Monday, May 24, 2010

Meniti hari-hari mendatang dalam keadaan....

Hari ni, hampir masuk 2 bulan diriku mempunyai peneman di dalam perutku. Harapnya betullah, diriku ini berbadan dua. Setakat ni, Alhamdulillah, alahan tak begitu teruk. Ada hari-hari tertentu sahaja yang akan muntah di sebelah pagi. Cuma dua hari berturut-turut minggu lepas, aku muntah setelah makan bertambah. Pertamanya, makan nasi goreng, aku makan bertambah hingga dua pinggan. Nasi goreng Cina dengan ikan bilis goreng. Kesannya, tak lama lepas tu, bermula dengan batuk, terus keluarkan balik apa yang dimakan. Tak banyak pun muntah, tapi, aduh, perit tekak dan tak suka dengan bau muntah. Keesokkannya, aku masak kari ayam, kebetulan aku ambil giliran memasak untuk seorang adik yang baru bersalin. Setelah menziarahinya dan pulang 'study' di universiti, aku makan kari ayam tersebut cicah dengan roti. Berselera juga makan. Sampai bertambah 2 mangkuk. Tapi, ya Allah, selepas naik ke bilik sekejap, solat dan berehat, dan kemudian turun ke tandas, terus keluar balik apa yang dimakan tadi. Allahu Akbar! Cabaran sungguh menjadi ibu ni. Makan hanya sekadar, tak boleh berlebih. Jika tidak, jadilah macam ni.

Samalah juga keadaannya bila aku keluar makan-makan dengan rakan-rakan di Restoran Thai Edge minggu lepas. Asalnya, sekadar nak ajak makan-makan. Tapi, ada yang tahu, keesokkan harinya ulangtahun hari lahirku, rakan-rakan siap belikan kek dan hadiah sekali. Aduh, thanks guys! Aku makan makanan ala mihun, menu yang sama dipesan masa datang untuk sambut hari lahir Eti sebelum ni. Nak ambik makanan lain, tak berani sebab ada seafood, ada ayam (halal). Tu pun makan tak habis. Biasanya, aku jarang makan tak habis di kedai. Akan kuhabiskan, sebab tak nak membazir. Tapi kali ini, aku tak berani, takut terkeluar balik apa yang dimakan. Dan kesannya, balik sahaja di rumah, bila masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhuk, semua yang dimakan tadi dikeluarkan balik. Nampak ketulan mihun dan bau mihun goreng yang dimakan tadi. Habis baju dan seluar panjang terkena muntah. Aduh...penat dibuatnya...

Alhamdulillah, 2,3 hari ni, dah tak ada dah muntah-muntah. Sekadar batuk-batuk biasa yang kadang-kadang seperti nak muntah, tapi tiada apa yang dikeluarkan. Aku sudah mula beringat, tak boleh makan banyak sekaligus. Makan sikit-sikit, tapi kerap. Kecuali kalau makan benda yang ringan-ringan. Macam hari tu, aku goreng pisang, habis sepinggan aku makan sekaligus. ALhamdulillah, tak de kesan apa-apa. Tak de muntah.

Cuma hari ni, selera makan menurun sikit. Hari ni, aku sekadar menjamah sandwich berintikan sardin (tuna modified jadi sardin sos tomato). Nasi ada, telur asin yang digoreng semalam pun masih ada sedikit. Tapi tekak macam tak dapat menerimanya. Kari lebihan Jumaat lepas pun masih ada. Tapi rasanya aku dah tak boleh makan, bila makanan tu dimasak lebih dari 2 hari. Aduh, cerewet betul bila mengandung ni. Tapi, apakan daya, semuanya perlu dijaga. Seperti yang kubaca, bila mengandung, kita perlu prihatin dengan 'apa yang diberitahu oleh badan kita'. Kalau badan rasa letih, banyakkan berehat. Kalau tekak tak boleh nak terima makanan yang ada di depan mata, jangan makan. Mungkin ada kesan kemudiannya.

Apapun, yang penting, dalam 3,4 minggu akan datang ni, harap aku dapat menyelesaikan penulisan chapter ke 5 dengan sebaik-baiknya. Aku tak boleh minta untuk tangguhkan penghantarannya kali ini. Apapun, ia perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Abe pula akan pulang seminggu lebih sebelum aku menghantar chapter tersebut. Harapnya sebahagian besar daripada chapter tersebut dapat disiapkan sebelum abe balik. Dan harapnya keadaan kesihatanku yang tidak menentu ini tidak mengganggu untuk aku menyiapkan tugasanku ini, insha-Allah...

Friday, May 7, 2010

Moga ketenangan terus menyelubungi kami yang berjauhan...


Alhamdulillah, masuk hari ni, dah hampir 3 minggu aku pulang dari Egypt, menemui abe di sana. Percutian yang seronok dan menarik, ALhamdulillah. Dapat aku kenal akan bumi Mesir, memahami hidup abe, 5 tahun sebagai seorang pelajar di sana, menziarahi tempat-tempat bersejarah dan makam para auliya', dan yang paling dapat bertemu dengan kekasih hati...:)

Mujurlah perjalanan pulangku ke UK tidak menempuh sebarang masalah. Dan aku sangat-sangat bernasib baik, terlepas dari bencana 'ash valconic' dari Iceland yang menyebabkan semua penerbangan keluar dan masuk ke UK terkandas, dibatalkan. Aku sampai di Birmingham, UK hari Rabu, 14 April setelah transit hampir 5 jam di Paris. Masalah pembatalan penerbangan berlaku keesokkan harinya, Khamis, 15 April. Allahu Akbar, Allah Maha Besar, yang memudahkan dan menyelamatkan perjalananku pergi dan kembali dari bertemu suami. Jika tidak, aku mungkin terkandas di Mesir, atau mungkin di Paris. Kalau terkandas di Mesir, masih ok lagi, sebab bersama dengan suami. Tapi kalau terkandas di Paris, cuak jugak dibuatnya, mencari jalan untuk pulang ke UK. Mujurlah, semuanya selamat, Alhamdulillah.

Dan aku (juga abe juga, rasanya) mula merasakan ketenangan yang amat sangat, setelah 2 minggu digunakan sepenuhnya untuk bersama suami. Tidak seperti sebelum ini (sebelum aku ke Mesir), dalam seminggu, pasti akan ada aku terasa hati dengan abe, sama ada benda kecil atau besar. Dan hampir setiap hari kami akan ber'ym', mengingatkan masing-masing betapa rindunya kami antara satu sama lain, betapa kami ingin bersama-sama. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Tidak berym setiap hari pun tidak begitu menjadi masalah bagi kami. Abe pun akan menempuh peperiksaan tak lama lagi. Jadi penting untuk dia tumpukan sepenuhnya pada pengajian, persediaan menghadapi peperiksaan. Aku sendiri, sekarang ni, mempunyai masa kurang dari 2 bulan untuk menghantar bab seterusnya. Harapnya dapat aku siapkan pada tarikh yang ditetapkan, insha-Allah.

Aku pun, sudah kurang emosional sekarang. Sudah boleh mengawal perasaan, berasa kuat walaupun tiada abe di sisi. Kerana, antara satu sebabnya, aku mempunyai 'peneman' di dalam perut sekarang, Alhamdulillah.:) Masih belum 'confirm' sepenuhnya, tapi rasanya dah betul, setelah 3 kali buat ujian. Temujanji dengan 'midwife' dan hospital pun dah dibuat. Cuma kalau nak betul-betul pasti, tunggu sehingga temujanji di hospital akhir bulan ni. Apapun, harapnya betul lah, ada 'isi' di dalam perut ini. 'Isi' 'made in Egypt', lahir di UK nanti, insha-Allah.

Alhamdulillah, aku tidak (atau belum lagi) berdepan dengan alahan yang teruk. Kalau ada pun, dalam 2 minggu lepas, aku kena sakit tekak yang amat sangat (Alhamdulillah pulih setelah beberapa hari berkumur dengan air garam), kemudian batuk yang berterusan (Alhamdulillah sekarang dah ok sikit) dan terkena sakit mata. Terkena sakit mata tu yang cukup mencabar diriku. Rasanya aku berjangkit dari suami K.Ita dan anaknya, semasa aku melawat K.Ita buat kali kedua. Tapi, selepas seminggu baru teruk aku kena jangkitannya. Malam tu, mata keluarkan tahi mata cair dan air mata tanpa henti, sampaikan nak tidur pun takut malam tu. Tapi Alhamdulillah, setelah 2,3 hari, dan berjumpa dengan GP dan mendapat ubat titik, mataku dah kembali pulih. Siap dapat pergi majlis BBQ di Cannock Chase lagi, minggu lepas (asalnya ingatkan tak dapat pergi, sebab sakit mata ni).

Apapun, harapnya kami suami-isteri terus diselubingi dengan ketenangan selama kami berjauhan selama 2 bulan lagi. Mujurlah tindakan tepat diambil untuk ke Mesir awal April lepas. Jika tidak, rasanya kami masing-masing tak dapat tumpukan pada pengajian. 2 minggu tu digunakan sepenuhnya untuk 'cas bateri' yang dah mula kering sejak 3 bulan yang lepas (setelah abe ke Mesir awal Januari tahun ni). Betullah, suami isteri tidak boleh berjauhan lebih dari 3 bulan. Nafkah zahir n batin (terutamanya nafkah batin) tidak boleh diabayaikan lebih dari 3 bulan. Jika tidak, boleh nanar dibuatnya...

Moga ketenangan yang memenuhi diri kami sekarang dapat menjadikan kami menumpukan kepada pengajian sepenuhnya, dan akan terus menautkan kasih-sayang, rahmat dan mawaddah dan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat, insha-Allah...

Sunday, March 28, 2010

Me and Him...

Suamiku (lahir pada hari Jumaat, 31 Ogos 1979)

Diriku (lahir pada hari Khamis, 15 Mei 1980)

Friday, March 12, 2010

Terbang tinggi (Yassin)

Kau ingin tahu
Terbang tinggi apa pengertiannya
Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki
Cuba melangkahkan kaki sejauhnya langit yang tinggi
Seperti mereka yang telah merasa
Terbang tinggi apa pengertiannya

Hidupnya bagaikan insan yang asing
Si musafir berkelana di bumi yang lain
Tiada berbangga tidak terlalu lemah
Sebaik perkara yang sederhana

Kau tak kan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukan apa yang kau sangka

Jangan kesal jangan sesal
Dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya

Jangan kesal jangan sesal
Terima dirimu seadanya

Jangan caci pada si dia yang terhina
Jangan benci pada yang tak mengertinya
Kasihanilah dia yang tak menghayatinya
Jangan takut kiranya kau berbeza

Kau tak kan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukan apa yang kau sangka

Jangan kesal jangan sesal
Dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya

Kau tak kan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukan apa yang kau sangka

Perbezaannya kita ilmu dan sikap
Mungkin kelak kau akan mengertinya
Pengertian hidup bukan apa yang kau sangka





(Lagu nyanyian Yassin yang sungguh-sungguh bermakna dan mendalam liriknya. Hayatilah bait-bait liriknya...Suka lagu ni...)

Thursday, March 11, 2010

Berterus-teranglah...





Dalam kesibukan aku nak menyiapkan kerja-kerja pengajianku, sebelum 'terbang' menemui kekasih hati awal bulan depan (insha-Allah), di kala itulah datang pelbagai ujian. Sebenarnya, kecil aje ujian tu, tapi cukup membuatkanku hilang semangat dan 'mood' untuk belajar, menulis hari tu. Tapi, iktibar dari 'insiden' ini, aku belajar, perlu berterus-terang dengan pasangan masing-masing bila ada yang tak kena, ada yang terasa hati dan jangan sekali-kali simpan lama-lama di dalam hati.

Hari tu (Selasa), aku tengah syok ber'ym' dengan abe. Pagi tu pun dah ber'ym', tapi sekejap aje, sebab dia mengantuk, dan nak berehat. Sebelah malamnyer pulak, abe tegur di'ym'. Kami mulalah 'bermadu asmara' (hehehe, bahasa...:)) Tapi, setelah dalam setengah jam ber'ym', ketika tengah 'syok' ber'ym' dengan suami, abe bagitau yang dia kena berhenti, ada kawan dia 'call', mungkin nak ajak dia keluar. Aku tanya, "Lama ke, ada kerja tu?" Abe kata, tak tentu lagi, tapi dia akan masuk 'ym' semula kemudian. Aku pada masa tu, ok ajelah, sebab abe kadang-kadang memang macam tu. Kalau kita tengah bercakap dengan dia, dia boleh tinggal sekejap dan bercakap dengan orang lain. Disebabkan aku memang dah mengantuk sedikit, aku pun terus pergi tidur, tak berniat untuk tunggu abe di 'ym', sebab masa belum tentu dia akan masuk 'ym' balik atau tak dan kalau 'masuk' balik pun, tak tahu lagi pukul berapa. Laptopku dibiarkan terpasang, tanpa ditutup.

Dalam pukul 12 tengah malam atau pukul 3 pagi rasanya, aku terjaga dan aku baca di'ym', ada mesej terbaru dari abe," Salam sayang. Tengah wat apa?" (lebih kurang macam tu lah mesej ym abe). Biasanya bila aku terima 'offline' ym message' dari abe, aku akan segera balas, kalau tak sikit, balas banyak. Tapi malam/pagi tu, aku semacam tak ada 'mood' untuk balas. Kubiarkan sahaja mesej abe tanpa berbalas. Terus kusambung tidur, dengan hati yang sedikit sedih...

Bangun pagi esoknya, aku teringat mesej dari abe pagi tadi, dan apa yang berlaku semalam. Mula-mulanya, aku nak buat tak tahu sahaja. Pagi tu, aku ambil wudhuk dan tunaikan solat Subuh seperti biasa, tapi hatiku terasa tak tenang. Semasa membaca al-Qur'an, hati terasa sebak, air mata mula mengalir sedikit...Aduh, kenapa ni? Aku mulanya berkira-kira untuk memendamkan sahaja apa yang terbuku di hati, hati yang terluka dengan apa yang berlaku semalam. Ingin aku tengok, apa reaksi abe bila aku berdiam diri macam ni. Mesej ymnya tak dibalas (cadangnyalah), buat senyap aje. Tapi, ya Allah, terasa sesak nafas di dada. Fikiran mulalah dihantui dengan perkara yang bukan-bukan. Entah macam mana, setelah banyak termenung, mengeluh (dan aku tahu, aku memang tak boleh buat kerja kalau keadaan terus begini), aku jadi tergerak untuk bagitau pada abe apa yang aku rasa sekarang. Mula-mulanya, aku ingin hantar mesej di 'facebook' abe, tapi memikirkan belum tentu dia akan baca dalam masa terdekat, aku meluahkan segala-segala apa yang aku rasa di 'ym'. Masih aku ingat lagi, apa yang kutulis,

Salam abe. Sihat?
Adik nak minta maaf banyak-banyak, kalau apa yang adik nak bagitau ni, buat abe kecik hati (ayat telah diubah dari 'style' dialek Kelantan kepada bahasa Melayu 'standard)
Nak tanya, kenapa masa adik nak ym dengan abe, masa tu lah abe ada kerja dengan kawan?
(Punyalah banyak masa lain, masa adik ym dengan abe, masa tu lah abe ada kerja)
Letih dah adik nak terasa hati dengan abe
Adik minta maaf banyak-banyak kalau abe terasa hati bila adik cakap macam ni.
Salam


Alhamdulillah, bila mesej ni dihantar ke ym abe, aku terus mendapat respon dari abe. Lama kami ber'ym' pagi tu. Abe pun meminta maaf, kerana perkara tu, aku jadi terasa hati. Dia kata, bukan salah dia, dan bukan salah kawan dia ajak dia keluar semasa ber'ym' denganku, tapi abe tetap meminta maaf. Bila apa yang terbuku di hati dijelaskan semuanya kepad suami (abe), hati aku jadi benar-benar lega. Rasa marah, sedih, fikir yang bukan-bukan, 'bengkak' di dalam hati mula hilang dan berkurangan. Kami siap menyambung 'madu asmara' lagi melalui ym pagi tu.

Di sebelah petang, abe tegur lagiku di ym. Ditanya lagi, adakah aku masih marah. Aku beritahu bahawa aku sudah letih dan penat untuk marah, terasa hati dengan suami. Panjang jugalah ym petang tu. Dan mungkin abe mula perasan kut, yang aku kurang gemar diganggu apabila mula ber'ym' dengan abe, apatah lagi bila jarang-jarang sekali dapat ber'ym' panjang dengannya (lebih-lebih lagi bila kuliah abe sudah bermula).Dan mungkin abe mula perasan dan sedar bahawa dia ada tanggungjawab terhadap isteri, sebagaimana aku ada tanggungjawab terhadap abe sebagai suami. Hidupnya sekarang sudah berbeza dari hidupnya semasa bujang. Banyak hati perlu dijaga, bukan sekadar hati kawan. Alhamdulillah, mujurlah abe boleh terima pendapatku. Dan aku amat-amat bersyukur kerana berterus-terang dengan abe tentang hal ni. Tiada lagi rasa sesak di dada, tiada lagi timbul buruk sangka, fikir yang bukan-bukan terhadap suami sendiri. Mujurlah benda yang kecil ini dapat diselesaikan segera. Jika disimpan lama-lama, tak mustahil ia akan meletup dan keluarlah semua perkara kesalahan silam yang tak sepatutnya dibangkitkan...

Alhamdulillah, inilah ilmu rumahtangga yang aku dapat secara tidak langsung. Dan, apa yang aku lakukan ni (tindakan berterus-terang kepada suami), diakui oleh seorang isteri kepada pendakwah terkenal di Malaysia. Beliau juga menyarankan supaya kita sentiasa berterus-terang dengan suami jika ada perkara yang tidak kena. Alhamdulillah, satu ilmu dan pengajaran yang amat-amat berguna. Aku masih banyak belum mengenali perangai abe. Harapnya, kehidupan berumahtangga akan mematangkan kami, untuk melayari kehidupan bersama, dengan penuh kebahagiaan, kasih-sayang, rahmat, mawaddah dan keberkatan yang dikurniakanNya, insha-ALlah...I love you abe sayang...:)

Thursday, February 25, 2010

Bila dah dekat dua minggu batuk...

Salam...

Bila dah hampir dua minggu batuk, terasa tak selesa nak bernafas. Tekak gatal sentiasa, mencari udara untuk mengeluarkan suara batuk...Aduh, bila dah batuk, selain menelan bermacam-macam ubat, rehat juga penawarnya. Bila tidur sahaja, batuk berhenti, kecuali sekali-sekala batuk mahu dikeluarkan. Apabila kembali terjaga, batuk kembali menyerang. Aduh...terasa tak mahu terjaga dari tidur...Tidur yang aman tanpa batuk...

Inilah keadaanku setelah hampir seminggu, batuk menyerang masih belum kebah. Cuma Alhamdulillah, selsema dah mula hilang. Kesihatan dalam minggu ni sebenarnya lebih baik dari minggu lepas. Minggu lepas, hari Isnin sahaja berlengkar di atas katil, mencari rehat sepenuhnya untuk mencari kekuatan menggagahkan diri kembali seperti biasa. Hampir-hampir demam, cuma mujurlah tidak melarat. Masih berselera untuk makan walaupun makan tidak teratur seperti dulu. Dalam sehari, kadang-kala sehari sahaja makan makanan berat. Selebihnya, sama ada tidur atau makan makanan yang tidak berat. Aku masih tidak berminat untuk masak setiap hari seperti sebelum ni. Cuma, bagusnya bila tidak menjamah makanan berat di sebelah malam, esok paginya tetap membuang air besar. Hairan, dari mana datangnya sisa-sisa makanan yang dibuang jikalau semalaman tidak makan? Mungkin perut berupaya memproses makanan yang selama ini tidak sempat diprosesnya. Alhamdulillah, bagus juga kalau begitu. Lebih baik berlapar dari terlalu kekenyangan...

Minggu ni, diri digagahi dengan batuk yang tidak kebah. Aku juga yang degil, makan ubat sekali-sekala sahaja. Kadang-kadang, sengaja minum air dingin. Cuma Alhamdulillah, hari ni terasa kurang sikit batuknya. Cuma terasa dada berombak bila bernafas. Aduh, aku ada asthma, penyakit lelah ke? Harapnya batuk ku akan kebah nanti. Mungkin sebab perubahan cuaca di sini, dari musim sejuk nak memasuki musim bunga. Memang kebiasaanya aku akan tidak sihat di waktu-waktu ini. Harapnya kesihatanku pulih kembali seperti biasa selepas ini, insha-Allah. Kerja-kerja pengajianku masih jauh untuk disiapkan. Satu bab perlu disiapkan dan dihantar sebelum ke Mesir 1 April ni. Esok nak ke Manchester, memandu van yang disewa, mengangkut barang Hani dari sana ke Nottingham dan kembali ke Birmingham. Dua minggu lagi, di hujung minggu, K.Najah sekeluarga akan datang bermalam di rumah semalaman. Harapnya aku sihat memandu kereta esok. Jangan sampai sakitku ini melarat...Ya Allah, banyak dosa hambaMu ini, diuji dengan ni'mat kesihatan yang ditarik seketika...

Thursday, February 4, 2010

Syukur Alhamdulillah...selesai beberapa masalah...




Alhamdulillah, urusanku dipermudahkanNya, meskipun berdepan dengan beberapa cabaran. Alhamdulillah, beberapa masalah yang dihadapi dapat diselesaikan (atau telah selesai?)

Seminggu dua ni, aku berhadapan dengan pelbagai masalah. Masalah paling besar ialah kehilangan duit simpananku dalam akaun bank di UK...Aduh! Pening dan sedikit cemas juga dibuatnya. Mujurlah masih ada simpanan berbaki, kalau tak, memang tak tahulah nak makan apa kat UK ni...Perkara ni aku sedar, dalam 2 minggu yang lepas, sehari sebelum adik-adik MA tu datang menumpang di rumah. Tapi, baru minggu lepas aku berkesempatan ke bank di bandar untuk selesaikan masalah ni. Tapi, pemergianku ke bank hari tu tak membuahkan apa-apa hasil. Pegawai di bank cuba menghubung pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ni (fraud department), tetapi panggilan telefonnya tak berjawab. Aku pun tak dapat tunggu lama hari tu, sebab nak kejar untuk solat Asar. Cuma, aku diberitahu supaya cuba menghubungi nombor jabatan tersebut. Sampai di rumah, kucuba lagi. Tak dapat. Esoknya, cuba lagi, tak dapat juga. Hari Isnin, kucuba lagi. Pun tak dapat. Nampak gaya, kalau tak dapat juga, kena ke bank sekali lagi, samada hari Khamis atau Jumaat ni (4 atau 5 Feb 10) Tapi Alhamdulillah,Alhamdulillah dan Alhamdulillah ! Semalam, aku cuba-cuba menghubungi bank, dan kali ini panggilanku berjawab...Syukur, ya Allah! Terus aku laporkan segala permasalahanku, dan bank berjanji akan menggantikan semua duitku yang dah diambil orang tu. Dan aku diberitahu, jika pihak bank tidak menyedari hal ni, hampir £4k duitku akan diambil 'si frauders ni' Aduh!...Dan Ya, Allah! Alhamdulillah! Tak tahu apa yang patut ucapkan. Hari ni (Khamis 4 Feb 10), insha-Allah aku akan ke bank di bandar untuk selesaikan sedikit lagi masalah ini. Selasai sahaja menghubungi pihak bank, terus aku sms abang di Mesir, menceritakan khabar berita gembira ni! Dia patut tahu, sebab pada abang sahaja aku berkongsi masalah ni, dan berita gembira ni, aku nak kongsikan dengan dia juga...Abang terus telefonku dari Mesir (kebetulan dapat buat panggilan percuma melalui Celcom, dapat kami berbual melalui telefon). Alhamdulillah...Syukur...Terima kasih abang (abe)...Sanggup berkongsi suka dan duka, susah senang dengan 'adik' sorang ni...Alhamdulillah, memang bertuah adik dapat suami macam abang...Suami yang mithali, insha-Allah...

Lain-lain, ada juga timbul masalah kecil, tapi perlu diselesaikan segera. Air panas tak menjadi di rumah (kecuali air panas di tempat mandi) dan mentol dalam bilik air terbakar (terpaksa masuk tandas dalam keadaan bergelap di sebelah malam). Berkenaan air panas tu, aku hubungi tuan rumah dan dia minta aku hubungi British Gas untuk selesaikan masalah ni. Telah kuhubungi, dan pekerjanya datang keesokan harinya. Rupa-rupanya, tiada tekanan dalam 'boiler' rumah ni. Lalu, diperbetulkan dan keadaan kembali seperti biasa (kembali dapat air panas, Alhamdulillah...)

Satu lagi, lampu di bilik air terpadam (terbakar, tak menyala). Aku hubungi tuan rumah sekali lagi, dan dia minta aku gantikan sendiri mentol yang terbakar tu. Kalau tak dapat juga, hubungi dia sekali lagi, dan dia akan datang betulkan. Menggantikan mentol tu tak susah, aku boleh buat sendiri. Masalahnya, lampu ni ada penutupnya (lid). Yang ni aku tak tahu macam mana nak membukanya. Semalam, selepas telefon tuan rumah, lampu tu kembali balik menyala seperti biasa...Alhamdulillah, lega sekejap aku. Tapi bila nak masuk bilik air balik di sebelah malam, lampu kembali tak menyala...Sudah! Macam mana ni? Kalau tak dapat baiki jugak, kena minta pertolongan jiranlah ni...

Tapi Alhamdulillah, pagi tadi aku cuba buka penutup (lid) lampu tu, dan Alhamdulillah, berjaya! Subhanallah...Tak de lah susah sangat pun. Cuma kena tahu cara sahaja. Dapat aku gantikan mentol yang terbakar tu...Alhamdulillah, keadaan kembali seperti sediakala...

Sebenarnya, ini antara masalah-masalah yang pada hematku akan kita hadapi. Tetapi, bila agak lama tak berdepan dengan masalah, sekali berdepan terasa macam kaku, tak tahu bagaimana nak menyelesaikannya. Yang penting, perlu sentiasa tenang, jangan banyak atau tidak mengeluh dan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya (bukannya berdiam diri begitu sahaja). Dan sentiasa berjaga-jaga dalam segala tindak-tanduk kita. Berkaitan dengan wangku yang hilang tu, mujurlah sebelum ni aku tidak ada membeli barang-barang yang bukan-bukan dengan harga yang tinggi. Kalau ada, mau terduduk dibuatnya...

Ujian sebenarnya perkara yang baik untuk kita, untuk melihat sejauh mana kita boleh bersabar dan berdepan dengan situasi tersebut. Mengeluhkah kita bila diuji dengan perkara yang kecil dan sedikit, atau bagaimana reaksi kita? Sekali-sekala kita perlu diuji, berdepan dengan masalah, supaya tidak terus lupa diri dan dapat sentiasa kembali kepadaNya, dengan ujian yang dapat kita hadapi dan tangani, insha-ALlah...

Teruskan berusaha, wahai diriku, dalam menempuh ujian, dugaan dan cabaran hidup yang sementara ini...

Tuesday, February 2, 2010

Time for myself....(masa untuk diri sepenuhnya...) Bahagian 2


Sambungan dari bahagian 1...

25 Jan 2010 (Isnin) : Hari ni aku tak ke mana-mana. Hajat dihati nak penuhkan masa dengan menyelesaikan kerja-kerja pengajianku. Ada juga bercadangan ke bank HSBC di bandar, untuk menyelesaikan masalah akaun bankku. Tapi mungkin tidak mempunyai masa yang cukup, aku bercadang ke sana sama ada hari Rabu atau Jumaat ni, insha-ALlah. Nisa dan Nabila, hari ni diorang berdua ke universiti (BCU) untuk urusan pendaftaran pengajian mereka. Aku tak ikut sebab kali ni lebih melibatkan urusan mereka. Dan katanya nak ke rumah baru hari ni untuk bersihkan rumah. Aku cuba juga buat kerja (belajar), tapi sikit sahaja yang bergerak...Aduh, bila nak siap ni...

26 Jan 2010 (Selasa) : Hari ni, seperti biasa ke Selly Oak Campus untuk ikuti seminar mingguan anjuran jabatan. Mula-mulanya, aku dan adik-adik bercadang nak ke bandar hari ni, untuk tunjukkan kedai Latiff's dan bawa berjalan-jalan di bandar, tapi tak jadi. Aku lama di perpustakaan Selly Oak selepas habis seminar, dan rasa macam serba-salah pula nak terkejar-kejar ke bandar. Mujurlah tak pergi, sebab adik-adik tu pun tak dapat nak ke bandar dari rumah baru diorang. Masih sibuk mengemas rumah masa tu. Insha-Allah, diorang akan masuk rumah baru esok, tak jadi hari ni. Tertunda sedikit agendaku ke bank HSBC. Hari ni pun tak pergi sebab dah kesuntukan masa. Balik, masak, makan malam dengan adik-adik tu dan berehat (dan buat kerja/ belajar di tengah malam).

27 Jan 2010 (Rabu) : Hari ni, nak menghantar adik-adik tu masuk rumah baru mereka di Perry Bar. Nak kena pindahkan barang-barang mereka yang ada kat rumah aku sekarang (beg diorang sahaja, sebenarnya). Bertolak selepas solat Zohor, dalam pukul 1 petang. Ingatkan sekejap aje hantar adik-adik ni, tapi terleret sampai ke selepas Isyak...Sampai kat rumah diorang, diorang bersihkan rumah sekejap('vacum' dan mop lantai). Dan kebetulan diorang nak ke One Stop Perry Bar, aku pun tolong bawakan diorang sambil-sambil nak belikan barang-barang keperluanku sendiri. Wah...banyak betul diorang 'shopping'. Penuh bonet kereta...Biasalah, baru pindah, banyak benda yang tak ada dalam rumah. Selesai 'membeli-belah', singgah di rumah diorang untuk tumpang solat Maghrib dan Isyak, dan dibelanja pula makan malam (oleh diorang). Burger ayam dan 'chips'...Ok, kenyang dah makan, solat pun sudah, nak kena pergi dah ya? Dah lewat ni...:) Aku balik ke rumah dalam pukul 8 malam, meninggalkan adik-adik di rumah baru mereka...

28 Jan 2010 (Khamis) : Tetamu lain akan datang ke rumah dan tumpang bermalam di rumahku. Fauzi (Mohd Fauzi Hussein - satu pengajian di Nilam Puri dan UMKL sebelum ni), dari Durham datang sekeluarga dan nak singgah bermalam di rumah malam ni. Datang ke Birm untuk urusan melanjutkan visa di Solihull. So, pagi ni, masak siap-siap untuk makan malam nanti...Masak apa? Nasi kerabu, jeng, jeng, jeng...Tak delah sedap sangat, tapi bolehlah kut. Dalam pukul 6 petang baru sampai di Selly Oak. Sebab masak nasi kerabu, ajak K.Ita sefamili dan Zai sekali (pelajar PhD di BU yang baru sampai. Dia sewa bilik dekat sangat dengan rumahku). Mujur ajak K.Ita datang. Rupa-rupanya, suami K.Ita, Abang Azli orang kampung Fauzi...Wah, keciknya dunia...K.Ita ajak ke rumahnya, makan pagi esok...Wah, best tu...Terima kasih K.Ita dan keluarga...!

29 Jan 2010 (Jumaat) : Pagi ni, sekadar mengemas apa-apa yang patut di dapur. Dah tak masak sebab nak bersarapan pagi kat rumah K.Ita. Kalau tak, mungkin makan nasi kerabu aje kut, pagi ni...:) K.Ita masak keay teow goreng (sedap dan pedas!), pisang goreng dan sambal kicap (Johor punya 'style') dan masak nasi dan sayur air untuk Adlina (Adlina-isteri Fauzi baru bersalin, jadinya kena makan nasi. Mujur ada K.Ita, sangat memahami situasi ibu yang baru bersalin...Harapkan aku, aduh, tak tau apa-apa). Selesai bersarapan, Fauzi sekeluarga terus bertolak ke Solihull dan katanya nak terus ke Sheffield berjumpa kawan lamanya di sana...Dan dalam pukul 4 petang, Fauzi hantar sms, katanya urusan visanya berjaya, visanya dalam dilanjutkan...ALhamdulillah...Syukur!

Selesai juga tugasanku (atau tanggungjawabku) dalam melayan tetamu yang datang berkunjung...Kini, masa untuk diriku pula...Menyiapkan kerja-kerja pengajian yang tertangguh...Moga dipermudahkan urusan, insha-Allah, dapat menyiapkan dan menamatkan pengajian dengan baik nanti, insha-ALlah...

Friday, January 29, 2010

Time for myself...(masa untuk diri sendiri...)


Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawabku kepada orang lain, (saudara seagamaku)...Kini masa untuk diri pula (sepenuhnya), insha-Allah...

Bermula minggu lepas (Selasa, 19 Jan), masaku dialihkan untuk memenuhi tanggungjawab kepada saudara-saudaraku. Aku menerim kunjungan dua orang adik dari Malaysia yang bakal melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Birmingham, The Birmingham City University (BCU). Tak pernah kenal dengan diorang ni, tapi diperkenalkan dan diminta tolong menjadi 'tuan rumah' sementara adik-adik ni mendapat rumah untuk disewa di Birmingham (sekitar kawasan Perry Barr). Hari pertama sampai, adik-adik ni sekadar berehat di rumah dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca di UK. Hari kedua dan ketiga, aku menolong adik-adik ni mencari rumah dan ALhamdulillah, pencarian berhasil pada hari ketiga. Adik-adik ni dapat rumah dekat dengan uni diorang, 10-15 minit berjalan kaki rasanya. Sementara nak bersihkan rumah dan sesuaikan diri dengan rumah baru, adik-adik ni menumpang dulu di rumahku....Untuk ringkaskan cerita, ini diariku dalam 2 minggu lepas...

19 Jan 2010 (Selasa) : Masak-masak (masak nasi ayam), ke Selly Oak Campus untuk ikuti seminar mingguan, adik-adik MA (Nisa dan Nabil) sampai ke rumah (dengan Zahran - Zahran 'volunteer' nak tolong jemput diorang kat 'airport', diorang makan-makan dan adik-adik ni berehat

20 Jan 2010 (Rabu) : Bawa Nisa dan Nabil ke Perry Bar dengan 'train'. Ke rmah Nadheerah dan Qanitah dulu (dua orang bekas student MA di BCU. Rumah diorang betul-betul depan BCU). Minum-minum dan solat sekejap. Selepas tu ke tempat 'letting agent' untuk tanya rumah yang masih kosong, boleh disewa. Balik rumah Nadheerah, tumpang solat Asar dan makan tengah hari (adik-adik tu masak - nasi goreng sardin dan cendawan celup tepung - Alhamdulillah, sedap). Kembali ke tempat agen untuk tengok rumah yang masih kosong untuk disewa (dah buat temujanji siap-siap sebelum ni). Balik rumah, sedikit kepenatan, makan malam dan rehat...Aku sendiri, bangun tengah malam untuk siapkan kerja pelan-pelan...

21 Jan 2010 (Khamis) : Temujanji dengan satu lagi 'letting agent' di Perry Bar, pukul 2.30 petang. Yang ni, aku yang call agen tu (dapat tahu tentang rumah tu melalui iklan dalam internet). Rumah oklah jugak, flat 3 bilik, atas kedai. Yang ditunjukkan pada kami ialah 'showroom', jadinya memang cantiklah rumah tu. Cumanya agak sunyi sikit tangga nak naik ke rumah tu, dan agak jauh juga dari BCU (Mungkin dalam 20-30 minit). Dan agak leceh juga sebab agen rumah ni nak kan penjamin (kena nyatakan penjamin dalam borang permohonan rasanya) sebelum masuk rumah. Hmmm...

Singgah solat Asar sekejap di masjid berdekatan (masjid tu tiada kemudahan tempat solat untuk perempuan, tapi mujurlah dibenarkan aku solat kat situ...) Dan dalam perjalanan ke stesen keretapi, kami singgah di satu lagi 'letting agent'. Dia ada syorkan satu rumah yang tak jauh dari pejabatnya (rumah yang Nisa dan Nabila sewa sekarang). Kalau nak tengok rumah tu hari ni, kena tunggu pukul 6 petang, sebab tuan rumah tu baru 'free' masa tu. Jadinya, kami adakan temujanji, datang tengok tengah hari esok, pukul 12 tengah hari. Balik rumah, makan malam dan berehat...Tak sempat lagi nak bawa adik-adik ni berjalan-jalan kat Selly Oak...

22 Jan 2010 (Jumaat) : Pagi, rehat-rehat di rumah. Aku ingat nak ke perpustakaan sebelah pagi sekejap, tapi rasanya macam tak sempat. Jadinya, terus ke tempat agen semalam dalam pukul 11 pagi dengan kereta. Kali ni aku bawa kereta sebab cuaca agak sejuk dan hujan lebat turun. Isi minyak dan angin kereta dulu sebelum ke sana. ALhamdulillah, sampai di sana tepat pada waktunya (sebelum pukul 12 tengah hari). Kami dibawa untuk lihat dua buah rumah, satu rumah yang tak jauh dari pejabat agen ni. Comel aje rumah ni. Rumah dua bilik, ruang tamu berkembar dengan dapur. Tuan rumah, sikh.

Rumah lagi satu, rumah 3 bilik tidur. Agak besar rumah ni. Bilik tidur pun besar. Lengkap dengan perabot, cuma ada yang dah kena buang sebab kotor dan lama. Sewa dua-dua buah rumah ni sama, £450 sebulan. Setelah adik-adik ni fikir masak, diorang berpakat nak sewa rumah yang 2 bilik...Alhamdulillah, pencarian berakhir...Adik-adik dah dapat rumah...:)

Balik rumah, berehat dan makan malam...Aku, seperti biasa, bangun tengah malam untuk teruskan kerja-kerja 'mengaji'. Bergeraklah jugak walaupun sedikit. Ingat nak ym dengan 'abe' tapi dia tak 'online'. Dah 2 hari tak dapat ym betul-betul dengan 'abe'. Mungkin abe penat kut, sebab semalam dia baru selesai 'exam' dia satu kertas...Isyh...tiba-tiba rindu pulak kat suami tersayang...

23 Jan 2010 (Sabtu) : Hari ni, ada sibuk sedikit. Pagi-pagi, dalam pukul 10.30 pagi, ke rumah K.Wan dan Ustaz Dhuan kat Selly Park. K.Wan ajak makan, raikan pengantin baru...Aduh, dah lama kahwin pun, masih dalam 'mood' nak raikan kami lagi ya, K.Wan? Liena dan Syaidy juga datang...Aku? Datang berseorangan...Pasanganku dah terbang ke Mesir...Ajak juga adik-adik tu, tapi diorang penat dan segan...Nabila tak berapa sihat. Ok, rehat-rehat, ya?

Selepas tu, Faezah (adik UG dari Warwick University, Coventry) datang. Datang untuk tumpang memasak untuk program esok dan ambil barang (periuk belanga) kat rumah K.Salmi, dan selepas tu beli barang-barang untuk memasak...Ke rumah K.Salmi dulu, ambil barang-barang (siap tumpang solat Asar dan dijamu keow teow goreng lagi tu...), beli barang-barang untuk memasak malam ni di Tesco (akan masak nasi ayam), dan balik rumah...Rehat sekejap dan mulakan misi...Faezah jadi ketua 'chef', aku jadi pembantu aje...Hehehe, adik lagi pandai masak dari kakak...:D Saja tak nak tunjuk 'skill'. Sebab takut kepenatan untuk bawa kereta esok ke Coventry, aku masuk tidur dulu, sementara Faezah meneruskan misinya...Rasanya dalam pukul 2 pagi baru dia masuk tidur...

24 Jan 2010 (Ahad) : Program kawasan hari ni. Sepatutnya kami bertolak ke sana lebih awal, tapi sedikit terlambat dan ngam-ngam sampai di sana (Coventry) tepat pukul 10.30 pagi. Seharian berbincang, bermuhasabah (bermuktamar sebenarnya, muktamar kawasan). Alhamdulillah, program selesai dalam pukul 6 petang. Ada lagi tambahan aktiviti, tapi aku terpaksa mengundurkan diri kerana takut terlampau lewat untuk pulang ke Birmingham. Terpaksa aku pulang sendiri ke Birmingham dengan memandu kereta. Nasib baik tak jauh mana. Dalam setengah jam, 45 minit dah sampai rumah...Tapi, ada orang risau, marah, huhuhu...Dia tak dapat maklumat yang aku nak ke Coventry hari ni (dah bagitau tapi dalam 'ym offline message' sahaja...Maafkan adik, abe...Buat abe risau aje...

Bersambung...

Sunday, January 10, 2010

Being by myself...



Bila diri kembali keseorangan....

Termasuk hari ni, ni hari ketiga saya tinggal bersendirian di rumah di bumi orang. Belum sampai 5 bulan berkahwin, kami terpaksa berpisah buat sementara. Saya telah jangka perkara ni akan berlaku, cuma tidak sangka akan secepat ni saya akan kembali bersendirian.

7 Januari 2010 lepas, abang selamat berlepas dan sampai di Cairo dari lapangan terbang Heathrow. Dia kembali ke Mesir, meneruskan sisa-sisa perjuangannya...(hehehe, berbunga-bunganya ayat...) Abang nak habiskan subjeknya yang berbaki 6 lagi. Mula-mula bila sampai di UK dalam awal bulan November, abang tak pernah sebut pun pasal benda ni. Ada juga saya bertanya dan berbincang, "Abang nak gi Mesir ke sementara kita ada kat UK? Mesir dan UK pun tak jauh sangat, kalau nak habiskan subjek yang ada." Mula-mula dia tak respon apa-apa. Kalau ada pun, katanya takut tak boleh nak fokus pada pengajian bila dok berjauhan nanti. Iyalah, baru kahwin, kot asyik teringat pula bila dok jauh macam ni.

Tapi, dalam minggu akhir Disember, abang tiba-tiba menyebut hasratnya untuk ke Mesir dalam masa terdekat. Kalau boleh, dia nak ambil peperiksaan satu kertas bulan Januari ni, 21 Jan. Saya mula-mula dengar tu, terkejut juga. Betul ke ni? Kenapa tiba-tiba aje ni? Dan kalau pergi, selama mana? Katanya, dia akan tunggu hingga fasa kedua (bulan Jan ialah fasa 1), untuk ikuti kuliah dan duduki peperiksaan dalam bulan Mei nanti. Jadinya, mungkin bulan Jun atau awal Julai baru dia akan balik semula ke UK. Januari hingga Jun atau Julai...Wah, 6 bulan tu kena tinggal, dok sorang...Aduh...

Bila kami mula berbincang secara serius, hati dah mula rasa sebak. Aduh, sedihnya nak ditinggalkan suami. Mengalir jugalah air mata. Mujurlah abang 'cool' aje. Setelah difikirkan masak-masak, bertanyakan pendapat orang tua, tiket ke Mesir pun diambil. Bertolak 7 Jan 2010 dan dijangka kembali ke UK 6 Julai 2010, dengan Egyptair.

Kini, saya keseorangan di teratak di Dawlish Road. Air mata dah banyak dah mengalir, semasa abang masih ada kat sini. Siap menangis lagi di airport Heathrow. Aduh, kalau dengan mak ayah tak delah menangis macam ni. Tapi dengan suami, sungguh-sungguh air mata mengalir...

Apapun, saya percaya ada hikmah di sebalik semua ni. Memang agak sedikit sukar dan merunsingkan, tinggal seorang di tempat orang. Cuma, kesempatan yang ada inilah, sepatutnya saya gunakan sepenuhnya untuk tumpu pada pengajian. Masa pun dah tak berapa banyak untuk menghabiskan pengajian ni.

Dan mungkin ini kebaikan juga untuk abang. Moga dia najah dalam imtihan nanti, insha-ALlah. Dan daripada dia berada di UK tanpa buat apa-apa (disebabkan sukar sikit nak dapat pekerjaan kat sini), lebih baik dia habiskan pengajiannya yang tertangguh. Insha-ALlah, moga kami diberikan kekuatan untuk menempuh cabaran ini, dipermudahkan segala urusan kami, dan diberikan kejayaan dalam pengajian kami, insha-Allah...

Kita sama-sama berusaha ya, sayang...:)