Thursday, February 25, 2010

Bila dah dekat dua minggu batuk...

Salam...

Bila dah hampir dua minggu batuk, terasa tak selesa nak bernafas. Tekak gatal sentiasa, mencari udara untuk mengeluarkan suara batuk...Aduh, bila dah batuk, selain menelan bermacam-macam ubat, rehat juga penawarnya. Bila tidur sahaja, batuk berhenti, kecuali sekali-sekala batuk mahu dikeluarkan. Apabila kembali terjaga, batuk kembali menyerang. Aduh...terasa tak mahu terjaga dari tidur...Tidur yang aman tanpa batuk...

Inilah keadaanku setelah hampir seminggu, batuk menyerang masih belum kebah. Cuma Alhamdulillah, selsema dah mula hilang. Kesihatan dalam minggu ni sebenarnya lebih baik dari minggu lepas. Minggu lepas, hari Isnin sahaja berlengkar di atas katil, mencari rehat sepenuhnya untuk mencari kekuatan menggagahkan diri kembali seperti biasa. Hampir-hampir demam, cuma mujurlah tidak melarat. Masih berselera untuk makan walaupun makan tidak teratur seperti dulu. Dalam sehari, kadang-kala sehari sahaja makan makanan berat. Selebihnya, sama ada tidur atau makan makanan yang tidak berat. Aku masih tidak berminat untuk masak setiap hari seperti sebelum ni. Cuma, bagusnya bila tidak menjamah makanan berat di sebelah malam, esok paginya tetap membuang air besar. Hairan, dari mana datangnya sisa-sisa makanan yang dibuang jikalau semalaman tidak makan? Mungkin perut berupaya memproses makanan yang selama ini tidak sempat diprosesnya. Alhamdulillah, bagus juga kalau begitu. Lebih baik berlapar dari terlalu kekenyangan...

Minggu ni, diri digagahi dengan batuk yang tidak kebah. Aku juga yang degil, makan ubat sekali-sekala sahaja. Kadang-kadang, sengaja minum air dingin. Cuma Alhamdulillah, hari ni terasa kurang sikit batuknya. Cuma terasa dada berombak bila bernafas. Aduh, aku ada asthma, penyakit lelah ke? Harapnya batuk ku akan kebah nanti. Mungkin sebab perubahan cuaca di sini, dari musim sejuk nak memasuki musim bunga. Memang kebiasaanya aku akan tidak sihat di waktu-waktu ini. Harapnya kesihatanku pulih kembali seperti biasa selepas ini, insha-Allah. Kerja-kerja pengajianku masih jauh untuk disiapkan. Satu bab perlu disiapkan dan dihantar sebelum ke Mesir 1 April ni. Esok nak ke Manchester, memandu van yang disewa, mengangkut barang Hani dari sana ke Nottingham dan kembali ke Birmingham. Dua minggu lagi, di hujung minggu, K.Najah sekeluarga akan datang bermalam di rumah semalaman. Harapnya aku sihat memandu kereta esok. Jangan sampai sakitku ini melarat...Ya Allah, banyak dosa hambaMu ini, diuji dengan ni'mat kesihatan yang ditarik seketika...

No comments: