Thursday, February 24, 2011

Soft spot on my baby's head...


Alhamdulillah, si kecil dah berumur 9 minggu ni. Bererti, umurnya dah 2 bulan. Selasa lepas (22/2), bawa dia ke klinik untuk immunisasi kali kedua (kali pertama sehari selepas dia lahir, buat di hospital). Doktor/nurse yang 'jab' dia dah pesan awal-awal, mungkin suhu dia akan naik sikit, kesan dari suntikan tu. Jadinya, dia dah 'prescribe'kan ubat siap-siap, bersiap sedia untuk bagi kat dia kalau-kalau dia demam.Alhamdulillah, 'Amru tak demam. Cuma malam tu, dia meragam sikit, nak bermanja-manja, sikit-sikit menangis. Mungkin nakkan perhatian kut, selepas dah kena 2 jarum kat peha kanan dan kiri.

Sehari dua selepas tu, saya baru perasan ada bahagian lembut di kepala 'Amru. Boleh rasa bila kita sentuh dengan lembut kat kepala dia. Saya dah mula runsing masa tu. Macam-macam benda yang tak elok timbul dalam kepala. Tak sihat ke dia? Ada masalah kesihatan ke, 'Amru ni. Tapi nampak dia sihat aje. 'Happy' aje.

Mula-mula tu ingatkan nak tanya K.Diny pasal benda ni, sebab dia doktor perubatan. Jadi, dia mungkin tahu bab-bab macam ni. Tapi Alhamdulillah, saya jumpa jawapan kepada persoalan ni bila 'search/google' kat internet. Rupanya, bahagian lembut/'soft spot' di kepala bayi ni dipanggil 'fontanel' dan setiap bayi yang normal memang ada 'benda' ni. Uniknya fontanel ni, dia membantu pembentukan kepala bayi semasa keluar dari lubang rahim ibu, semasa dilahirkan. Fortanel ni ada 2, satu di bahagian hadapan kepala bayi, dipanggil 'anterior fortanel' dan satu lagi di bahagian belakang kepala bayi, 'posterior fontanel'. Untuk kepala 'Amru ni, 'soft spot' di bahagian hadapan kepala dia memang jelas. Bila perhati betul-betul, boleh nampak turun-naik bahagian tu bila dia bernafas, terutama bila bernafas dengan kuat. Dalam satu artikel beritahu, 'anterior fortanel' akan tertutup sepenuhnya bila bayi berumur 2 tahun, dan bahagian belakang akan tertutup bila bayi berumur 6 hingga minggu. Boleh rujuk artikel ni untuk bacaan lanjut,
http://pediatrics.about.com/od/yourbabyweekbyweek/ss/baby_wk_svnteen_4.htm

Seronok rupanya punyai anak kecil ni. Macam 'adventure' pula, dapat tahu, 'explore' macam-macam perkara. Kalau masa mengandung dulu, saya jarang membaca bab-bab ni sebab 'sedikit malas' dan kekurangan masa, ditambah dengan sakit mengandung lagi, sekarang ni macam seronok bila baca artikel di internet atau buku/majalah berkaitan kesihatan bayi. Moga saya dapat jadi ibu yang berinfo/bermaklumat tentang keduniaan bayi ni. Bila 'Amru dah besar sikit, nak kena baca cara mendidik dia pula, terutamanya mendidik secara Islam (Islamic parenting skill/tarbiyyatul aulad)...

No comments: