Thursday, February 4, 2010

Syukur Alhamdulillah...selesai beberapa masalah...




Alhamdulillah, urusanku dipermudahkanNya, meskipun berdepan dengan beberapa cabaran. Alhamdulillah, beberapa masalah yang dihadapi dapat diselesaikan (atau telah selesai?)

Seminggu dua ni, aku berhadapan dengan pelbagai masalah. Masalah paling besar ialah kehilangan duit simpananku dalam akaun bank di UK...Aduh! Pening dan sedikit cemas juga dibuatnya. Mujurlah masih ada simpanan berbaki, kalau tak, memang tak tahulah nak makan apa kat UK ni...Perkara ni aku sedar, dalam 2 minggu yang lepas, sehari sebelum adik-adik MA tu datang menumpang di rumah. Tapi, baru minggu lepas aku berkesempatan ke bank di bandar untuk selesaikan masalah ni. Tapi, pemergianku ke bank hari tu tak membuahkan apa-apa hasil. Pegawai di bank cuba menghubung pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ni (fraud department), tetapi panggilan telefonnya tak berjawab. Aku pun tak dapat tunggu lama hari tu, sebab nak kejar untuk solat Asar. Cuma, aku diberitahu supaya cuba menghubungi nombor jabatan tersebut. Sampai di rumah, kucuba lagi. Tak dapat. Esoknya, cuba lagi, tak dapat juga. Hari Isnin, kucuba lagi. Pun tak dapat. Nampak gaya, kalau tak dapat juga, kena ke bank sekali lagi, samada hari Khamis atau Jumaat ni (4 atau 5 Feb 10) Tapi Alhamdulillah,Alhamdulillah dan Alhamdulillah ! Semalam, aku cuba-cuba menghubungi bank, dan kali ini panggilanku berjawab...Syukur, ya Allah! Terus aku laporkan segala permasalahanku, dan bank berjanji akan menggantikan semua duitku yang dah diambil orang tu. Dan aku diberitahu, jika pihak bank tidak menyedari hal ni, hampir £4k duitku akan diambil 'si frauders ni' Aduh!...Dan Ya, Allah! Alhamdulillah! Tak tahu apa yang patut ucapkan. Hari ni (Khamis 4 Feb 10), insha-Allah aku akan ke bank di bandar untuk selesaikan sedikit lagi masalah ini. Selasai sahaja menghubungi pihak bank, terus aku sms abang di Mesir, menceritakan khabar berita gembira ni! Dia patut tahu, sebab pada abang sahaja aku berkongsi masalah ni, dan berita gembira ni, aku nak kongsikan dengan dia juga...Abang terus telefonku dari Mesir (kebetulan dapat buat panggilan percuma melalui Celcom, dapat kami berbual melalui telefon). Alhamdulillah...Syukur...Terima kasih abang (abe)...Sanggup berkongsi suka dan duka, susah senang dengan 'adik' sorang ni...Alhamdulillah, memang bertuah adik dapat suami macam abang...Suami yang mithali, insha-Allah...

Lain-lain, ada juga timbul masalah kecil, tapi perlu diselesaikan segera. Air panas tak menjadi di rumah (kecuali air panas di tempat mandi) dan mentol dalam bilik air terbakar (terpaksa masuk tandas dalam keadaan bergelap di sebelah malam). Berkenaan air panas tu, aku hubungi tuan rumah dan dia minta aku hubungi British Gas untuk selesaikan masalah ni. Telah kuhubungi, dan pekerjanya datang keesokan harinya. Rupa-rupanya, tiada tekanan dalam 'boiler' rumah ni. Lalu, diperbetulkan dan keadaan kembali seperti biasa (kembali dapat air panas, Alhamdulillah...)

Satu lagi, lampu di bilik air terpadam (terbakar, tak menyala). Aku hubungi tuan rumah sekali lagi, dan dia minta aku gantikan sendiri mentol yang terbakar tu. Kalau tak dapat juga, hubungi dia sekali lagi, dan dia akan datang betulkan. Menggantikan mentol tu tak susah, aku boleh buat sendiri. Masalahnya, lampu ni ada penutupnya (lid). Yang ni aku tak tahu macam mana nak membukanya. Semalam, selepas telefon tuan rumah, lampu tu kembali balik menyala seperti biasa...Alhamdulillah, lega sekejap aku. Tapi bila nak masuk bilik air balik di sebelah malam, lampu kembali tak menyala...Sudah! Macam mana ni? Kalau tak dapat baiki jugak, kena minta pertolongan jiranlah ni...

Tapi Alhamdulillah, pagi tadi aku cuba buka penutup (lid) lampu tu, dan Alhamdulillah, berjaya! Subhanallah...Tak de lah susah sangat pun. Cuma kena tahu cara sahaja. Dapat aku gantikan mentol yang terbakar tu...Alhamdulillah, keadaan kembali seperti sediakala...

Sebenarnya, ini antara masalah-masalah yang pada hematku akan kita hadapi. Tetapi, bila agak lama tak berdepan dengan masalah, sekali berdepan terasa macam kaku, tak tahu bagaimana nak menyelesaikannya. Yang penting, perlu sentiasa tenang, jangan banyak atau tidak mengeluh dan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya (bukannya berdiam diri begitu sahaja). Dan sentiasa berjaga-jaga dalam segala tindak-tanduk kita. Berkaitan dengan wangku yang hilang tu, mujurlah sebelum ni aku tidak ada membeli barang-barang yang bukan-bukan dengan harga yang tinggi. Kalau ada, mau terduduk dibuatnya...

Ujian sebenarnya perkara yang baik untuk kita, untuk melihat sejauh mana kita boleh bersabar dan berdepan dengan situasi tersebut. Mengeluhkah kita bila diuji dengan perkara yang kecil dan sedikit, atau bagaimana reaksi kita? Sekali-sekala kita perlu diuji, berdepan dengan masalah, supaya tidak terus lupa diri dan dapat sentiasa kembali kepadaNya, dengan ujian yang dapat kita hadapi dan tangani, insha-ALlah...

Teruskan berusaha, wahai diriku, dalam menempuh ujian, dugaan dan cabaran hidup yang sementara ini...

No comments: