Tuesday, February 2, 2010

Time for myself....(masa untuk diri sepenuhnya...) Bahagian 2


Sambungan dari bahagian 1...

25 Jan 2010 (Isnin) : Hari ni aku tak ke mana-mana. Hajat dihati nak penuhkan masa dengan menyelesaikan kerja-kerja pengajianku. Ada juga bercadangan ke bank HSBC di bandar, untuk menyelesaikan masalah akaun bankku. Tapi mungkin tidak mempunyai masa yang cukup, aku bercadang ke sana sama ada hari Rabu atau Jumaat ni, insha-ALlah. Nisa dan Nabila, hari ni diorang berdua ke universiti (BCU) untuk urusan pendaftaran pengajian mereka. Aku tak ikut sebab kali ni lebih melibatkan urusan mereka. Dan katanya nak ke rumah baru hari ni untuk bersihkan rumah. Aku cuba juga buat kerja (belajar), tapi sikit sahaja yang bergerak...Aduh, bila nak siap ni...

26 Jan 2010 (Selasa) : Hari ni, seperti biasa ke Selly Oak Campus untuk ikuti seminar mingguan anjuran jabatan. Mula-mulanya, aku dan adik-adik bercadang nak ke bandar hari ni, untuk tunjukkan kedai Latiff's dan bawa berjalan-jalan di bandar, tapi tak jadi. Aku lama di perpustakaan Selly Oak selepas habis seminar, dan rasa macam serba-salah pula nak terkejar-kejar ke bandar. Mujurlah tak pergi, sebab adik-adik tu pun tak dapat nak ke bandar dari rumah baru diorang. Masih sibuk mengemas rumah masa tu. Insha-Allah, diorang akan masuk rumah baru esok, tak jadi hari ni. Tertunda sedikit agendaku ke bank HSBC. Hari ni pun tak pergi sebab dah kesuntukan masa. Balik, masak, makan malam dengan adik-adik tu dan berehat (dan buat kerja/ belajar di tengah malam).

27 Jan 2010 (Rabu) : Hari ni, nak menghantar adik-adik tu masuk rumah baru mereka di Perry Bar. Nak kena pindahkan barang-barang mereka yang ada kat rumah aku sekarang (beg diorang sahaja, sebenarnya). Bertolak selepas solat Zohor, dalam pukul 1 petang. Ingatkan sekejap aje hantar adik-adik ni, tapi terleret sampai ke selepas Isyak...Sampai kat rumah diorang, diorang bersihkan rumah sekejap('vacum' dan mop lantai). Dan kebetulan diorang nak ke One Stop Perry Bar, aku pun tolong bawakan diorang sambil-sambil nak belikan barang-barang keperluanku sendiri. Wah...banyak betul diorang 'shopping'. Penuh bonet kereta...Biasalah, baru pindah, banyak benda yang tak ada dalam rumah. Selesai 'membeli-belah', singgah di rumah diorang untuk tumpang solat Maghrib dan Isyak, dan dibelanja pula makan malam (oleh diorang). Burger ayam dan 'chips'...Ok, kenyang dah makan, solat pun sudah, nak kena pergi dah ya? Dah lewat ni...:) Aku balik ke rumah dalam pukul 8 malam, meninggalkan adik-adik di rumah baru mereka...

28 Jan 2010 (Khamis) : Tetamu lain akan datang ke rumah dan tumpang bermalam di rumahku. Fauzi (Mohd Fauzi Hussein - satu pengajian di Nilam Puri dan UMKL sebelum ni), dari Durham datang sekeluarga dan nak singgah bermalam di rumah malam ni. Datang ke Birm untuk urusan melanjutkan visa di Solihull. So, pagi ni, masak siap-siap untuk makan malam nanti...Masak apa? Nasi kerabu, jeng, jeng, jeng...Tak delah sedap sangat, tapi bolehlah kut. Dalam pukul 6 petang baru sampai di Selly Oak. Sebab masak nasi kerabu, ajak K.Ita sefamili dan Zai sekali (pelajar PhD di BU yang baru sampai. Dia sewa bilik dekat sangat dengan rumahku). Mujur ajak K.Ita datang. Rupa-rupanya, suami K.Ita, Abang Azli orang kampung Fauzi...Wah, keciknya dunia...K.Ita ajak ke rumahnya, makan pagi esok...Wah, best tu...Terima kasih K.Ita dan keluarga...!

29 Jan 2010 (Jumaat) : Pagi ni, sekadar mengemas apa-apa yang patut di dapur. Dah tak masak sebab nak bersarapan pagi kat rumah K.Ita. Kalau tak, mungkin makan nasi kerabu aje kut, pagi ni...:) K.Ita masak keay teow goreng (sedap dan pedas!), pisang goreng dan sambal kicap (Johor punya 'style') dan masak nasi dan sayur air untuk Adlina (Adlina-isteri Fauzi baru bersalin, jadinya kena makan nasi. Mujur ada K.Ita, sangat memahami situasi ibu yang baru bersalin...Harapkan aku, aduh, tak tau apa-apa). Selesai bersarapan, Fauzi sekeluarga terus bertolak ke Solihull dan katanya nak terus ke Sheffield berjumpa kawan lamanya di sana...Dan dalam pukul 4 petang, Fauzi hantar sms, katanya urusan visanya berjaya, visanya dalam dilanjutkan...ALhamdulillah...Syukur!

Selesai juga tugasanku (atau tanggungjawabku) dalam melayan tetamu yang datang berkunjung...Kini, masa untuk diriku pula...Menyiapkan kerja-kerja pengajian yang tertangguh...Moga dipermudahkan urusan, insha-Allah, dapat menyiapkan dan menamatkan pengajian dengan baik nanti, insha-ALlah...

No comments: