Wednesday, June 17, 2009

Akhirnya....

Alhamdulillah...Akhirnya...Apa ceritanya?...:)

Lama dah tak tulis blog. Tak berkesempatan dan tak ada banyak cerita menarik nak dikongsi. Sebenarnya ada, tapi tak menarik sangat nak kongsi di blog...

Apa cerita tentang 'akhirnya'? Alhamdulillah, berakhirlah segala penantian. Selesailah sudah segala urusan. Ni berkaitan urusan insurans dan 'road-tax' kereta di UK. Kereta merah yang kongsi ramai-ramai dengan adik-adik UG di UK. Memang banyak cabaran sungguh bila menguruskan hal-hal kereta ni. Tahun lepas pun, keadaan yang hampir sama berlaku. Alkasihnya kali ni, berkaitan 'road-tax' kereta. Prosedur di UK (dan sama di Malaysia), untuk perbaharui 'road-tax' kereta, kereta perlu diinsurans dan ada kelulusan M.O.T. Secara ringkasnya, M.O.T ialah sijil yang dikeluarkan oleh DVLA (macam JPJ di MAlaysia) menyatakan kereta yang dibawa selamat untuk dipandu di jalan raya UK. 2 dokumen ni perlu ada (ada dalam kata lain, kereta kena ada 2 'benda' ni) dan barulah boleh dapatkan 'road-tax' atau 'taxdisc' untuk pamerkan di depan kereta. Salah di sisi undang-undang UK kalau gagal nak pamerkan 'taxdisc' ni.

Masa dapat kereta ni tahun lepas, tarikh luput insurans kereta dan road-tax agak dekat-dekat. Jadinya, bila nak perbaharui pun, tarikhnya agak lebih kurang sama. Tahun lepas, sebab pertama kali beli insurans kereta, terbeli yang agak mahal, sampai £700 lebih setahun. Padahal tak pernah claim pun dalam masa setahun tu (kebetulan kereta pun ok, tak de terkena apa-apa kemalangan). Tapi tahun ni, sebab nak jimatkan kos, saya ambik keputusan untuk guna alamat salah-seorang adik UG di Coventry. Memang jauh dapat jimat bila guna alamat Coventry. Kena bayar dalam £550 sahaja. Oklah, jimatlah jugak. Jadinya, bila guna alamat adik ni, polisi insurans akan dihantar ke alamat rumah dia. Bila polisi tu sampai kat rumah dia, saya minta dia poskan dokumen tu ke rumah saya. Tapi, ya Allah, memang ujian sungguh dariNya. Polisi insurans yang dia poskan tu, sampai hari ni tak sampai-sampai ke rumah saya. Tak tahulah sesat kat mana. Dekat sebulan jugalah saya tunggu, kot-kot terlambat sampai atau macam mana. So, macam mana nak apply 'road-taz' kalu tak de polisi insurans? Biasanya kena bawa 2 dokumen ni ke pejabat pos, dan boleh dapatkan txdisc 'on-spot' di pejabat pos.

Jadinya, saya call sekali lagi syarikat insurans, minta dia hantar salinan polisi insurans sekali lagi. Sebab secara sahnya kita dah bayar insurans, so ada hak untuk minta salinan. Tak tahulah kalu saya tersalah dengar, tapi saya difahamkan masa call tu, dia (syarikat insurans) kata akan hantar polisi tu semula dalam masa seminggu. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai jugak. Selepas seminggu, saya call sekali lagi, tanya apa cerita. Kali ni, baru jelas sikit prosedur dia. Dia kata, kalau nak guna polisi insurans tu untuk dapatkan taxdisc, boleh apply secara online. Segala maklumat tantang kereta kita (ada M.O.T. ke, tak de ke, insurans ke), semua maklumat disimpan. Kalu tak dapat, syarikat insurans boleh keluarkan salinan polisi insurans, tapi kena bayar £20. Oh, gi tu ke? Ok. Dapat maklumat baru. So, saya pun applylah secara online. Alhamdulillah, dapat. Lancar jer proses nak beli taxdisc tu. Cuma....

Aduh, sebab saya tak update kan alamat rumah baru dalam geran kereta, road-tax tu dihantar ke alamat rumah lama...Aduh, satu hal lagi! Ni memang silap saya jugak. Dah lama pindah, tapi tak kemaskinikan alamat rumah kat DVLA. Ok tak pe. Esoknya, lepas dah apply road-tax secara online, saya isi borang dalam geran kereta dan terus hantar ke DVLA, maklumkan yang alamat rumah dah bertukar. Kot cepat dia update kan maklumat tu, mungkin cardisc tu terus dihantar ke alamat rumah baru....

Seminggu tunggu, tak de apa-apa surat sampai...Hmmm, apa cerita pulak ni. Jadinya, saya call DVLA bahagian appy taxdisc ni untuk tahu apa yang berlaku. Alhamdulillah, dapat layanan dan respon yang baik dari pihak DVLA. Katanya, dia dah hantar taxdisc tu kepada saya, tapi guna alamat rumah lama sebab sistem dia masih belum up-date alamat rumah saya yang baru. Tapi, saya boleh dapatkan salinan/ 'duplicate' taxdisc dengan pergi minta di cawangan DVLA di Birmingham. Oh, ok. Kalu isi borang n hantar untuk minta duplicate taxdisc tu macam mana? (Saya tahu cara ni sebab tahun lepas, cardisc ni tersesat ke tempat lain bila saya poskan ke Coventry. Masa ni cuak, jenuh juga, sebab dekat 2,3 minggu baru dapat 'trace' taxdisc ni.)Ok, dia kata, boleh kalu nak apply dengan isi borang dan poskan. Tapi kena bayar £7. Kalu gi ambik sendiri kat pejabat cawangan DVLA di Birmingham, tak perlu bayar lagi dah...

Ok...Alhamdulillah, dah jelas dah prosedurnya. So, tadi saya dengan Ada (adik UG final year di Birm, tahun ni nak balik Malaysia dah for good) pergilah ke pejabat DVLA di Lea Hall, Birmingham dengan train. ALhamdulillah, tak susah jugaklah cari, cuma kena menapak sikit dari train station Lea Hall ke pejabat DVLA. Bila sampai sana, dapat pengalaman baru masuk pejabat agensi kerajaan (DVLA ni agensi kerajaan ke?) di UK. Bagus, efisyen jugalah buat kerja. Alhamdulillah, selesai proses, akhirnya dapat cardisc tu. Tapi, nanti dulu...Hah, apa lagi?

Kali ni mujurlah Ada perasan. Kalu saya gi sorang, memang tak perasan dah kot. Bila dapat cardisc tu, tempoh road-tax (taxdisc) tu sampai bulan Oktober 2009. Aik, apa cerita? Bayar sampai £190 taxdisc untuk setahun, tapi dapat untuk 6 bulan aje? Apa ni? Saya ingat lagi, memang masa apply online tu, apply untuk setahun. Lagipun tak logik, bayar £190 untuk 6 bulan aje. Mujurlah masa perasan tu, masih kat pejabat DVLA lagi. So, kenalah beratur sekali lagi. Mujurlah queue tak panjang. ALhamdulillah, kali ni bila deal dengan pegawai dia, bila dia check dalam sistem, memang sah road-tax tu untuk setahun, bermula 31 Mei 2009 sampai 31 Mei 2010. Dan akhirnya dapatlah taxdisc yang sebetulnya...


Aduh, Alhamdulillah...Saya syukur sangat-sangat. Berakhirlah sebuah penantian. Terlepaslah satu beban. Kalu sebelum ni, agak ketakutan bila bawa kereta tak de road-tax, Alhamdulillah lepas ni tak perlu takut-takut dah. Memang banyak cabaran dalam uruskan hal kereta di UK. Satu pengalaman baru juga bagi saya, sebab kalu kat Malaysia memang saya tak endah pun hal-hal macam ni. Semua ayah uruskan. Bab insurans, kereta, ayah settlekan semua. Tu pun dia yang bayarkan. Kami anak-anak tinggal bawa kereta aje. Tapi bila uruskan hal kereta di UK, banyak yang saya belajar. Kat sini pun, bila timbul masalah macam ni, banyak hikmah sebenarnya. Antaranya,

1) Buat kerja kena proaktif, tak leh reaktif. Sebenarnya urusan ni boleh selesaikan lagi awal dan cepat kalu saya bertindak cepat. Tapi, hampir sebulan saya menunggu polisi insurans yang tak kunjung tiba, tu yang menyebabkan urusan ni memakan masa yang lama. Mujur aje kereta tak kena tarik masa tak de road-tax tu.

2) Apa-apa dokumen penting yang nak diposkan, kena hantar secara berdaftar, jangan guna setem First Class aje, tak selamat. Kalu hantar surat secara berdaftar (registered), kita boleh trace surat kita sampai atau tak. Dan boleh buat aduan dengan lebih mudah. Ni dah kali kedua jadi macam ni. So, tahun depan kena pastikan perkara yang sama tak berulang.

3) Dapat tahu prosedur baru untuk apply cardisc secara online, selain sebelum ni apply di pejabat pos sahaja. Rasanya sistem ni baru diperkenalkan. Alhamdulillah, dapat tahu sesuatu yang baru.

4) Dapat kenal pejabat DVLA di Birmingham. Kalu tak de masalah macam ni, memang tak gi dah sana. Banyaklah belajar, dan Alhamdulillah, mujurlah urusan tak susah, dipermudahkanNya. Kebetulan alamat rumah di geran kereta pun dah apply untuk tukar, so memang tak perlu takut atau tipu apa-apalah bila berurusan dengan DVLA.

Saya balik tadi, lepas solat Zohor, buat solat sunat syukur, tanda syukur urusan ni dah selesai. Memang syukur sangat-sangat, urusan ni selesai dan tak ada musibah yang besar menimpa. Cuma diberikan sedikit cabaran dan ujian untuk hadapi situasi ni. Moga saya terus tabah untuk hadapi urusan hidup di UK dan urusan-urusan di Malaysia nanti (atau urusan kehidupan) dalam kehidupan yang sementara ni.

Wallahu a'lam. Asykuru laka ya Allah ala' ni'matuKa al-Kathir....(HambaMu ini bersyukur padaMu ya Allah, atas ni'mat yang banyak tidak terhitung yang Engkau kurniakan kepada hambaMu ini...)

No comments: