rumah.

Tapi, nak jadi cerita, kami diuji. Mujurlah kami berempat, aku tak keseorangan. Kami nak balik ke PJ, rumah Masyitah (RM), selepas aje, keluar dari lebuhraya persekutuan, sikit lagi nak masuk lorong ke RM, dan betul-betul di pintu belakang masuk ke UM, kereta tiba-tiba bergerak perlahan dan mula berhenti. Mujurlah aku sempat bawa kereta ke tepi dan berhenti di tepi jalan, walaupun jalan tu agak sibuk sebenarnya. Apa yang dah berlaku ni? Ya, Allah, minyak kereta kering! Baru aku perasan. Patutlah kereta mula bergerak perlahan dan tiba-tiba mati...Aduh! Tapi mujurlah insiden ni berlaku di tempat yang kami agak 'familiar', so tak delah takut atau cuak sangat. Ada yang nak bantu, siap tunjukkan IC lagi takut dia tipu kami. Tapi kami tolak. K.Ndak dah call adik-adik RM, minta mereka belikan minyak dan datang ke kereta kami. Rasanya K.Chah (kakak senior) ada datang juga dan tolong kami. Alhamdulillah, kereta dapat dihidupkan kembali dan selamat sampai di masa. Baru aku perasan, masa kereta tu terhenti, dah dekat pukul 12 atau 1 pagi. Aduh! Kalau chek dan ayah tahu ni, mati aku !

Tapi, aku tak cakap apa-apa pun kat mereka. Lagipun perkara ni dah selesai, cuma satu pengalaman dan pengajaran kot buatku. Apa pengajarannya? Pastikan minyak penuh kalau nak berjalan jauh. Cuma, yang sedikit merisaukan diriku, aku ni kadang-kadang mampu dan berani bertindak hingga ke tahap luar kawalan (bagiku). Untuk diriku sendiri, aku tak kisah. Berani bertindak, so perlu berani menanggung risiko. Cuma, kadang-kadang tindakan aku ni boleh merisaukan dan menyusahkan orang lain, terutamanya kedua orang tuaku. Kalau aku ada anak macam ni, aduh, tak tahulah macam mana. Tapi, ada ketikanya kena letakkan kepercayaan pada mereka. Tapi, aku boleh perasan yang aku ni kadang-kadang terlebih berani. Sangggup gi mana-mana seorang diri, kalau dah terpaksa. Ini satu kelebihan atau kekurangan, ya? Apapun, aku sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindungiku dan ahli keluargaku dari segala bala bencana dan mala petaka dan semoga urusan kami sentiasa dipermudahkanNya, Insha-Allah...

P/s: Asyiqin, you are no longer a small kid! So, you have to think like an adult. Insha-Allah, hopefully what you've done were all right and correct!

No comments: