Tuesday, February 15, 2011

Tentang si kecil...



Dalam sedang mencari bahan 'online' dan menyiapkan tesis, curi masa untuk mencoret sesuatu kat blog sekejap, sementara si kecil baru jer lena...

Alhamdulillah, minggu ni genap si kecil, Ahmad 'Amru Hakeem berusia 8 minggu. Bermakna dah dua bulan usia dia. Cepat jer masa berlalu. Bila dia dah makin besar ni, 'pattern' hidup dia pun, saya dan abe dah boleh cam. Macam sebelah siang, dia tak mau tidur sangat. Sekejap-sekejap aje. Bila dah macam tu, sebelah malam, insha-Allah lama dia tidur. Kadang-kadang sampai 5 jam, lepas tu mesti dia akan merengek-rengek sama ada lapar nak susu atau 'nappy' basah. Sebelah malam, mesti dia terjaga, paling kurang sekali. Tapi oklah tu. Tak macam masa awal-awal dia berumur dalam sebulan, asyik terjaga setiap 2 jam sebelah malam. Macam tak lena dia tidur. Rupa-rupanya, sebab saya makan 'minyak' yang Mak Su buat. Dua kali makan setiap hari pulak tu. Kesannya, 'baby' tak tahan perut, asyik nak membuang aje. Alhamdulillah, selepas berhenti minum minyak tu, dia pun ok. Tidur pun lena aje...

Berat 'Amru pun dah makin bertambah. 2 minggu lepas, masa pergi 'check' kat Baby Clinic kat Kattie Road (dekat dengan Post Office), berat dia dah bertambah dari 5.0 kg kepada 5.3 kg. Mak ai, dalam masa 2 minggu dah naik 3 gram. Esok (Khamis, 17 Februari) akan ke Baby Clinic lagi (kali ni di Bournbrook Varsity Medical Centre, 5 minit aje jalan kaki sambil tolak 'push chair' 'Amru) dan mungkin akan timbang lagi. Saya duk jangka, berat dia kali ni mungkin jadi 6 kg. Rasanya tak mustahil. Tengoklah, apa cerita esok.

Selain tu, nak 'check' ukuran kepala dia, sebab 2 minggu lepas, 'health visitor' check, kepala dia agak besar dan ada 'big jump' antara ukuran lilit kepala semasa dia lahir dan selepas 6 minggu dia lahir. Bila 'check' dengan GP (General Practisor aka doktor kat klinik) dan health visitor, katanya normal. Tapi GP suruh pantau selalu pertumbuhan dia, termasuk bahagian kepala sebab bimbang kalau-kalau ada penyakit lain yang dia hadapi yang kita tak tahu.

Lain-lain, tubuh badan 'Amru ok. Cuma kepala dia sekarang penuh dengan 'cradle cap', macam kelimumur kat kepala. Bila baca dalam buku, benda ni akan hilang. Cuma kena selalu/kerap letak 'olive oil' dan lama-lama nanti, benda tu akan hilang. 'Nappy rash' kat bontot dia pun dah hilang, bila letak 'nappy cream' yang GP 'perscribe'. Kalau tak sebelum ni, memang nampak merah menyala bontot dia. Kesian takut dia sakit, melecet kulit.

Kulit kat pipi dia masih kasar, kesan dari panas 'heater' rasanya. Tapi dah makin elok, tak macam sebelum ni.

Sekarang ni, 'Amru dah pandai senyum. Ada masa-masa, nak ajak berbual. Seronok tengok pembesaran dia. Menangis dia pun, tak banyak, kecuali kalau dia benar-benar sakit atau lapar atau tidurnya terganggu. Dah boleh baca 'style' / corak tangisan dia. Menangis manja pun ada, bak kata ayah/Sidi, bila dia nak kita dukung dia atau nak susu...

Apapun, harap 'Amru dapat membesar dengan sihat. Jangan ada sakit yang berat-berat ya, sayang, sementara mama masih nak siapkan kerja tesis ni. Lepas ni pun, kalau boleh jangan juga. Moga membesar dengan sihat dah kuat, dan jadi manusia yang beriman, sempurna sifat fizikal dan akal fikiran, dan sempurna iman, amal dan akhlak, insha-Allah...:)

No comments: