Monday, March 30, 2009

Ya Allah, berikanlah petunjuk di atas pilihan-pilihan ini!

Salam...

Diam tak diam, dah dekat sebulan saya tak menjenguk blog sendiri. Memang akhir-akhir ni tak berapa rajin nak menulis. Cukuplah sekadar meluahkan perasaan dan masalah untuk tatapan sendiri di blog sendiri. Dan kebetulan juga memang agak sibuk 3,4 minggu lepas. 2 minggu lepas, langkah kakiku diperpanjangkan ke bumi Nazi, Jerman kerana menghadiri Seminar Dialog antara agama; Islam, Kristian dan Yahudi (Jews, Christian and Muslim Conference). Seminar diadakan di Wuppertal, Germany. Alhamdulillah, satu pengalaman baru saya perolehi,melihat bagaimana agama-agama lain melakukan aktiviti ibadah mereka. Walaupun saya tak begitu 'attach' atau rapat dengan peserta-peserta dari agama lain, secara keseluruhannya ini satu pengalaman baru dan menarik buat saya.

Dan satu situasi yang baru, berlaku pada saya dalam tempoh sebulan ni. Ya, dalam tempoh sebulan. Agak cepat sebenarnya, bagi saya. Cuma harap semuanya positif dan menuju pengakhiran dengan baik.

Apa yang berlaku? Sebenarnya saya menyangka tahun 2009 tidak akan berlaku lagi apa-apa isu kontroversi dalam diri saya, setelah tahun lepas (2008) kehidupan saya diselubungi dengan pelbagai jenis perasaan. Didekati oleh individau berlainan jantina, yang kedua-duanya berakhir tanpa sebarang apa-apa ikatan. Mungkin itu yang terbaik buat saya. Tetapi kali ini, dalam tempoh sebulan ni, saya di'hampiri' lagi oleh insan bergelar lelaki. Setakat ni saya nampak ada yang positif pada dirinya. Kesungguhannya, sifat-sifat positif yang ada pada dirinya membuatkan saya positif padanya. Dia berani menyuarakan hasrat dan keyakinannya terhadap saya. Tak pernah lagi saya melalui situasi seperti ni, sebab setahui saya tidak ramai lelaki yang boleh bercakap begitu secara berterus-terang. Dia juga begitu positif terhadap saya, meskipun telah mengetahui latarbelakang keluarga saya dan keadaan saya sekarang sebagai seorang pelajar.

Cuma, apa yang saya harap dan doakan agar Allah terus kurniakan keyakinan saya terhadapnya, sekiranya benar dia jodoh yang terbaik dan sebaik-baiknya untuk saya. Saya memohon dan berdoa kepadaNya, agar diberikan petunjuk di atas pilihan ini. Agar di kemudian hari saya tidak menyesal, baik menerima atau menolak keputusan ini (namun setakat ni, keputusan saya adalah positif/ menerima).

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui, sekiranya urusan ini, lelaki ini yang bernama MRI membawa kebaikan kepada diriku, agamaku, kehidupan duniaku dan akhir kesudahanku, maka takdirkanlah diriku untuknya dan takdirkanlah dirinya untukku ya Allah, permudahkan urusan ini dan berkatilah ia, ya Allah.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui, sekiranya urusan ini, lelaki ini yang bernama MRI membawa keburukan kepada diriku, agamaku, kehidupan duniaku dan akhir kesudahanku, maka palingkanlah diriku dari dirinya dan dirinya dariku, takdirkanlah yang lebih baik bagi dirinya dan bagi diriku.

Kurniakanlah keyakinan kepada hambaMu ini, ya Allah, sekiranya individu yang bernama MRI ini merupakan jodohku yang terbaik dan sebaik-baiknya. Dan kurniakan kasih-sayang, rahmah dan mawaddah di antara kami, yang mana kasih-sayang tersebut di sandarkan kepadaMu ya Allah, sekiranya dialah yang ditakdirkan sebagai jodohku ya Allah...