Monday, December 21, 2009

Ke Solihull ambil basikal menang di ebay..












Salam...

Hari ni, saya dan husband ('abe') ke Solihull. 'Abe' berhajat nak beli basikal kat sini (UK), tapi yang murah-murah. Cuba jugalah 'survey' dalam eby n freecycle uk. Mujurlah jumpa basikal yang sesuai (sesuailah jugak), lokasinya di Solihull. 'Bid' harga GBP10.00. Alhamdulillah, tak ada orang lain yang 'bid' n kami menang (pertama kali sebenarnya saya menang 'bid' dalam ebay. Rezeki 'abe' kut?) Bila dah 'call' empunya basikal tu dan dapatkan alamatnya, kami ke Solihull hari ni, untuk bayar dan ambil basikal yang 'abe' menang tu (Mulanya serba-salah juga, nak pegi atau tak sebab saya rasa pening-pening sikit, dan 'in-between' nak pergi dengan bas atau 'train'. Alhamdulillah, dapat gagahkan diri, pergi juga dengan kereta).

Bertolak dalam pukul 10.45 pagi, setelah hampir 10 minit bersihkan kereta dari limpahan 'snow'. Lama juga perjalanan ke sana, dalam 45 minit, masuk 2 highway/ motorway rasanya. Alhamdulillah, selamat sampai kat sana dan jumpa tuan empunya basikal yang bertukar milik nanti. Sampai pulak terawal 15 minit. Mujur 'makcik' ni tak kisah. Lepas bayar, dapat panduan sikit pasal basikal ni (dia punya manual), bertungkus-lumus masukkan basikal dalam kereta, kami bertolak pulang ke Selly Oak. Kali ni, perjalanan pulang terasa lagi dekat, dalam 30 minit saja dah sampai rumah.

Abe nampak 'excited' jugalah ada basikal ni (walaupun tak baru dan sedikit berkarat). Katanya boleh naik basikal gi solat Jumaat kat uni nanti. Petang tu, kami ke M. Latiff & Sons, nak cari helmet basikal dan kunci sekali. (Undang-undang UK, penunggang basikal kena pakai helmet kalau kayuh basikal di jalan raya. Kalu tak pakai, silap hb boleh kena saman). Tak jumpa helmet, dapat beli anak kunci dan pam tayar basikal. Nanti kita cari helmet basikal kat ASDA atau 'charity shop' ya, abe? :)

No comments: