Friday, January 29, 2010

Time for myself...(masa untuk diri sendiri...)


Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawabku kepada orang lain, (saudara seagamaku)...Kini masa untuk diri pula (sepenuhnya), insha-Allah...

Bermula minggu lepas (Selasa, 19 Jan), masaku dialihkan untuk memenuhi tanggungjawab kepada saudara-saudaraku. Aku menerim kunjungan dua orang adik dari Malaysia yang bakal melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Birmingham, The Birmingham City University (BCU). Tak pernah kenal dengan diorang ni, tapi diperkenalkan dan diminta tolong menjadi 'tuan rumah' sementara adik-adik ni mendapat rumah untuk disewa di Birmingham (sekitar kawasan Perry Barr). Hari pertama sampai, adik-adik ni sekadar berehat di rumah dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca di UK. Hari kedua dan ketiga, aku menolong adik-adik ni mencari rumah dan ALhamdulillah, pencarian berhasil pada hari ketiga. Adik-adik ni dapat rumah dekat dengan uni diorang, 10-15 minit berjalan kaki rasanya. Sementara nak bersihkan rumah dan sesuaikan diri dengan rumah baru, adik-adik ni menumpang dulu di rumahku....Untuk ringkaskan cerita, ini diariku dalam 2 minggu lepas...

19 Jan 2010 (Selasa) : Masak-masak (masak nasi ayam), ke Selly Oak Campus untuk ikuti seminar mingguan, adik-adik MA (Nisa dan Nabil) sampai ke rumah (dengan Zahran - Zahran 'volunteer' nak tolong jemput diorang kat 'airport', diorang makan-makan dan adik-adik ni berehat

20 Jan 2010 (Rabu) : Bawa Nisa dan Nabil ke Perry Bar dengan 'train'. Ke rmah Nadheerah dan Qanitah dulu (dua orang bekas student MA di BCU. Rumah diorang betul-betul depan BCU). Minum-minum dan solat sekejap. Selepas tu ke tempat 'letting agent' untuk tanya rumah yang masih kosong, boleh disewa. Balik rumah Nadheerah, tumpang solat Asar dan makan tengah hari (adik-adik tu masak - nasi goreng sardin dan cendawan celup tepung - Alhamdulillah, sedap). Kembali ke tempat agen untuk tengok rumah yang masih kosong untuk disewa (dah buat temujanji siap-siap sebelum ni). Balik rumah, sedikit kepenatan, makan malam dan rehat...Aku sendiri, bangun tengah malam untuk siapkan kerja pelan-pelan...

21 Jan 2010 (Khamis) : Temujanji dengan satu lagi 'letting agent' di Perry Bar, pukul 2.30 petang. Yang ni, aku yang call agen tu (dapat tahu tentang rumah tu melalui iklan dalam internet). Rumah oklah jugak, flat 3 bilik, atas kedai. Yang ditunjukkan pada kami ialah 'showroom', jadinya memang cantiklah rumah tu. Cumanya agak sunyi sikit tangga nak naik ke rumah tu, dan agak jauh juga dari BCU (Mungkin dalam 20-30 minit). Dan agak leceh juga sebab agen rumah ni nak kan penjamin (kena nyatakan penjamin dalam borang permohonan rasanya) sebelum masuk rumah. Hmmm...

Singgah solat Asar sekejap di masjid berdekatan (masjid tu tiada kemudahan tempat solat untuk perempuan, tapi mujurlah dibenarkan aku solat kat situ...) Dan dalam perjalanan ke stesen keretapi, kami singgah di satu lagi 'letting agent'. Dia ada syorkan satu rumah yang tak jauh dari pejabatnya (rumah yang Nisa dan Nabila sewa sekarang). Kalau nak tengok rumah tu hari ni, kena tunggu pukul 6 petang, sebab tuan rumah tu baru 'free' masa tu. Jadinya, kami adakan temujanji, datang tengok tengah hari esok, pukul 12 tengah hari. Balik rumah, makan malam dan berehat...Tak sempat lagi nak bawa adik-adik ni berjalan-jalan kat Selly Oak...

22 Jan 2010 (Jumaat) : Pagi, rehat-rehat di rumah. Aku ingat nak ke perpustakaan sebelah pagi sekejap, tapi rasanya macam tak sempat. Jadinya, terus ke tempat agen semalam dalam pukul 11 pagi dengan kereta. Kali ni aku bawa kereta sebab cuaca agak sejuk dan hujan lebat turun. Isi minyak dan angin kereta dulu sebelum ke sana. ALhamdulillah, sampai di sana tepat pada waktunya (sebelum pukul 12 tengah hari). Kami dibawa untuk lihat dua buah rumah, satu rumah yang tak jauh dari pejabat agen ni. Comel aje rumah ni. Rumah dua bilik, ruang tamu berkembar dengan dapur. Tuan rumah, sikh.

Rumah lagi satu, rumah 3 bilik tidur. Agak besar rumah ni. Bilik tidur pun besar. Lengkap dengan perabot, cuma ada yang dah kena buang sebab kotor dan lama. Sewa dua-dua buah rumah ni sama, £450 sebulan. Setelah adik-adik ni fikir masak, diorang berpakat nak sewa rumah yang 2 bilik...Alhamdulillah, pencarian berakhir...Adik-adik dah dapat rumah...:)

Balik rumah, berehat dan makan malam...Aku, seperti biasa, bangun tengah malam untuk teruskan kerja-kerja 'mengaji'. Bergeraklah jugak walaupun sedikit. Ingat nak ym dengan 'abe' tapi dia tak 'online'. Dah 2 hari tak dapat ym betul-betul dengan 'abe'. Mungkin abe penat kut, sebab semalam dia baru selesai 'exam' dia satu kertas...Isyh...tiba-tiba rindu pulak kat suami tersayang...

23 Jan 2010 (Sabtu) : Hari ni, ada sibuk sedikit. Pagi-pagi, dalam pukul 10.30 pagi, ke rumah K.Wan dan Ustaz Dhuan kat Selly Park. K.Wan ajak makan, raikan pengantin baru...Aduh, dah lama kahwin pun, masih dalam 'mood' nak raikan kami lagi ya, K.Wan? Liena dan Syaidy juga datang...Aku? Datang berseorangan...Pasanganku dah terbang ke Mesir...Ajak juga adik-adik tu, tapi diorang penat dan segan...Nabila tak berapa sihat. Ok, rehat-rehat, ya?

Selepas tu, Faezah (adik UG dari Warwick University, Coventry) datang. Datang untuk tumpang memasak untuk program esok dan ambil barang (periuk belanga) kat rumah K.Salmi, dan selepas tu beli barang-barang untuk memasak...Ke rumah K.Salmi dulu, ambil barang-barang (siap tumpang solat Asar dan dijamu keow teow goreng lagi tu...), beli barang-barang untuk memasak malam ni di Tesco (akan masak nasi ayam), dan balik rumah...Rehat sekejap dan mulakan misi...Faezah jadi ketua 'chef', aku jadi pembantu aje...Hehehe, adik lagi pandai masak dari kakak...:D Saja tak nak tunjuk 'skill'. Sebab takut kepenatan untuk bawa kereta esok ke Coventry, aku masuk tidur dulu, sementara Faezah meneruskan misinya...Rasanya dalam pukul 2 pagi baru dia masuk tidur...

24 Jan 2010 (Ahad) : Program kawasan hari ni. Sepatutnya kami bertolak ke sana lebih awal, tapi sedikit terlambat dan ngam-ngam sampai di sana (Coventry) tepat pukul 10.30 pagi. Seharian berbincang, bermuhasabah (bermuktamar sebenarnya, muktamar kawasan). Alhamdulillah, program selesai dalam pukul 6 petang. Ada lagi tambahan aktiviti, tapi aku terpaksa mengundurkan diri kerana takut terlampau lewat untuk pulang ke Birmingham. Terpaksa aku pulang sendiri ke Birmingham dengan memandu kereta. Nasib baik tak jauh mana. Dalam setengah jam, 45 minit dah sampai rumah...Tapi, ada orang risau, marah, huhuhu...Dia tak dapat maklumat yang aku nak ke Coventry hari ni (dah bagitau tapi dalam 'ym offline message' sahaja...Maafkan adik, abe...Buat abe risau aje...

Bersambung...

Sunday, January 10, 2010

Being by myself...



Bila diri kembali keseorangan....

Termasuk hari ni, ni hari ketiga saya tinggal bersendirian di rumah di bumi orang. Belum sampai 5 bulan berkahwin, kami terpaksa berpisah buat sementara. Saya telah jangka perkara ni akan berlaku, cuma tidak sangka akan secepat ni saya akan kembali bersendirian.

7 Januari 2010 lepas, abang selamat berlepas dan sampai di Cairo dari lapangan terbang Heathrow. Dia kembali ke Mesir, meneruskan sisa-sisa perjuangannya...(hehehe, berbunga-bunganya ayat...) Abang nak habiskan subjeknya yang berbaki 6 lagi. Mula-mula bila sampai di UK dalam awal bulan November, abang tak pernah sebut pun pasal benda ni. Ada juga saya bertanya dan berbincang, "Abang nak gi Mesir ke sementara kita ada kat UK? Mesir dan UK pun tak jauh sangat, kalau nak habiskan subjek yang ada." Mula-mula dia tak respon apa-apa. Kalau ada pun, katanya takut tak boleh nak fokus pada pengajian bila dok berjauhan nanti. Iyalah, baru kahwin, kot asyik teringat pula bila dok jauh macam ni.

Tapi, dalam minggu akhir Disember, abang tiba-tiba menyebut hasratnya untuk ke Mesir dalam masa terdekat. Kalau boleh, dia nak ambil peperiksaan satu kertas bulan Januari ni, 21 Jan. Saya mula-mula dengar tu, terkejut juga. Betul ke ni? Kenapa tiba-tiba aje ni? Dan kalau pergi, selama mana? Katanya, dia akan tunggu hingga fasa kedua (bulan Jan ialah fasa 1), untuk ikuti kuliah dan duduki peperiksaan dalam bulan Mei nanti. Jadinya, mungkin bulan Jun atau awal Julai baru dia akan balik semula ke UK. Januari hingga Jun atau Julai...Wah, 6 bulan tu kena tinggal, dok sorang...Aduh...

Bila kami mula berbincang secara serius, hati dah mula rasa sebak. Aduh, sedihnya nak ditinggalkan suami. Mengalir jugalah air mata. Mujurlah abang 'cool' aje. Setelah difikirkan masak-masak, bertanyakan pendapat orang tua, tiket ke Mesir pun diambil. Bertolak 7 Jan 2010 dan dijangka kembali ke UK 6 Julai 2010, dengan Egyptair.

Kini, saya keseorangan di teratak di Dawlish Road. Air mata dah banyak dah mengalir, semasa abang masih ada kat sini. Siap menangis lagi di airport Heathrow. Aduh, kalau dengan mak ayah tak delah menangis macam ni. Tapi dengan suami, sungguh-sungguh air mata mengalir...

Apapun, saya percaya ada hikmah di sebalik semua ni. Memang agak sedikit sukar dan merunsingkan, tinggal seorang di tempat orang. Cuma, kesempatan yang ada inilah, sepatutnya saya gunakan sepenuhnya untuk tumpu pada pengajian. Masa pun dah tak berapa banyak untuk menghabiskan pengajian ni.

Dan mungkin ini kebaikan juga untuk abang. Moga dia najah dalam imtihan nanti, insha-ALlah. Dan daripada dia berada di UK tanpa buat apa-apa (disebabkan sukar sikit nak dapat pekerjaan kat sini), lebih baik dia habiskan pengajiannya yang tertangguh. Insha-ALlah, moga kami diberikan kekuatan untuk menempuh cabaran ini, dipermudahkan segala urusan kami, dan diberikan kejayaan dalam pengajian kami, insha-Allah...

Kita sama-sama berusaha ya, sayang...:)