Thursday, December 17, 2009

Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan dan kesihatan..


Salam...

Manusia, bila berada dalam kesusahan, terlalu mudah diri kembali kepadaNya...Tetapi adakah kita ingat akanNya di kala kita dilimpah dengan kesenangan dan kemudahan? Moga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa mensyukuri dan mengingati akan nimat yang dikurniakanNya di setiap masa dan ketika...

3,4 hari ni, saya sedikit kurang sihat. Tak tahu di mana silapnya. Sebelum ni (semenjak selepas kahwin) ada juga tak sihat. Rasa mual, muntah, pening dan macam-macam tapi tidak melarat. Cuma, sakit yang dialami sekarang ni memang menjadikan saya cukup tak selesa. Terasa ni'mat ditarikNya sekejap. Aduh...

Alhamdulillah, masih lalu makan,minum. Masih boleh bergerak sendiri untuk buang air dan masak lagi. Cuma, saya tak boleh menunduk terlalu lama. Paling ketara masa solat, sewaktu sujud, cuma bukan untuk semua sujud. Biasanya dalam sujud pertama, saya mula terasa pening, kepala berpusing seperti hilang pertimbangan dan tak boleh nak kawal tubuh badan. Terasa semua benda berpusing dengan sendirinya...Astaghfirullah al-'azim...

Ni mungkin kesan dari kemalangan di KL 2006 hari tu. Suami kata mungkin darah rendah. Wallahu a'lam. Entahlah. Tapi bila masak dan makan hati dan daging goreng dengan nasi tadi, tubuh terasa stabil sikit. Tapi bila dah lama sikit, rasa macam lemah dan pening balik...

Aduh, esok ada laporan yang perlu dihantar. Alhamdulillah, dah siap, cuma nak 'touch-up' sikit-sikit dan 'print-out'. Kalu tubuh ok, ingat nak tambah lagi maklumat. Tapi kalu keadaan masih macam ni, mungkin terpaksa apa yang dah dibuat ajelah kut. Mujurlah laporan tu dah di 'prooread'...

So, harapnya sakit ni tak melarat. Susah juga nanti, kalu dah sakit. Nak bergerak ke mana-mana pun susah. Nak minta suami ke mana-mana, dia pun masih belum biasa dengan keadaan di sini. Kut saya pun yang jadi lagi pening, lagi runsing...

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini, ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada kami meneruskan kehidupan yang sementara ini. Berikanlah kekuatan kepada diriku dan suamiku. Permudahkanlah urusan kami, ya Allah. Murahkanlah rezeki kami dan berkatilah kami, ya Allah...Amin, ya Rabbal A'lamin...

No comments: