Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Ya Allah, berikan hambaMu ini kekuatan!
Aku mengadu bukan kerana aku ditimpa musibah. Alhamdulillah, setakat ni dapat jalani kehidupan dengan baik, tanpa ada masalah yang besar. Belajar pun, ok kot (Insha-Allah), walaupun masih sedikit 'slow'.
Cuma, sejak akhir-akhir ni aku perasan aku semakin malas. Malas nak berdoa, menunaikan solat sunat di tengah malam, sekali-sekali culas menunaikan solat Dhuha dan membaca Al-Qur'an (setakat ni tak de lah tak baca sebab malas, cuma mungkin sebab tak sempat aje). Mungkin sebab 'kemalasan' aku menunaikan perkara-perkara sunat inilah menjadikan aku sedikit lemah sekarang. Cepat mengeluh dan mudah mengalah. Terasa tiada kekuatan dalam diri sendiri.
Entah, aku pun kurang pasti sejak bila aku jadi atau mulai jarang tunaikan solat malam. Sebelum ni rajinlah jugak, hampir tiap-tiap malam boleh buat. Sekarang, masuk pukul 12 malam terus nak tidur. Aduh, teruknya...
Lebih-lebih lagi aku kena bagi pengisian kepada adik-adik UG weekand ni. Lagilah aku rasa sedikit lemah. Tertekan tu, mungkin tidak sangat. Cuma mungkin rasa tak mampu sebab banyak perkara nak kena tackle n buat preparation sebelum bagi pengisian nanti. Udah ler kebanyakkan subjek tu, aku bukan pakar dalam bidang tu. Tapi yalah, sampai bila nak mengelak, kan? Kena berkongsi juga ilmu walaupun sedikit. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini ya Allah! Moga hambaMu ini dapat menyampaikan kebenaran tentang Islam, menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kebatilan. Agar dipermudahkan urusan hambaMu ini ya Allah! Amin, ya rabbal A'lamin!