'Gagal' buat kali kedua...
Gagal apa? Sebenarnya dah banyak kali 'gagal', tapi kali ni 'gagal' dalam erti kata semangat tengah berkobar-kobar....Gagal apa? 'Gagal' untuk pergi study kat uni hari ini...
Camner boleh gagal? Ini kronologi yang berlaku sejak bangun dari tidur pukul 5 pagi tadi.
5.00 a.m. Bangun tidur, minum, makan sikit.
6.00 a.m. Selepas naik turun bilik, kemas dapur sikit2, cuci pinggan.
Si kecil tetjaga, salinkan nappy dia. Tidurkan dia.
Mula masak untuk sarapan pagi, 'mushroom soup'.
7.00 a.m. Rasanya si kecik terjaga lagi. Susukan dia. Ada dalam setengah jam
susukan dia, sampai diriku terlelap juga.
7.30 / 8.00 a.m Makan sikit 'mushroom soup' yang dah siap masak. Cuaca nampak
cerah, so baik kita mandikan si kecil. Terpaksa buat sorang-sorang
sebab abinya masih lena tidur. Katanya berjaga malam sebab nak
tunggu Subuh. Hmmm...
8.30 a.m Selesai mandikan si kecil. Susukan dia pula. Kemudian, bagi dia
main-main atas 'bouncer'. Rasa lapar pula. Gi goreng nasi, basuh
periuk nasi dan masak nasi.
9.00 a.m Abinya dah bangun. Main-main dengan si kecil. Lama lepas tu,
menangis pulak dia. Susukan dia sambil cuba tidurkan dia. (Dengan
mamanya sekali turut tertidur).
10.00 a.m Dah pukul 10.00 a.m. Nak gi 'school' tapi tak siapkan diri lagi
ni. Tak apalah, paling lewat pukul 11.00 a.m keluar. Tinggal si
kecil kat bawah untuk siap-siap gi 'school'. Aduh, terjaga pulak
dia...Turun tengokkan dia sekejap. Bagikan susu. Lepas tu minta
abinya jagakan. Naik atas, pakai baji, bunyi senyap jer kat bawah.
Abi bawa keluar 'Amru ke? Gatal gi tengok bawah. Tengok si kecil
duk sorang-sorang kat dapur, abinya tengah mengemas kat luar
rumah. Gatal gi ambil si kecil bawa naik bilik atas walaupun dia
tak menangis. Kat atas bilik, susukan dia lagi, dan dia tertidur lagi.
11.00 a.m. Ingat macam nak gi school, tapi macam dah malas nak gi. Walaupun dah siap pakai baju, kemaskan beg, gi buka laptop kat bilik study. Gi layan ebay pulak, aduh...
12.00 p.m. Abi bawa masuk 'Amru dalam bilik study. Dia tinggalkan si kecil coz nak gi solat. Diriku dah rasa sangat 'frust', dah penat sepagi buat macam-macam sebelum gi uni, last-last tak jadi...Sedih rasanya...Ni pun dah berair mata...(salah diri sendiri jugak, sapa suruh gi layan ebay?)
Hmm...tak taulah macam mana nak cakap. Bila jadi macam ni, mulalah nak salahkan orang lain, marah tak tentu pasal (sedih tau!) Tapi, bila fikir2 balik, banyak salah diri sendiri juga. Diri sendiri yang tak kuat semangat untuk melangkah keluar dari rumah untuk pergi menuntut ilmu. Orang lain hanya memerhati sahaja. Apatah lagi jika dia tak begitu pandai memberikan kata-kata semangat...
Aduh, sedih2...Kadang2 tertanya, kenapa boleh jadi macam ni? Nak mempertikaikan 'ni'mat yang Allah beri, itu sangat tidak patut (na'uzubillahi min zalik). Cuma kadang-kadang tertanya-tanya, kenapa aku diberikan ujian ni (yang tidak sebesar mana, sebenarnya). Mampukah sebenarnya aku menghadapi situasi ni, berkeluarga, punuyai anak kecil lagi di kala masih belajar...Benda-benda macam ni, biasanya hanya bermain di minda sahaja, tidak sekali-kali diluahkan melalui kata-kata kerana bimbang akan ada hati yang terguris dan tanda kita tidak mensyukuri ni'matNya...
Tak tahulah, macam mana yang aku perlu buat, supaya pengajianku dapat berjalan dengan lancar. Sedih rasanya bila apa yang dirancang tidak berlaku sebagaimana yang dirancang. Tambahan pula bia sudah berpenat-penat menyiapkan keperluan di rumah, masih tidak berupaya meninggalkan rumah untuk pergi menuntut ilmu...Di mana silapnya, ya Allah..? Silap diri inikah, tidak kuat untuk melakukan semua itu...Ya Allah, masa berjalan dan hambaMu ini semakin ketinggalan di belakang...huhuhuhu...
No comments:
Post a Comment