~rindukan harta, harta akan lupus; rindukan manusia, manusia akan binasa; rindukan ALLAH, rindu akan kekal abadi~
Sunday, January 18, 2009
Alhamdulillah, kemenangan milik kita...!
Alhamdulillah, kemenangan milik kita!
Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu telah diketahui. Haji Abdul Wahid bin Endut (abang pada Ustaz Nuri Al-Amin bin Endut) menang dengan majoriti 2,631 mengalahkan Datuk Wan Ahmad Farid. Haji Wahid mendapat undian sebanyak 32,883 sementara Datuk Wan Ahmad Farid mendapat undian sebanyak 30,252 dan calon bebas Azharuddin Mamat mendapat undian sebanyak 193.
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kelmarin dalam pukul 12 tengah hari aku tertunggu-tunggu juga keputusan pilihanraya ni. Dok semak kat Harakahdaily dan Malaysiakini, masih belum ada apa-apa berita. Hanya ada menerima email dari yahoo.groups ilmuan virtual, kita mendahului pihak lawan.
Bila ayah 'call' dari Malaysia dalam pukul 1 atau 2 petang, barulah aku perasan keputusan dah dikeluarkan. Ayah bagitau yang kita menang. Dia pun baru balik dari Terengganu, tak tunggu hingga ke malam untuk mendapatkan keputusan. Chek bagitau, pukul 3 petang ayah dah ada kat rumah. Keputusan ubat, kena balik dan 'dapatkan bekalan'. Alhamdulillah, walaupun aku di sini tak berbuat apa-apa, sekadar boleh berikan sumbangan material (tu pun 'last minute' dan lepas kena follow-up dari Ustaz Nuri), aku rasa sedih dan sedikit sebak bila baca berita-berita berkaitan PR di KT. Sebelum ni aku tak begitu 'take-note' tentang apa yang berlaku di sana, sekadar baca sikit-sikit sahaja. Tapi, di saat-saat akhir, terasa mahu tahu apa yang berlaku kat sana, tambahan pula Haji Wahid yang bertanding (abang Ustaz Nuri). Nama yang aku rasa tak dijangka akan menjadi calon kita di sana.
Apapun, Alhamdulillah, hasil usaha dan kerja keras petugas kita, kita dianugerahkan dengan kejayaan. Aku tanya ayah, ayah terlibat ke dengan gerak kerja di sana? Dia ada cerita sikit-sikit apa yang dia sumbangkan (gerak kerja dia) di sana. Dan katanya (ni dalam seminggu sebelum pembuangan undi), jentera pilihanraya kali ni mantap. Banyak negeri turun membantu seperti Kedah dan Kelantan. DAP dan PKR pun turut berikan sokongan. Dan chek pun bagitau, K.Mi pun ada juga ke sana (kalau tak silap aku, semasa hari penamaan calon). Bergilir dengan ayah untuk bertugas di sana.
Ini membuatkan aku terfikir, mampukah aku memberikan sumbangan setelah aku berada di Malaysia nanti? Mampukan aku bergerak aktif (atau separuh aktif) setelah aku bekerja nanti? Bimbang juga, kalau aku jadi senyap, sebagaimana pernah 'senyap'nya aku sebelum ni. Senyap setelah tamat belajar di UM dan MA. Aku jadi tak keruan. Tak tahu apa yang aku perlu lakukan. Tidak ingin duduk berpeluk tubuh, tapi tidak ada keinginan yang kuat untuk berkhidmat. Dan semasa aku di UTP pun, aku hanya aktif dengan memberikan pengisian kepada para pelajar (usrah, kuliah). Program-program di luar kampus, aduh, agak liat betul nak turut serta...Malu dengan diri sendiri...
Bimbang juga, bagaimana rentak yang aku perlu bawa setelah habis belajar (Insha-Allah) dan bekerja nanti. Bolehkan aku? Insha-Allah, kena 'think positive'. Tak boleh pesimis. Kalau orang lain yang bergelar tenaga pengajar pun boleh bergerak aktif, aku tak kan tak boleh? Insha-Allah, boleh lakukan setakat yang aku mampu.
Aku berdoa moga aku terus istiqomah di atas jalan yang benar ini. Terus berkhidmat dan memberikan sumbangan, setakat yang termampu. Semoga urusan pengajianku sekarang ini dipermudahkanNya, dan beroleh kejayaan di akhirnya. Kejayaan yang menjadikan aku terus dekat kepadaNya, kejayaan yang menjadikan aku tidak sombong dan bongkak dan kejayaan yang menjadikan aku terus berkhidmat untuk Islam, Insha-Allah...
Jalan yang bakal ditempuhi ini panjang dan sukar, harap aku bersedia menempuhinya dengan persiapan mental dan fizikal, Insha-Allah...
Salam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment