~rindukan harta, harta akan lupus; rindukan manusia, manusia akan binasa; rindukan ALLAH, rindu akan kekal abadi~
Sunday, January 10, 2010
Being by myself...
Bila diri kembali keseorangan....
Termasuk hari ni, ni hari ketiga saya tinggal bersendirian di rumah di bumi orang. Belum sampai 5 bulan berkahwin, kami terpaksa berpisah buat sementara. Saya telah jangka perkara ni akan berlaku, cuma tidak sangka akan secepat ni saya akan kembali bersendirian.
7 Januari 2010 lepas, abang selamat berlepas dan sampai di Cairo dari lapangan terbang Heathrow. Dia kembali ke Mesir, meneruskan sisa-sisa perjuangannya...(hehehe, berbunga-bunganya ayat...) Abang nak habiskan subjeknya yang berbaki 6 lagi. Mula-mula bila sampai di UK dalam awal bulan November, abang tak pernah sebut pun pasal benda ni. Ada juga saya bertanya dan berbincang, "Abang nak gi Mesir ke sementara kita ada kat UK? Mesir dan UK pun tak jauh sangat, kalau nak habiskan subjek yang ada." Mula-mula dia tak respon apa-apa. Kalau ada pun, katanya takut tak boleh nak fokus pada pengajian bila dok berjauhan nanti. Iyalah, baru kahwin, kot asyik teringat pula bila dok jauh macam ni.
Tapi, dalam minggu akhir Disember, abang tiba-tiba menyebut hasratnya untuk ke Mesir dalam masa terdekat. Kalau boleh, dia nak ambil peperiksaan satu kertas bulan Januari ni, 21 Jan. Saya mula-mula dengar tu, terkejut juga. Betul ke ni? Kenapa tiba-tiba aje ni? Dan kalau pergi, selama mana? Katanya, dia akan tunggu hingga fasa kedua (bulan Jan ialah fasa 1), untuk ikuti kuliah dan duduki peperiksaan dalam bulan Mei nanti. Jadinya, mungkin bulan Jun atau awal Julai baru dia akan balik semula ke UK. Januari hingga Jun atau Julai...Wah, 6 bulan tu kena tinggal, dok sorang...Aduh...
Bila kami mula berbincang secara serius, hati dah mula rasa sebak. Aduh, sedihnya nak ditinggalkan suami. Mengalir jugalah air mata. Mujurlah abang 'cool' aje. Setelah difikirkan masak-masak, bertanyakan pendapat orang tua, tiket ke Mesir pun diambil. Bertolak 7 Jan 2010 dan dijangka kembali ke UK 6 Julai 2010, dengan Egyptair.
Kini, saya keseorangan di teratak di Dawlish Road. Air mata dah banyak dah mengalir, semasa abang masih ada kat sini. Siap menangis lagi di airport Heathrow. Aduh, kalau dengan mak ayah tak delah menangis macam ni. Tapi dengan suami, sungguh-sungguh air mata mengalir...
Apapun, saya percaya ada hikmah di sebalik semua ni. Memang agak sedikit sukar dan merunsingkan, tinggal seorang di tempat orang. Cuma, kesempatan yang ada inilah, sepatutnya saya gunakan sepenuhnya untuk tumpu pada pengajian. Masa pun dah tak berapa banyak untuk menghabiskan pengajian ni.
Dan mungkin ini kebaikan juga untuk abang. Moga dia najah dalam imtihan nanti, insha-ALlah. Dan daripada dia berada di UK tanpa buat apa-apa (disebabkan sukar sikit nak dapat pekerjaan kat sini), lebih baik dia habiskan pengajiannya yang tertangguh. Insha-ALlah, moga kami diberikan kekuatan untuk menempuh cabaran ini, dipermudahkan segala urusan kami, dan diberikan kejayaan dalam pengajian kami, insha-Allah...
Kita sama-sama berusaha ya, sayang...:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment